2001 part 7

207 9 0
                                    

Azlan

Majlis kenduri sempena anak Bang Iz berkhatan berlangsung dengan meriahnya. Aku cuba bayangkan 10 tahun dari sekarang bila Jugra dah besar nanti, aku juga akan ada perasaan macam Bang Iz hari ini.

Tapi, selain melawat anak boss Gagak Merah yang bersunat, aku ada dua meeting penting dengan Bang Iz.

Pertama, tentang meeting Gagak Merah bersama Azham, Ali, Gabenor Sahari dan Wak Am. Disebabkan pesaing utama iaitu Diamond Hijau dah hancur dan tak ada lagi, Gagak Merah kini menjadi gangster paling dominan di Wijayapura.

"Untuk seluruh Wijayapura ni dijaga oleh aku seorang, aku tak mampu. Aku ada jawatan sebagai Menteri. Dan, walaupun Azlan pun Menteri, aku rasa Belia dan Sukan tak sesusah jaga Pertahanan..."
"Betul," aku bersetuju.
"Jadi, aku bahagikan korang Wijayapura ni kepada empat bahagian, tapi semua bawah aku. Kau, Azlan, kau pegang kawasan selatan, kawasan macam Puncak Jaya tu semua. Lagipun kau memang orang situ, ahli parlimen situ. Kau akan jadi Orang Besar Gagak Merah di Selatan."
"Saya terima, Bang Iz."
"Ali akan jaga kawasan timur."
"Saya terima, Bang Iz," kata Ali.
"Gabenor Sahari, kau jaga barat."
"Baik, Izham. Aku terima."
"Azham, kau jaga bahagian pelabuhan dan kawasan Tanjung Emas untuk pihak aku."
"Baik, bang."

"Sekarang, aku ada meeting dengan Shahrizal pulak. Ali, Gabenor Sahari, dengan Azham, boleh keluar. Azlan, kau panggil Shahrizal."

Aku keluar dan panggil Shahrizal untuk masuk ke pejabat di rumahnya.

Kami bertiga duduk di dalam pejabat Izham.

"Aku tahu macam mana Luqman atau Saiful ni naik," kata Izham. Izham jalan mundar-mandir lagi.

"Ada dua orang di belakangnya, iaitu Tengku Jimmy, dengan Datuk Seri Hafiz. Tengku Jimmy ni dulu dia baik dengan aku. Aku okay dengan dia ni, tapi aku ada masalah dengan Hafiz."

Otak aku tiba-tiba keluar lampu letrik bila dia cakap 'ada masalah dengan Hafiz'.

"Kenapa tu?" tanya aku.

"Sejak dia bukak cybercafe tu, dia sudah pegang market baru. Dan aku selaku ketua Gagak Merah, aku tak suka ni berlaku. Dulu, persatuan kedai snooker, persatuan kedai judi, persatuan nombor ekor, persatuan kedai game, semua geng kita pegang. Tak Gagak Merah, Diamond Hijau, dan dan lain-lain. Tapi bila persatuan pemilik cybercafe ajak dia masuk, dia tak nak masuk sebab tak berminat, tu sudah kurang ajar. Aku tahu dia budak Sayap Kuning, sebab dia kahwin dengan anak Pak Wan Radzi. Bukan calang-calang. Aku tak boleh debik dia, nanti orang Sayap Kuning cari aku. Aku nak kalahkan dia dalam bidang perniagaan. Tang tu, Sayap Kuning tak bolehlah nak attack aku," kata Izham.

"Jadi, macam mana?" tanya Shahrizal.

"Perkara pertama ialah aku nak tubuhkan sebuah hedge fund yang boleh lawan dia. Aku tahu dia dah jual FizzyTech pada Nadi Citra, dan Nadi Citra tengah terkapai-kapai sebab kebodohan Damian beli FizzyTech sampai RG7 billion."

Aku dengar je cakap Izham ni.

"Jadi, Azlan, tugas kau ialah ke Temasik, discuss dan negotiate dengan Jacob Chong dan Pengetua macam mana kita nak mulakan serangan ni. Dan kau, Shahrizal, kau arahkan orang kau, Datuk Shuib Moghni, sebagai Menteri Kehakiman dan Reformasi Mahkamah, tolong korek sikit fail Datuk Seri Hafiz. Aku tahu dia ada buat salah besar ni."

"Cantik, Izham!" kata Shahrizal.

"Tak bayar cukai ke, seleweng duit ke, songlap duit ke, salahguna ke, tolong tarik dia. Dan aku perlu berebut dengan Datuk Seri Hafiz beli syer Nadi Citra bila saham dia jatuh menjunam tak lama lagi. Aku tahu dia dah kuatkan cengkaman di Axis dan Angkasa TV. Jadi aku akan taburkan duit di Gelcom, GM Touch dan Digitel."

Sidang DewanTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon