"B-baik tuan"akur Shah.

"Oh aku lupa. Tolong buang baju ni. Aku tak nak Haura tahu dan tolong selesaikan mayat lelaki tu."arah Syahriz.

Baju yang berada di tangannya dicampak ke arah lelaki itu. Satu masalah dah selesai. Dan sekarang dia perlu balik dahulu sebelum isterinya sampai ke rumah. Kalau tidak habislah dia.

"Aih, takut bini ke tuan aku ni?"keluh Shah. Dia memandang tubuh lelaki itu dari belakang. Apa yang ditakutkan sangat? Sampai sanggup lelaki itu berlari.

Mayat yang kaku itu dipandang. Shah mengeluh. Makin banyak kerja sejak Rifqi minta cuti. Aih, pulanglah balik Rifqi. Dia tidak sanggup lagi!
















































































BERKERUT kening Haura apabila melihat kot suaminya yang bersepah di lantai. Dia mengeluh perlahan. Memang lelaki itu suka letakkan barang bersepah ke? Hadap saja lah perangai siapa suruh dia gatal sangat mahu kawin dengan lelaki itu. Kan dah mendapat.

Kot baju itu diambil lalu dicampakkan ke dalam bakul baju. Baru saja dia mahu mencapai tuala, tangannya terasa seperti basah. Apabila dia tunduk saja, serta merta dia terkejut. Cecair merah? Darah ke?  Dia datang bulan ke? Rasanya dah lepas. Tak akan lah.

Dalam hatinya kuat mengatakan bahawa darah ini dari kot baju suaminya bukan dari dia. Dengan perasaan ingin tahu, kot baju suaminya diambil lalu dibau. Memang betul, ada bau pelik tapi dia memang kenal sangat bau itu.

"Lee Syahriz Dani!"panggil Haura kuat. Debaran di dadanya kini sudah kuat dirasa. Dia berharap sangat suaminya akan jujur.

"Yes love? "Sahut Syahriz.

Apabila dia lihat saja wajah merah padam Haura, mukanya terus berubah. Pandangannya jatuh ke arah kot bajunya. Bagus. Sangat bagus! Macam mana dia boleh terlupa untuk buang kot itu juga! Argh, dia memang cuai!

"Abang buat apa tadi?"tanya Haura. Riak wajahnya menunjukkan reaksi marah.

Syahriz tergamam. Jujur, ini kali pertama dia melihat wajah garang isterinya. Selalunya dia saja yang tahu marah tapi itulah dia langsung tidak pernah kena marah. Dan baru kali ini dia merasa.

"A-aku pergi beli barang tadi"jawab Syahriz gagap. Sumpah dia katakan, Haura sangat menyeramkan bila gadis itu marah. Argh, takut!

"Beli barang apa?"

Damn! Apa yang Syahriz mahu jawab ni? Dia manalah ada beli barang pun tadi. Alahai, itulah bagi lagi jawapan bodoh.

"M-minyak angin?Ah yes minyak angin. Aku beli tadi sebab ada promosi. Murah tadi. Aku nak beli sebab tangan aku lenguh"balas Syahriz.

Haura mengecilkan bebola matanya. Entah boleh percaya ke tak jawapan lelaki itu.

"Beli minyak angin sampai bibir abang bengkak macam tu, huh?"sinis Haura. Tangannya naik berpeluk tubuh.

Serta merta Syahriz tergamam. Tangannya naik memegang bibir. Ah,ini dia tidak tahu alasan apa yang dia mahu bagi. Tak akan lah dia mahu bagi alasan yang dia terjatuh tangga? Kalau begitu bukan setakat bibirnya bengkak malah kepalanya pun boleh retak. Tak masuk akal betul.

"A-aku.."

"Abang dah tak sayang saya ke?"cantas Haura laju. Serta merta Syahriz terkejut. Laju saja dia melangkah ke arah gadis itu. Tangannya mahu memegang tangan gadis itu namun Haura menempis.

"Sayang tapi.."

"Habistu kenapa tipu saya?"tanya Haura dengan nada sedih. Wajahnya muram saja memandang wajah gelisah suaminya.

"Hei love, aku minta maaf sangat. Aku sayang kau sangat. Aku cuma tak nak kau kecewa dapat suami macam aku sebab itu aku tak berani nak bagi tahu kau. Aku betul-betul minta maaf"kata Syahriz seakan-akan merayu.

Haura hanya beriak kosong. Rayuan suaminya diendahkan. Lantas dia menapak ke luar.

Syahriz pantas menangkap tangan isterinya. Perasaan rasa bersalah mula bertandang dalam hatinya. Aish, kenapalah dia tak jujur saja tadi? Bodoh betul dia.

"Love, aku minta maaf sangat sebab aku tipu kau. Please jangan ignore aku macam ni. Aku.."

"Ikut suka awak lah. Saya tak nak ambil tahu lagi. Malam ni saya nak tidur bilik lama saya"cantas Haura laju.

Tangannya terus direntap. Dengan perasaan marah, dia terus menapak keluar meninggalkan Syahriz yang masih terkebil-kebil.

"Habislah. Bini aku dah merajuk"gumam Syahriz.

Dia meraup wajah kasar. Sekali lagi dia melepas. Tak pernah-pernah lagi gadis itu merajuk, merajuk pula dia. Selama ini hanya dia saja tahu marah,sedih dan merajuk tapi apabila gadis itu the tunjuk perangai dia sudah tidak keruan.Argh, malangnya hidup dia harini!

Macam mana dia mahu pujuk isterinya? Ini tak lain dia perlu cari seseorang yang pakar bab memujuk perempuan. Rasanya pekerjanya ada yang pandai tapi siapa eh?

Setelah lama berfikir, Syahriz terus tersenyum menyenget. Dia rasa dia tahu siapa yang boleh bantu dia sekarang.

Pantas tangan Syahriz mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor seseorang didail. Dalam beberapa minit, panggilannya diangkat.

"Ye tuan? "

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now