Dalam beberapa minit, Syahriz terus menapak keluar dari bilik air. Wajah Haura dilihat. Perlahan-lahan dia mendekati isterinya. Kedudukan kaki Haura dibetulkan sebelum dia melabuhkan pungung di atas kerusi.

"Maaf kalau buat kau terjaga. Aku tak sengaja hempas pintu. Kau tak nak tidur balik?"suara garaunya menyapa. Selimut isterinya dikemaskan. Haura mengeleng. Wajah suaminya dipandang. Seram juga bila dia lihat tadi. Hidung dan mata lelaki itu merah. Nampak seperti orang sakit pun ada juga.

"Awak tak nak sambung tidur?"tanya Haura kembali. Rambut suaminya dirapikan. Syahriz mengeleng perlahan. Dengan keadaan sekarang pasti sukar untuk dia tidur. Tangan isterinya dipegang.

"Kau ok?"tanya Syahriz secara tiba-tiba. Haura hanya mengangguk. Mestilah dia baik saja. Masalahnya soalan itu sepatutnya keluar dari mulut dia, bukan lelaki itu.

"Awak ada fikir pasal sesuatu?"Haura menyoal. Tangan kanan Syahriz diusap lembut. Syahriz terus melepaskan keluhan panjang. Memang ada. Banyak sangat.

"Ada"

Haura terus tersenyum nipis. Pipi suaminya disentuh. Fikir banyak sangat sampai terbawa dalam mimpi. Bahaya juga tu. Syahriz bukannya boleh berfikir banyak sangat pun. Risau pula dia.

"Jangan fikir banyak. Saya tak nak awak sakit nanti. Awak fikir apa ni?"tanya Haura risau. Syahriz tak patut fikir banyak. Kalau sakit nanti dia juga yang risau. Syahriz tersenyum kelat. Pipi Haura diusap.

"Tak ada apa. Tak elok untuk kau tahu. Nanti kau pula yang banyak fikir"balas Syahriz. Hidung isterinya sempat dicuit. Haura mencebik. Alah, itu pun tak boleh. Lelaki itu ada masalah negara ke apa?

"Awak tak buat kerja gila kan?"

Syahriz terus terdiam. Lama pula tu. Tidak tahu apa yang dia mahu kata. Nak kata tidak,tapi macam ya. Kerja ni memang kerja gila. Wajah Haura ditenung. Tidak lama selepas itu, dia tersengih.

"Adalah sikit."balas Syahriz sambil tersengih. Lantas Haura terus memukul lengan Syahriz kuat. Lelaki itu suka buat kerja gila. Benci betul dia. Ada juga dia kurung lelaki itu dalam hospital bahagia nanti. Degil sangat.

"Kerja apa yang awak buat! Saya dah pesan banyak kali kan? Jangan buat kerja gila? Awak ni memang nak kena lah! Eiiii geram!"marah Haura. Tangannya daripada tadi tidak lepas daripada memukul lengan lelaki itu. Syahriz pula hanya ketawa. Kelakar bila lihat Haura marah. Comel saja rupanya.

"Aduh love, ya aku bagitahu."kata Syahriz. Di bibirnya daripada tadi tidak lepas daripada ketawa. Aish, Haura marah ke buat lawak? Tak pandai langsung marah orang. Haura terus berhenti. Wajah suaminya dipandang tajam. Syahriz tersenyum. Pipi Haura ditekup.

"Aku hanya tolong polis tumpaskan DD sebagai hukuman. Lagipun aku tak ada pilihan love. Aku mesti tolong mereka. Kalau tidak.."

"Kalau tidak apa? Kenapa awak tipu saya lagi? Awak kata awak hanya bagi mereka maklumat saja tapi kenapa awak mesti perlu turut serta?Kalau saya tak dapat jumpa awak lagi macam mana? Saya tak boleh hidup tanpa awak"cantas Haura laju. Dia tidak boleh biarkan lelaki itu kerja seperti itu. Bahaya. Syahriz cuba menyembunyikan senyuman. Memang  betul kerja seperti ini bahaya tapi sampai bila dia mahu menyorok? Lagipun hanya dia saja yang kenal musuhnya sendiri. Jadi, dia tiada pilihan lain.

"Lebih baik aku tolong mereka daripada aku ke tali gantung love. Kalau aku terima hukuman tu, kau mesti tak akan dapat jumpa aku lagi."balas Syahriz. Haura terus tergamam. Tali gantung? Syahriz akan ke tali gantung ke? Kenapa selama ni dia tidak tahu? Argh teruknya dia!

"Tapi.."

Syahriz terus menekup mulut Haura. Banyak bunyi betul. Kan bagus dia buat begini daripada tadi.

"Tak ada tapi love. Kalau aku hidup atau aku mati nanti, hati aku kan ada pada kau? Walaupun jasad aku sudah tiada tapi hati aku masih selamat dengan kau. Jadi, kau benarkan aku pergi?"pujuk Syahriz. Lagipun dia tidak kisah nyawanya akan dipertaruhkan. Dia menganggap ini semua sebagai penebus dosa. Semua yang terjadi selama ini pun disebabkan dia juga. Dia yang cipta DD dan dia juga yang akan musnahkan.

Haura mengetap bibirnya. Wajah Syahriz dipandang geram. Nak marah lebih dia tidak boleh. Apa yang dia perlu buat?

"Saya benarkan awak pergi tapi tolong jaga diri awak. Saya tak boleh tengok awak sakit."bergetar suaranya berkata. Syahriz ketawa kecil. Dia terus mencium dahi isterinya. Kepala Haura yang berlapik tudung disentuh.

"Aku pandai jaga diri aku. Aku nak kau jaga diri juga. Aku tak nak kau sakit lagi. Selesai saja masalah ni, aku akan bawa kau jauh dari sini. Aku..."

PAKK!

Nafas Airil tercungap-cungap dilihat pelik. Syahriz sudah tidak sedap hati. Pasti ada perkara yang terjadi. Tapi yang dia peliknya, mana Rafqi? Daripada tadi lelaki itu tidak sampai. Tak akan jalan sesak pula? Mustahil.

"Kau kenapa ni?"tanya Syahriz. Dia membetulkan kedudukan kaki Haura dahulu sebelum menapak ke arah lelaki itu. Mengeletar seluruh tubuh Airil ketika ini.

"R-rafqi.."

Syahriz sudah tidak sedap hati. Dia seperti tahu saja apa yang akan dikatakan oleh lelaki itu. Lantas dia menoleh ke arah Haura sekilas. Tak. Tak akan lah. Mustahil!

"Jaga Haura"balas Syahriz. Dia terus berlari keluar. Airil terus terpinga-pinga. Lantas dia keluar dari bilik ward itu.

"Syahriz!"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now