Dato' Lee Kwang jung.

Dia cukup bencikan lelaki itu. Bukan cukup tapi sangat. Perkataan yang paling sesuai. Ya. Sangat benci. Dia sendiri terlalu bencikan lelaki itu sampaikan pandang pun dia sudah rasa jijik.

"Apasal orang tua tu ada dekat sini? Kenapalah dia tak mati lagi"gumam Syahriz. Menyampah betul.

"Eh, tak baik kata macam tu tuan. Walaupun ayah tuan tu memang celaka sama macam anak dia  tapi saya masih hormat orang tua."kata Rafqi selamba.

Akibat geram, Syahriz terus mengetuk kepala lelaki itu. Apasal dia pula yang kena sekali. Dia memang celaka tapi tak ada lah sampai tahap mahu membuang anak sendiri. Lelaki itu saja yang buat.Dasar otak dekat lutut.

"Aku dengan ayah aku orang yang berbeza. Jangan sesekali nak samakan aku dengan orang tua tak guna tu"balas Syahriz dingin.

Memang dia tidak suka disamakan dengan ayahnya sendiri. Dulu, setiap hari, setiap jam, dan setiap minit dia menunggu seperti orang bodoh. Puas dia menunggu supaya ayahnya membuka pintu pagar.

Tidak kira hujan atau panas, sakit atau sihat dia tetap menunggu ayahnya. Tapi hampa, lelaki tua itu menghalaunya seperti anjing kurap. Dan sekarang? Lelaki itu mahu berjumpa dengannya pula. Sungguh tidak sangka.

"Sudahlah jom kita selesaikan masalah ni"kata Syahriz. Dia tidak mahu berlama di sini. Dia rimas dengan keadaan sekeliling. Menyebalkan.

"Uu, tak sabar nak layan bini lah tu"tegur Rafqi. Syahriz hanya mengendahkan sahaja teguran itu. Dia malas mahu layan.

PAK!

Belakang badan lelaki itu dipukul kuat. Rafqi mengerang kesakitan. Tajam matanya memandang wajah selamba abangnya. Nak saja aku bunuh. Geram!

"Kau apasal!"marah Rafqi. Nasib tempat ini bising kalau tidak pasti semua orang mendengar suaranya. Tapi apa nak dihairankan. This is club.

"Balasan sebab kau tinggalkan aku tadi."kata Rifqi sambil tersenyum. Dia terus melangkah mengikuti tuannya. Rafqi mencebik. Alah, kena tinggal pun marah. Dia sebelum ini siap menempah lagi. Tak ada pula dia mahu maki. Aih, sabar je lah.




























DATO Kwang tersenyum apabila melihat figura lelaki itu. Sudah 19 tahun dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Nampaknya lelaki itu sudah lupa daratan.

"Selamat pengantin baru Tuan Lee Syahriz."kata Dato Kwang sambil tersenyum. Sengaja dia menekankan perkataan Lee.Geli hatinya melihat wajah ketat lelaki itu. Memang ikut perangai ibu betul.

Orang yang berada di sekelilingnya ketawa. Memang bagi mereka itu semua lucu. Lelaki yang mendapat gelaran Raja Syaitan kawin? Sudah semestinya mustahil. Hanya perempuan malang saja mahu mengahwini seorang raja kejam itu.

Syahriz menghiraukan orang yang mengertawai dirinya. Bagi mereka itu mungkin bahan jenaka tapi bukan dia.

Rafqi sudah panas hati apabila tuannya menerima makian dan cacian sebegitu. Hei, tiada siapa yang berhak menghina tuannya selain daripada dia dan Rifqi.

"Kau na.."

Tangan Syahriz laju saja menangkap tangan lelaki itu. Masalah nanti kalau lelaki itu terus menyerang. Sudahlah mereka hanya bertiga. Memang Haura akan jadi janda nanti.

"Kenapa kau nak jumpa aku? Cepat cakap.Jangan buang masa aku dekat sini."potong Syahriz.Dia mengeluh. Dia sudah malas mahu berpantun atau segala benda yang membuang masa. Dia mahu balik, tidur dan layan isteri. Itu cukup baik.

Dato Kwang tersenyum apabila mendengar soalan daripada lelaki itu. Baiklah, kalau itu yang lelaki itu mahu. Dia pun malas mahu membuang banyak masa.

"Fine, aku pun tak suka buang masa. Kau pun tak suka, orang lain pun sama. Kan?"balas Dato Kwang. Orang yang berada di sekelilingnya pun hanya menyokong apa yang lelaki tua itu katakan. Kiranya ada tukang support.

"Apa yang kau nak?"

Dato Kwang menjongketkan bahunya. Cawan yang berisi air minuman keras itu diteguk.

"Aku rasa aku nak DD"kata Dato Kwang selamba.

Rafqi dan Rifqi terus tersentak. Aih, apasal pula lelaki itu mahu DD pula? Bukan kah mereka tak pernah kacau hidup lelaki itu?

Syahriz terus tergelak besar. Kepalanya tergeleng-geleng apabila mendengar jawapan yang langsung tidak masuk akal. Lelaki itu sudah gila?

"Otak kau dah biul ke apa? DD tu tak ada kena mengena langsung dengan kau lah orang tua. Kau tak ada sebab nak ambil DD dari aku."kata Syahriz sambil menaikkan sebelah keningnya. Buat apa dia mahu serahkan? DD milik dia. So he can say what he want.

"Aku dah jangka kau akan cakap macam tu. Kau memang anak aku"

Syahriz terus berdecis. Anak? Baru sekarang mahu mengaku anak? Bukan ke dia cuma anak haram?

"Aku tak ada ayah. Aku cuma ada ibu saja. Jadi, aku rasa urusan kita dah selesai kut. Kau pun dah tahu apa yang sepatutnya kau tahu jadi, aku minta diri dulu"pinta Syahriz.

Sempat tangannya mengambil botol air minuman keras yang berada di atas meja. Rafqi dah Rifqi mengikuti jejak tuannya. Baru saja nak gembira dapat beraksi tapi lain jadinya. Tak apa lah lain kali saja.

"Aku kesian dengan kau Syahriz."kata Dato Kwang.  Suaranya dikuatkan. Secara tidak langsung, Syahriz memberhentikan langkahnya. Dia mengerutkan kening. Apa yang mahu dikesiankan?

"Macam mana kau boleh tertipu dengan perempuan macam tu? Aku dengar kau tak kenal langsung dengan dia. Disebabkan perempuan tu dah jadi menantu aku, aku bagitahulah apa yang aku tahu pasal dia"

Dato Kwang tersenyum sinis apabila lelaki itu berhenti. Nampaknya kelemahan lelaki itu cuma satu. Menarik. Raja Syaitan sudah ada kelemahan sekarang.

"Apa maksud kau?"

Terbit satu pertanyaan. Apa yang perempuab itu rahsiakan daripadanya. Rasanya dia sudah tahu semua pasal gadis itu. Apa yang lelaki tua itu cuba merepek.

"She's a whore. Perempuan murah yang dah jadi isteri kau"

Syahriz mengetap kuat giginya. Botol kaca yang berada di tangannya digengam. Entah kenapa dia rasa seperti dia pula yang dihina. Sakit, panas, dan mahu meletup sekarang rasanya. Geram!

"Maaflah, aku terlalu jujur. Tapi aku dapat maklumat ni pun sebab orang bawahan aku ada tempah dia. Dia kata bini kau pandai layan. Mana lah tahu nanti aku pula yang tempah bini kau pula na-"

BUK!

"Tuan!"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now