1992 part 2

213 12 0
                                    

"Datuk, Datuk dah siap?" tanya Datuk Bakri, setiausaha politik kepada Datuk Rahizan.

Datuk Rahizan simpan kembali foto tadi dalam laci. Dia kemudian capai kot yang tersangkut pada kerusi dan terus bergerak keluar dari pejabat.

Hari ini ada upacara pelancaran Sukan Komanwel 1998 yang berlangsung di Wijayapura, dan pelancaran rekabentuk baru stadium nasional yang terletak di Puncak Jaya.

Projek ini telah berjaya diperoleh oleh Nadi Citra Corporation, iaitu gabungan syarikat Datuk Abdullah, Citra Sari Corporation dan syarikat Datuk Mohd Nor, Nadi Wijaya Corporation.

Nadi Citra dibahagi secara 52-48 antara keluarga Datuk Mohd Nor dan keluarga Datuk Abdullah, dengan Datuk Mohd Nor menjadi Pengerusi Syarikat, sementara itu tiga portfolio penting dibahagi kepada Damian Mohd Nor selaku CEO syarikat, Mrs Birgitt sebagai CFO, dan Safian Wahid sebagai COO syarikat.

Nadi Citra memiliki syer sebanyak 63 peratus dalam kelab bolasepak Puncak Jaya FC, yang telah kerugian banyak akibat pasukan bolasepak itu digantung selama dua tahun akibat kebakaran stadium yang berlaku pada tahun 1989.

Disebabkan itu, Puncak Jaya FC memutuskan untuk runtuhkan stadium lama pada tahun 1990, dan apabila Gelanggayu berjaya memperoleh hak penganjuran Sukan Komanwel, Nadi Citra dengan pantas mendapat kontrak pembinaan stadium yang pada akhirnya akan menjadi stadium kepada Puncak Jaya FC yang lebih canggih.

Stadium itu dibina dengan kapasiti 80,000 orang dan akan mula dibina Mac ini, dan dijangka akan siap lagi lima tahun.

Selain itu, Nadi Citra mempunyai banyak projek seperti pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Wijayapura, Lebuhraya Layar-Puncak Jaya (Lebuhraya LPJ), pembesaran terminal kargo Lapangan Terbang Sultan Jaafar, serta Bandar Baru Teluk Chendana yang sebelum ini diuruskan oleh Citra Sari.

Melalui hubungan rapat Datuk Rahizan dengan Datuk Mohd Nor melalui Pengetua, Datuk Rahizan berjaya membina hubungan politik dan perniagaan yang sudah pasti menguntungkan.

"Datuk Rahizan, ini teks ucapan," kata salah seorang pekerja seliaan Datuk Bakri.

Dia simpan dalam kocek. Sebenarnya dia ada misi ke sana. Dia bukanlah berminat sangat dengan Sukan Komanwel ni pun.

--

Setibanya di Dewan Expo Wijayapura, Datuk Rahizan diberi sambutan selaku VVIP. Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi tidak dapat ke upacara ini, kerana sedang menghadiri sidang World Economic Forum di Davos, Switzerland.

"Apa khabar, Datuk?" tanya Datuk Mohd Nor sebaik sahaja Datuk Rahizan duduk di kerusi.

"Okay je. Datuk macam mana?" tanya Datuk Rahizan.
"Splendid. Thanks to Damian, what a brilliant kid," Datuk Mohd Nor jack anak sendiri.
"Damian ni yang Harvard tu kan? Adik dia sekarang kat mana?"
"Wales," kata Datuk Mohd Nor, merujuk kepada Luqman.
"Okay, sekarang ni, Datuk boleh tak tolong saya?" tanya Datuk Rahizan.
"Tolong apa sahaja pun boleh, Datuk."
"Boleh tak tolong aturkan pertemuan saya dengan Daniel Hakim, Ahli Parlimen Puncak Jaya?"
"Tapi dia Parti Jujur, Datuk. Rasanya dia tak nak get into the trouble dengan pucuk pimpinan," kata Datuk Mohd Nor.

Datuk Rahizan senyum dan pandang pada Datuk Mohd Nor, dan terus berkata;

"I'm going to make an offer, that he cannot refuse," lalu minum seteguk air kosong dari cawan bertangkai.

"Bila tu?" tanya Datuk Mohd Nor.
"Saya nak jumpa Pengetua di London, dia ada meeting kat sana."
"Kebetulan saya nak pergi jumpa anak saya di Wales," kata Datuk Mohd Nor.
"Nanti belanja sekali semua ahli keluarga dia ke sana," kata Datuk Mohd Nor.
"No problem, Datuk."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now