Kenapa mesti kakaknya yang dihina? Kenapa bukan dirinya? Dia seperti nanusia yang tidak berguna. Keluhan kecil dilepaskan.

Kakinya yang berjalan tadi terus terhenti. Di hadapannya sekarang adalah satu cafe yang paling mahal di kawasan ini.

Mahu masuk seperti dia tidak layak pula. Mesti ramai orang akan memandang hina padanya nanti. Jadi baik dia duduk di luar sahaja. Biarpun nampak seperti pengemis. Dia kisah apa?

Perlahan lahan dia meletakkan punggungnya di atas satu kerusi panjang yang terletak elok di situ. Tangannya ditepuk beberapa kali. Menghilangkan kotoran pada tangannya.

Dia melihat ke arah manusia yang ada di sana. Semuanya membuat hal sendiri. Langsung tidak menghiraukan hal sekeliling.

Sedang ralit dia memerhatikan orang matanya terpandang ke arah satu tong sampah yang berhampiran. Lama dia pandang.

Secara tidak langsung dia teringat akan memori yang sangat memberinya kesan yang negatif sehingga hari ini.

BUM!

Satu tong yang berisi sampah sarap ditebalikkan di atas kepala seorang gadis. Sisa makanan, kertas yang dikoyakkan dan segala jenis sampah jatuh di atas kepala gadis itu.

Gadis itu hanya pasrahkan sahaja apa yang terjadi padanya. Hendak melawan dia tidak mempunyai apa apa kekuatan.

Nur Haura Rose. Sebaris nama yang sangat dibenci oleh sekeliling. Gadis yang sangat malang.

"Eiii, busuknya kau haura. Macam orang tak mandi." Sinis seorang gadis berambut perang panjang paras pinggang.

"Haha jijik lah aku tengok dia ni" ejek seorang lelaki.

Dia menyepak tong sampah itu tepat mengena tubuh Haura yang terduduk. Tiada secalit belas kasihan pun pada mukanya.

"Hem, kesian kan? Sudahlah kakak pelacur. Layan jantan sana sini. Mesti kakak kau ada penyakit kan? Weyh, takut lah kena penyakit." Kata gadis yang berambut hitam paras bahu itu.

Dia menarik rambut Haura untuk memaksa gadis itu melihat ke arahnya. Senyuman mengejek diberi.

"Kesian aku tengok kau. Kakak kau langsung tak kisah pasal kau. Apatah lagi orang lain kan? Tapi tak apa aku doakan ada orang yang sanggup jaga sampah macam kau"sinisnya.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now