Haura terus menempis kasar tangan kakaknya. Memang selama ini dia pernah minta kakaknya duit? Habis, yang dia kerja selama ini pun menolong juga meringankan beban. Kakaknya bercakap seperti dia tidak melakukan apa apa kerja langsung!

"Cara kau cakap memang aku ni tak berguna langsung dalam hidup kau kan. Habis selama ni aku buat apa?!"bertak Haura.

Dadanya turun naik menahan amarah yang membuak-buak. Tak pernah pula dia bertengkar dengan kakaknya sampai begini sekali.

"Memang kau tak pernah berguna pun! Arwah mak mati pun sebab kau! Dasar perempuan tak kenang budi!"Tengking Haira balik.

Kepala adiknya ditonjol-tonjol. Kalau boleh nak saja dia tampar berkali-kali wajah perempuan itu.

"Aku? Eh kau dah lupa ke! Kau yang pukul mak guna batu semata-mata mak tak benarkan kau jadi pelacur! Lepastu kau salah kan aku?"

Mendengar jawapan yang keluar dari mulut perempuan itu membuatkan Haira semakin geram. Kalau dia ada hak untuk bunuh orang sudah lama dia buatlah!

"Kau! "Kata Haira sambil menundingkan jari telunjuknya pada Haura. Tajam saja matanya melihat ke arah perempuan itu. Seperti mahu siat-siat kulitnya sampai lumat!

"Pergi mati!"Jerit Haira.

Dia terus mencekik leher adiknya sekuat tenaga. Sampai terdorong gadis itu dibuatnya. Tangan Haura terus tergapai-gapai untuk dilepaskan. Dia cuba menepis namun gagal. Hampir kehabisan udara dia dibuatnya.

"L-lepas" pinta Haura dengan suara tersekat-sekat. Mukanya sudah mula merah menahan sakit di bahagian lehernya.

KLICK!

Terus tersentak Haira dibuatnya. Dia menoleh ke arah bunyi itu. Terbutang matanya melihat pistol itu betul-betul di sebelah kepalanya. Hampir 2 inci saja jaraknya. Kalau sekali tembakan kepalanya mungkin berlubang.

"let. her. go"

Satu persatu perkataan disebut. Gerun saja suaranya. Haira merengus kasar. Dia terus melepaskan adiknya kasar.

Syahriz terus menarik tangan gadis itu supaya dekat dengannya. Tangannya naik menyentuh wajah gadis itu. Jelas kelihatan tepi bibir gadis itu kelihatan merah sedikit. Terus bengang dia dibuatnya. Selepas itu, dia memandang tajam ke arah perempuan yang berada di depannya.

"Aku cukup tak suka hak milik aku rosak."Kata Syahriz dengan nada marah. Secara tidak langsung Haura mengerutkan dahinya. Hak milik? Memang dia barang lelaki Itu kah?

"Kalau boleh aku tak nak rosakkan tapi aku terus bakar je dia"jawab Haira selamba.Syahriz terus tersenyum sinis. Perempuan itu memang tak kenal dia lagi.

"Apa yang kau tak puas hati? Kau dah selamat dari aku kan. Aku cuma nak adik kau saja"terang Syahriz. Tangannya naik berpeluk tubuh.

Haira terus mencebik bibirnya. Selamat? Eh habis kalau dia selamat sekalipun apa yang dia dapat? Nothing!

"Aku memang tak puas hati. Sepatutnya aku yang ikut kau bukannya perempuan tu! Dia bukannya pandai layan nafsu kau pun nanti!"bertak Haira.

Terus terangkat kening Syahriz dibuatnya. Eh, tak reti bersyukur punya perempuan. Tapi kalau itu yang perempuan itu nak dia tunaikan saja lah.

Bila masa pula dia mahu puaskan nafsu pula ni? Tak apa kalau perempuan itu yang nak dia mana boleh tolak.Dia sendiri akan beri layanan istimewa pada perempuan itu. Bak kata orang rezeki jangan ditolak.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now