1995 part 6

207 9 0
                                    

Hafiz

Pertarungan WWF Intercontinental Title antara Shawn Michaels berlangsung sengit. Jimmy tak senang duduk. Dia minat betul Shawn Michaels punya aksi yang lincah.

Aku hanya melanguk tak faham kenapa ada orang minat tengok wrestling.

Dalam sedap-sedap main wrestling, aku nampak Pak Walid, datang dengan bendera harimau.

Aku singgung lengan Jimmy.

"Amende?" tanya Jimmy yang sedang khusyuk tengok wrestling.

"Tu Pak Walid. Dia ni, Ketua Cawangan Parti Persekutuan kampung ni. Tapi kenapa dia berkempen untuk Parti Jujur?"
"Lompat parti la tu, tak masyuk. Tak dapat jadi calon."
"Tak, tak. Eh kau ni, buat apa nak masuk parti pembangkang. Kawasan ni daripada dulu lagi memang Persekutuan pegang la."

Jimmy terus toleh Pak Walid yang sedang menuju ke meja kami.

"Jangan lupa 9 hari bulan..."
"Pak Walid, kenapa Pak Walid berkempen untuk Parti Jujur?"
"Arahan. Nak jatuhkan Datuk Seri Azmi dengan konco dia."
"Datuk Arman tak marah ke?"
"Dia tak tahu. Dia sibuk di Wijayapura."

Terkebil-kebil aku.

"Kau nak undi, undi harimau. Jangan undi kuda. Kita nak dorang kalah. Ajar sikit Datuk Seri Azmi ni. Lembab sangat. Jahanam ekonomi kita ni."
"Kitorang geng rehal bang. Daulah Islammiyyah!" kata Jimmy, menyakat.
"Okay, jangan lupa 9 haribulan ni ya?"

Lepas Pak Walid blah, aku pandang Jimmy.

"Habislah, mengamuklah Tengku Mahkota bila dapat tahu result pilihanraya nanti," Jimmy terus hirup teh tarik.

"Kenapa?"

"Sampai ke kampung ni duit Soros masuk ya? Dahsyat."

--

Datuk Bakri sedang brief orang-orang dalam SPR berkenaan pilihanraya kali ini dari segi logistik dan perjalanan pilihanraya pada hari Ahad, 9 April 1995.

Tetapi beberapa orang dalam, sedang dalam proses untuk memanipulasi keadaan di beberapa kawasan yang dikatakan kawasan orang-orang Datuk Seri Azmi.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Datuk Rahizan juga menjadi Ketua Pengarah Pilihanraya. Dia hanya akan memastikan orang-orangnya menang, dan tinggalkan mungkin dalam lima orang sahaja untuk penyokong Datuk Seri Azmi dalam Dewan Rakyat nanti.

Operation Downfall sedang dijalankan dengan giatnya oleh puak republikan yang dipimpin Pengetua. Di sebelah pengumpulan dana, Datuk Mohd Nor sedang mengumpul wang untuk membeli semua aset-aset yang bakal dijual Tengku Mahkota.

Di sebelah perang saraf, dilakukan oleh Shahrizal Hamdi di pihak Parti Jujur, dan Luqman di pihak Parti Persekutuan.

Operation Downfall ini adalah serangan pelbagai arah terhadap Datuk Seri Azmi, sekaligus melumpuhkan tongkat pertama pemerintahan keluarga diraja al-Daulah, iaitu bahagian legislatif.

Selepas puak republikan menguasai Parlimen nanti, Datuk Seri Azmi akan diasak sehingga meletak jawatan. Jika dia masih bertahan sehingga tahun 2000, undi tidak percaya akan dilancarkan.

Apabila menjatuhkan Datuk Seri Azmi, tongkat kedua iaitu bahagian eksekutif pula dijatuhkan. Bahagian ketiga yang akan dijatuhkan ialah dengan mendraf semula hak-hak raja seperti Perkara 3 dan Perkara 301 Perlembagaan Gelanggayu, berkenaan hak-hak istimewa Sultan dan keturunan Al-Daulah.

Ia seterusnya menjurus untuk perlantikan hakim-hakim yang pro-republikan, dan membuang semua hakim yang setia dengan Sultan, sekaligus membolehkan Sultan boleh didakwa.

Peringkat kelima ialah dengan bekerjasama dengan negara-negara jiran sekiranya berlaku perang saudara, maka dapat bantuan dari negara mereka. Begitu juga bantuan dari negara-negara EU dan kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now