1993 part 4

213 9 0
                                    

Shahrizal Hamdi duduk berdepan dengan penemuramah Radio Millennium. Keadaan bilik studio sedikit dingin, jadi penemuramah Radio Millennium terus bertanya pada Ketua Pemuda Parti Jujur itu sama ada sejuk atau tak. Shahrizal nampak rilek je walaupun yang lain dah menggigil. Maklumlah, air cond baru pasang.

"Dah boleh mula?" tanya penemuramah kepada Faiz, yang sedang handle teknikal.

"Mic check!"
"Check!"

--

Penemuramah: Bersama saya, Ketua Pemuda Parti Jujur, yang muktahir ini sering memberikan komentar dan pandangan yang kritikal. Saya Hasmi dari Radio Millennium, mengucapkan selamat datang.

Shahrizal Hamdi: Terima kasih.

Penemuramah: Soalan pertama saya, saudara Shahrizal boleh dikatakan muda dalam politik sekarang. Boleh tahu mengapa saudara mahu mencabar Gabenor Ibrahim dalam jawatan presiden parti.

Shahrizal Hamdi: Pertama sekali, saya lahir tahun 1953. Umur saya berusia 40 tahun pada Ogos ini. Tak adalah muda sangat, pada saya.

Penemuramah: Tapi agak muda untuk standard politik Gelanggayu.

Shahrizal Hamdi: Saya rasa tidak ada masalah untuk seseorang yang berusia 40 tahun untuk memimpin parti. Saya bukanlah nak bandingkan diri saya dengan Rasulullah, tapi Rasulullah sendiri dilantik menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Saya cuma mahu bertanding presiden parti, rasanya takde masalah tu.

Penemuramah: Tetapi masih ada ramai kepimpinan yang lebih berpengalaman dalam parti, kenapa tidak memberi mereka peluang?

Shahrizal Hamdi: Sejak 1969, bila Parti Rakyat diharamkan junta tentera, dan bila kita tubuhkan semula parti dengan nama Parti Jujur, kita belum pernah berjaya menafikan 2/3 kerusi parlimen Parti Persekutuan. Kalau mereka ada belajar dari pengalaman, dah boleh kalahkan Parti Persekutuan dah.

Penemuramah: Jadi saudara berpendapat, Parti Jujur perlukan kepimpinan baru dan dibarisi barisan muda?

Shahrizal Hamdi: Antara masalah orang, ialah terlalu bersentimental, terlalu bernostalgia. Mereka ini merupakan pemimpin-pemimpin pada zaman Tun Rizal dulu. Saya tak kisah untuk mengaku bahawa sebab zaman Tun Rizal yang terlalu mementingkan kroni, menyebabkan kerajaan Parti Rakyat tewas dengan Parti Persekutuan, sehingga tercetusnya rusuhan, dan kerajaan tentera merampas kuasa kudeta.

Penemuramah: Belum ada lagi mana-mana pemimpin yang berani mengkritik Bapa Kemerdekaan, saudara Shahrizal merupakan orang yang pertama berani mengkritiknya di radio.

Shahrizal Hamdi: Kita kena sedar dan insaf dengan kelemahan kita. Hanya dengan berdepan dengan kesilapan, barulah kita mampu betulkan dan maju ke depan.

Penemuramah: Saudara Shahrizal begitu kritikal dengan sistem kerajaan hari ini. Contohnya laporan berita minggu lepas, saudara ada mengkritik jabatan bekalan air. Mengapa saudara Shahrizal begitu lantang dalam mengkritik kerajaan?

Shahrizal Hamdi: Apabila ada masalah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari punca masalah dan selepas itu, barulah kita dapat menyelesaikan masalah itu. Tetapi di sini, saya nampak, Gabenor Wijayapura, Ibrahim Abu Samah hanya tahu nak menyalahkan kerajaan pusat, sedangkan sudah 24 tahun menjadi Gabenor di ibu negara ni. Dan drama salah menyalah antara Gabenor dan Kerajaan Pusat berterusan sebab nak tunjuk hebat pada rakyat. Padahal masalah tak selesai pun.

Penemuramah: Pada pandangan saudara, apa punca masalah bekalan air di Wijayapura?

Shahrizal Hamdi: Pertama sekali, cuba kita tengok jabatan ni semua milik siapa? Milik kerajaan. Bila milik kerajaan, akan ada orang-orang tertentu terutamanya golongan pembesar dan aristokrat yang memegang syer untuk membeli peralatan seperti pam air atau alat-alat lain. Sekarang, berapa kali kita dah dengar alasan Ketua Jabatan, saudara Jamal Yunus kata, masalah bekalan air berpunca dari pam air. Berapa kali pam air rosak? Apa puncanya? Puncanya ialah bila mereka ini tidak mempunyai motivasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, sebab kawasan rumah agam dan istana mereka, walau macam mana teruk pun, akan tetap ada air. Pernah dengar kawasan Bukit Istana tak ada air?

Sidang DewanWhere stories live. Discover now