Terus tersentak Haura mendengar suara itu. Tak pernah dengar tapi dia sangat pasti lelaki itu bukan lelaki yang cuba sakitkan dia tadi. Perlahan-lahan dia cuba membuka mata.Secara tidak langsung dia terkejut apabila melihat lelaki itu betul-betul berada dihadapan wajahnya. Hanya 2 inci saja jarak wajah mereka.

"A-apa dah jadi?"Tanya Haura gagap.

Baru saja dia mahu melihat keadaan di belakang lelaki itu, lelaki itu terus memegang kedua pipinya. Lelaki itu seperti tidak mahu gadis itu memandang apa yang berada di belakangnya.

"Jangan pandang belakang"katanya sambil memandang anak mata Haura. Tajam saja pandangannya. Tapi entah kenapa Haura seperti terpukau melihat anak matanya. Dia perhatikan wajah lelaki itu. Daripada kening sehingga bibir lelaki itu. Sangat sempurna ciptaannya.

"Dah puas rogol muka aku?"tanya lelaki itu Terus terbutang biji mata Haura dibuatnya. Secara tidak langsung dia memalingkan pandangan. Malu pula rasanya sekarang.

Dapat Haura lihat lelaki itu tersenyum kecil. Selepas itu, dia melihat ke arah baju yang terkoyak pada badan Haura. Kalut dia membuka baju hoodienya. Dia terus menutup badan gadis itu yang sedikit terdedah.

"Kau buat apa kat sini sorang-sorang?"tanya lelaki itu dengan nada datar.

"Saya nak balik."

"Habistu kau tak reti nak naik kereta?"tanya lelaki itu garang. Terus berkerut dahi Haura mendengarnya. Garang betul lelaki ni.

"Saya tak pandai bawak kereta. Tu yang saya tak berani"kata Haura perlahan sambil menundukkan kepala.

"Ada aku suruh kau bawak kereta?"sinisnya. Terus terdiam Haura dibuatnya. Ada betulnya juga. Sejak bila lelaki itu suruh dia bawak kereta? Dia kata naik saja. Aishhh salah dengar lah ni.

"Kau boleh jalan?"tanya lagi. Lengan bajunya dilipat sehingga paras siku.

"Saya boleh jalan tapi su-- eh awak!"jerit Haura sambil memegang erat leher lelaki itu. Lelaki itu terus mengendong tubuh kecil Haura . Terkejut juga dia apabila lelaki itu tiba tiba saja mengangkat dirinya. Aishh jadi makin malu pula dia nanti.

"Awak nak buat apa ni!"marah Haura. Tajam matanya memandang lelaki itu. Tangannya tidak berhenti henti menolak dada bidang lelaki itu.

"Nak tolong kau lah. Apasal kau marah aku?"Keluh lelaki itu. Dia mengeluh perlahan sambil memandang wajah polos perempuan itu. Nak saja dia baling daripada angkat macam ni. Ingat tak berat?

"Kita nak pergi mana?"tanya Haura sambil menahan malu. Cover Haura! Cover!

"Aku hantar kau balik."kata lelaki itu. Baru saja dia mahu melangkah secara tiba-tiba dia merengus. Nampak dari riak wajahhnya dia seperti terlupa sesuatu. Apa yang dia lupa pula? Lelaki terus meletakkan badanku perlahan di atas meja berdekatan. Berkerut kening Haura melihat kelakuan dia.

"Sekejap aku nak buat call"kata lelaki itu dengan suara yang masih datar. Bila dia mahu ubah nada suara pun Haura sendiri tidak tahu. Haura hanya mengangguk perlahan. Lelaki itu pun terus mendail nombor seseorang ditelefon canggih miliknya.

"Rif,kau tolong settle kan mayat ni dekat lorong ni. Nanti aku send location."arah lelaki itu. Tanpa menunggu balasan dia terus mematikan panggilan. Matanya memandang tepat ke arah mata bundar milik Haura. Secara tidak langsung, perbuatan lelaki itu membuatkan Haura sedikit curiga. Cara lelaki itu seolah olah sudah biasa melakukan kerja seperti ini. Memang lah dia curiga.

"Awak ni siapa? gangster ke? Atau awak ni.. hah! Perogol bersiri!"duga Haura dengan mata yang dikecilkan. Cuba untuk membuatkan lelaki itu takut. Tapi lelaki dihapadannya hanya beriak tenang saja. Apa yang lelaki itu takut pun dia sendiri tidak tahu.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang