'Matilah aku!'





















































HAURA mengerutkan keningnya apabila merasakan tempat sebelahnya kosong. Matanya dipaksa dibuka walaupun badannya sangat sakit dan penat. Perlahan-lahan dia bangun dari baring.Baju t-shirt milik Syahriz diambil lalu dipakai.

Duvet diselak kasar. Serta merta dia bangun dari duduk diatas katil. Kelibat suaminya dicari. Balkoni yang terbuka itu dituju. Pasti lelaki itu ada di sana.

Melihat langsir berterbangan dek kerana tiupan angin membuatkan dia rasa sangat yakin lelaki itu berada di sana. Setelah dia melangkah mendekati balkoni itu, pandangannya terdedah dengan susuk tubuh lelaki itu tanpa baju. Anda mahu tahu bagaimana situasinya?

Syahriz hanya mengenakan seluar pendek saja! Boleh gila rasanya kalau Haura tatap lama-lama. Siapa suruh seksi sangat!

"Ehem!"dehem Haura. Niatnya mahu berbincang sesuatu perkara tapi tidak tahulah berkesan atau tidak.

Syahriz menoleh ke arah Haura sekilas. Tangannya automatik menamatkan panggilan telefon. Selepas itu, dia mengeluh. Tangannya naik meraup wajah kasar. Setelah dia sudah bertenang, dia menatap Haura dengan pandangan redup.

"Come " arah Syahriz. Haura tidak berganjak malah dia mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Sekali lagi Syahriz mengeluh. Aih, sejak bila perempuan itu jadi degil?

"Saya nak cakap sesuatu dengan abang ."balas Haura. Pandangan mata pun sudah tegang. Seperti mahu menunggu harimau menyerang. Tapi tidak. Mereka hanya berbincang biasa saja.

"Apa dia?"

Baru saja Syahriz mahu menapak ke depan, lantas Haura menapak ke belakang. Dia tidak mahu tergoda lagi. Cukuplah tadi dia sudah kalah dengan godaan lelaki itu.

"Kenapa abang suruh saya makan pil?"tanya Haura. Lantas Syahriz terdiam. Hatinya terasa seperti ditikam berkali-kali. Kenapa banyak-banyak soalan, soalan itu juga yang keluar. Dia tiada jawapan untuk itu.

"Ikut saja arahan aku kalau kau nak selamat."balas Syahriz. Haura tercengang. Selamat? Rasanya dia memang tak pernah selamat pun. Lagipun kenapa hanya dia saja yang perlu ikut arahan?

"Kenapa abang sentuh saya kalau tak nak saya mengandung?"soalan dilontar lagi. Haura langsung tidak puas hati. Kenapa dan perlu ke semua ni?

Syahriz melepaskan hembusan nafas perlahan. Wajah isterinya dipandang dengan pandangan redup. Dia tidak tahu tapi hatinya kuat mengatakan bahawa dia tidak boleh ada anak lagi. Takut jika ada perkara buruk jadi kepada mereka. Sungguh dia takut.

"Aku tak sedap hati Love. Aku takut mereka  serang kau."

Haura terus mengerutkan keningnya. Siapa mereka? Kenapa pula ada orang nak serang dia pula? Mengarutnya. Tapi apa yang mengejutkan dia sekarang ini, kenapa suaminya seakan-akan lemah pula? Ini memang suami dia ke?

"Abang.."panggil Haura meleret. Dia menyentuh lengan sasa suaminya. Dia pun sama juga. Sejak akhir-akhir ini, dia sering berfikir buruk dan yang paling teruk, dia sering berasa hatinya tidak tenteram.

"Saya kan dah cakap dulu. Saya akan tanggung akibatnya bila masuk dalam dunia awak. Lagipun, anggap lah ini salah satu ujian untuk kita hmm? Saya yakin tak akan ada apa-apa jadi pada kita nanti"balas Haura sambil tersenyum. Dia mengosok lengan sasa itu. Walaupun dia tidak mampu hilangkan beban pada lelaki itu tapi dia masih boleh tolong.

Syahriz tersenyum nipis. Kepala isterinya digosok.

"No love. Aku yang akan tanggung semuanya sebab aku yang cipta dunia gelap ni. Tugas kau hanya jaga diri kau dan bakal anak kita. Aku janji aku tak akan benarkan sesiapa pun sentuh keluarga aku."kata Syahriz sambil mengusap wajah gadis itu. Haura tersenyum nipis. Dia pun takut juga sekarang. Sudahlah dia selalu buat kerja gila.

Tangan Syahriz yang tadi berada di wajah Haura, mula turun dibahagian perut. Kemudian perut isterinya diusap lembut. Dia hanya tersenyum kecil. Kalau lah dalam ini ada penghuni pasti dialah orang yang paling bahagia sekali.

"Tapi..sebagai langkah berjaga-jaga, tolong beritahu aku kalau kau mengandung."kata Syahriz lagi. Haura tersenyum kelat. Wajah kacak suaminya ditenung lama. Sesekali tangannya gatal mahu merayap di wajah lelaki itu.

"Saya benci abang."kata Haura perlahan. Syahriz terus mencebik bibirnya. Mulut kata benci tapi tadi bukan main gadis itu mengingau cari dia. Aih, sabar sajalah.

"Kenapa?"tanya Syahriz. Dilayan saja kerenah isterinya. Tak kisahlah benci atau tidak janji gadis itu tak merepek.

"Sebab abang suka goda saya. Kenapa abang seksi sangat ni, Lee Syahriz Dani?"tanya Haura perlahan. Dada bidang yang tidak berlapik itu sengaja disentuh. Syahriz mula tidak keruan. Halkumnya sudah bergerak-gerak.

"L-love please. Aku tak nak kau sakit. P-pergi sambung tidur balik. A-aku ada kerja"arah Syahriz. Meskipun lututnya sudah longgar apabila Haura mula melabuhkan ciuman di lehernya. Tolonglah, dia tidak boleh sentuh gadis itu harini.

"Tidurkan saya dulu."bisik Haura. Syahriz sudah meneguk air liur. Tangannya sudah mengigil teruk. Matanya dipejam. Baiklah dengan kiraan tiga, dia akan keluar dari bilik. Baik dia mesti boleh. Godaan Haura terlalu darsyat.

Satu..

Dua..

"Tiga!"kata Syahriz seraya dia mencempuh tubuh kecil Haura. Syahriz terus menuju ke katil mereka. Selepas itu, tubuh gadis itu diletakkan perlahan-lahan di atas katil sebelum dia naik menindih tubuh kecil itu.

"Can I eat you now?"tanya Syahriz sambil tersengih nakal. Haura menganggukan kepalanya. Tangannya sudah melingkari leher lelaki itu.

"I'm yours"

Apabila mendengar jawapan itu, Syahriz tersenyum menyenget. Sebelum memulakan,dia mengusap pipi gadis itu.

"I love you, love"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now