Sally mengetap bibirnya. Wajah Syahriz dipandang sekilas. Geram. Mana lelaki itu pergi semasa Haura sedang menderita?

"Ish, you guys boleh tak diam!"jerkah Sally. Terkeluar suara jantannya. Ah ambil kau. Aku sudah marah ni. Terus terdiam Rafqi dan Syahriz. Mereka memandang satu sama lain.

"Korang ingat ni tempat bergaduh ke! Ini hospital lah. Korang memang tak pandai hormat orang! Haura tu tengah sakit lah. And you Syahriz!"jari telunjuk dituju pada Syahriz. Syahriz hanya memandang wajah lelaki itu ketat.

"Mana you pergi masa Haura kena rogol hah! You memang suami tak guna! Isteri sakit pun you masih boleh pergi berbincang tentang masalah negara you tu! Ish, I malas betul nak tengok muka korang."rengus Sally. Beg tangannya diambil lalu dia terus menapak pergi. Serabut bila duduk di sana lama-lama. Muka saja kacak tapi otak cetek. Geram pula dia! Sudahlah hidung dia hampir senget. Nasib baiklah ada doktor handsome yang sudi rawat dia.

Syahriz melepaskan keluhan panjang. Perlahan-lahan dia terduduk. Kepalanya ditekup menggunakan tangan. Betul kata Sally. Haura menderita tapi dia? Sibuk memikirkan soal benda yang boleh membahayakan diri sendiri. Tapi dia buat pun untuk mencegah perkara buruk juga. Lagipun, kalau dia biarkan DD berleluasa, Haura juga yang mereka sasarkan nanti. Dan memang sekarang dia gagal. Haura sudah menjadi mangsa. Dia sudah tewas.

Rafqi melepaskan keluhan berat. Wajah lelaki itu dipandang. Haih, banyak betul dugaan yang hadir pada 28 Julai ni. Bulan depan mereka akan mulakan rancangan tapi lihatlah. Belum mulakan sebarang rancangan mereka sudah diserang dahulu. Ish, teruk betul.

"Saya minta diri dulu."pinta Rafqi. Lantas dia mengorak langkah untuk pergi. Dia mahu pergi ke tingkat atas. Mana lah tahu dia boleh healing sekejap. Rifqi hanya menganggukkan kepalanya membenarkan adiknya pergi. Lagipun, sebelum ada mereka bergaduh lagi baik dia benarkan lelaki itu pergi dahulu. Takut bunyi tembakan pula ada nanti. Mereka ni bukannya boleh percaya.

Apabila figura Rafqi hilang daripada penglihatan, Syahriz tersenyum nipis. Tak sangka, lelaki yang paling sabar di antara mereka berani menengkingnya. Dia suka dengan sikap lelaki itu. Rifqi pula hanya mengerutkan kening. Dah apasal pula lelaki itu tersengih macam kerang busuk? Dah gila?

"Tuan, pasal adik saya tu.. saya minta maaf bagi pihak dia. Lagipun, Rafqi kan tak sihat sebab itulah emosi dia ganggu sikit"kata Rifqi. Yalah. Jarang pula dia lihat lelaki itu marah pada Syahriz. Kali terakhir dia tengok Rafqi marah Syahriz waktu kali pertama mereka bekerja dengan lelaki itu. Itu pun mereka bergaduh lebih teruk daripada hari ini. Ini baru sikit. Kalau dulu, dia lah tukang ubat mereka selepas mereka bergaduh. Segala senjata keluar.

Syahriz hanya mengeleng. Tak. Dia suka bila lihat lelaki itu berani menentangnya ke arah benar. Lagipun, ini bukanlah kali pertama lelaki itu menengkingnya.

"Tak apa Rif. Aku sendiri yang akan bincang dengan dia nanti."balas Syahriz perlahan. Lagipun, dia sudah tidak berdaya lagi untuk berfikir. Dia takut Haura akan bencikan dia atas sebab perkara ini. Dia pun bodoh juga. Sanggup, dia biarkan Haura tanpa pengawal. Kejam sungguh dia.

Rifqi hanya mengangguk tanda faham. Biarlah adiknya selesaikan masalah sendiri. Lagipun mereka sudah besar jadi pandai-pandailah uruskan masalah.
























































AIR mata yang jatuh dikesat menggunakan tangan. Pemandangan di luar tingkap dilihat. Walaupun tiada apa yang menarik. Hanya kereta yang lalu lalang dan beberapa orang yang berjalan. Setelah itu, pandangannya teralih ke arah perutnya. Perlahan-lahan Haura mengukir senyuman kecil. Hero dan heroin kecil dia memang kuat. Sama seperti ayah mereka.Doktor pun tidak percaya kalau dia apatah lagi.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now