"Danger daddy. Mummy dah majok! Daddy baliklah cekarang! Mummy dah tak nak masyak untuk kita lagi!"jawab si kecil itu. Syahriz terus mengemam bibirnya. Danger eh? Haura memang suka mengajuk lama jika anaknya membuat masalah di rumah. Haih, itulah susah betul dapat anak ramai. Keluar bukannya satu tapi tiga sekaligus. Mana tak nakalnya mereka?

"Lagi 30 minit daddy balik. Mayah dengan yang lain  pergi pujuk mummy dulu."balas Syahriz lembut. Perlahan-lahan dia menapak menuruni tangga. Kalau terjatuh nanti dia juga yang malu. Yalah. Imej cikgu kan.

"No! Daddy kena balik cekarang! Perut i dah lapar ni! Daddy tak kecian dekat I ke?"balas Sumaiyah dari corong telefon. Lantas Syahriz tersenyum kecil. Yalah Mayah. Semua benda nak berdrama. Macam Haura betul.

"Okay. Daddy balik cekarang. You tunggu dekat rumah"balas Syahriz pasrah. Nasib baiklah hari ini dia balik awal kalau tidak? Memang dia perlu hadap pengetua lah. Lagipun kelas tambahan untuk tingkatan 5 dibatalkan jadi bolehlah dia balik.

"Okay Daddy. Jangan bawa kereta laju-laju tau! Bye cinta hati Haura Rose! "pesan Sumaiyah sebelum dia memutuskan panggilan telefon. Syahriz ketawa perlahan. Dia mengelengkan kepalanya beberapa kali. Aih, anak siapa lah ni?

"Bye cinta hati Syahriz Dani"balas Syahriz perlahan. Dia terus menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket seluar. Dia kena cepat ni. Permaisuri dalam rumah sudah merajuk. Mesti dia akan tidur luar harini. Heh, ini semua salah anak dia! Dia kena hukum ni! Tunggulah semua anak Daddy!






































MASING-MASING menundukkan kepalanya. Wajah daddynya tidak dipandang. Bukan apa mereka takut! Daddy garang bila marah.

"Kenapa mummy boleh majok?"tanya Syahriz garang. Tangannya masih berpeluk tubuh. Walaupun suaranya hanya dibuat-buat garang tapi tetap saja anaknya takut. Yalah. Dia kan garang? Masing-masing tidak memberikan jawapan malah mereka hanya memandang ke arah Syahmi. Lantas Syahmi mengetap bibirnya. Matanya daripada tadi tertutup. Dia takut daddy marah!

"Hei semua ada daddy ada mulut kan? Kenapa tak jawab soalan?"tanya Syahriz. Lagipun dia sudah ajar anaknya supaya jujur selalu.

"Corry daddy. Kitorang tak cengaja buat mummy majok."balas mereka serentak. Syahriz terus tersenyum kecil. Aduhai, nak marah pun dia tidak sanggup. Kenapa anaknya semua comel? Macam dia kan?

"Siapa yang buat mummy majok?"

"Caye buat"balas Syahmi perlahan. Syahriz terus melepaskan hembusan perlahan. Perlahan-lahan dia melutut di hadapan anaknya. Tangan tembam anaknya dipegang.

"Apa yang Syahmi dah buat?"tanya Syahriz perlahan. Syahmi yang tadi menunduk terus menoleh ke arah wajah Syahriz. Dia memuncungkan mulutnya.

"Syahmi pecahkan cawan kecayangan mummy."perlahan saja suaranya bercakap. Mulut daripada tadi memuncung. Sudah serupa itik. Betul lah apa yang Haura kata selama ini. Wajah Shah dan Syahmi memang mengikut rupa parasnya, manakala Sumaiyah pula mengikut rupa paras Haura. Memang dia mahu anak lagi tapi kali ini dia mahukan anak perempuan. Tapi disebabkan Haura bersalin ikut perut, dia terpaksa tunggu selama 3 tahun. Jadi dia tidak kisah sangat. Haura sudah banyak kali sakit. Jadi dia tidak mahu Haura terseksa lagi. Cukuplah dapat anak degil seperti tiga orang kecil ni.

"Anak daddy dah say sorry dekat mummy?"tanya Syahriz perlahan. Masing-masing mengeleng. Seraya dengan itu Syahriz terus menoleh ke arah Haura yang leka menonton television. Dia membisik ke arah anak-anaknya.

"Pergi say sorry dekat mummy. Nak jadi anak yang baik kan?"bisik Syahriz. Mereka mengangguk laju. Mestilah mereka nak jadi anak yang baik. Nanti mesti Allah cayang.

"Nak! Nanti Allah cayang dekat kita. Betul tak daddy?"Shah mula menyoal. Lantas Syahriz mengangguk. Di antara anak-anaknya, Shah yang paling matang dan yang paling bijak. Manakala, Syahmi memang seorang yang berani dan lasak. Sumaiyah pula seorang yang cerdik seperti Shah tetapi mempunyai daya ingatan yang baik.

"Betul. Okay, sekarang ni pergi say sorry  dekat mummy. Nanti daddy bagi present."Syahriz memberi cadangan. Masing-masing mengangguk. Bersinar mata mereka mendengar perkataan hadiah. Mereka suka hadiah! Dengan segera, mereka berlari terkedek-kedek mendekati Haura.

"Mummy..."panggil Syahmi meleret apabila dia sudah sampai di hadapan Haura. Haura hanya melihat sekilas saja wajah anaknya. Dia memeluk tubuh tanda merajuk. Padahal dalam hatinya tidak sampai hati. Yalah, anak dia semuanya manja belaka! Macam mana dia nak merajuk kalau manja begini? Haih, sabar sajalah!

"Syahmi nak say sorry. Syahmi tak cengaja pecahkan cawan tu. Nanti curuhlah daddy belikan baru."pujuk Syahmi. Tangannya mengengam erat tangan mummynya. Susah betul mahu pujuk mummy. Mulutnya dimuncungkan lagi. Haura tersenyum. Lantas kedua belah pipi Syahmi dipicit kuat. Ishh, geram! Gebu sangat.

"Mummy tak marah pasal cawan tu pun sayang. Mummy takut anak mummy luka je. Syahmi tak ada luka kat mana-mana kan?"tanya Haura risau. Badan anaknya ditilik. Kalau ada luka memang Susah hatinya. Sudahlah mahu melahirkan itu susah. Wajah Syahmi yang sedikit mendung tadi kini bertukar gembira. Mummy dah tak merajuk?

"Mummy dah tak mayah lagi?"tanya mereka serentak. Haura hanya mengangguk. Tangannya didepakan supaya senang anaknya masuk ke dalam dakapan. Mereka pun tunggu apa lagi? Peluk mummy lah!

"Mummy kitorang promish dah tak noty lagi"kata mereka serentak selepas berada di dalam dakapan Haura.

"Iye, mummy minta maaf ya sayang?"bisik Haura. Kepala kesemua anaknya dicium bertalu-talu. Wangi!  Syahriz yang lihat daripada jauh terus mencebik. Lantas dia berpeluk tubuh. Apa ni? Haura tak peluk dia pun!

"Daddy nak majok ah"kata Syahriz. Laju dia menapak naik ke tingkat atas. Masing-masing terkebil-kebil. Eh? Kenapa dengan daddy awak tu?

"Mummy... I lapar lah. You tak nak masyak ke?"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now