1993 part 2

208 10 0
                                    

Azlan

"Adalah amat ironi dan sangat hipokrit, bagi Gelanggayu menghantar tentera untuk menyokong kemerdekaan Bosnia, dan menentang rejim Yugoslavia, kalau Tengku Mahkota berperangai macam Slobodan Milosevic," kata aku kepada Pengetua. Pengetua sedang tenang menggunting pokok bonsai yang diterimanya dari Maharaja Ryukyu.

"Mahu tak mahu, Gelanggayu kena la bekerjasama dengan US dan UN. Kalau kita ni macam Switzerland, semua orang simpan duit dalam bank kita, bolehlah kita kekal berkecuali dalam segala hal," balas Pengetua.

Aku terus membelek akhbar, satu demi satu mukasurat aku baca.

Nadi Citra beli 30% saham PW Corporation

WIJAYAPURA - Nadi Citra akan membeli 30% saham PW Corporation, dengan nilai 1.2 billion ringgit.

PW Corporation, sebuah syarikat membuat paip saluran air, dijangka akan mengumumkan penjualan saham itu pada hari ini.

"Aku harap, kau siap-siaplah beli baldi, dan tempat simpan air," kata Pengetua, mencelah.

"Kenapa?"

"Datuk Rahizan akan desak Izham untuk beli paip air dengan Datuk Mohd Nor. Seperti yang kau tau, bekalan air di seluruh Gelanggayu dibekalkan oleh syarikat yang dimiliki Tengku Mahkota. Jadi, kos air akan naik, dan orang ramai akan marah pada kerajaan."

Sekarang aku faham, sekarang fasa Datuk Rahizan mencetuskan kegoyangan pada kerajaan. Dengan Datuk Mohd Nor sebagai 'bankroller', Tengku Ariffin sebagai 'propagandist' dan pemberontak GMM dan LLF menjadi 'troublemaker', kerajaan akan menjadi tidak popular.

"Tapi kenapa Datuk Seri Azmi masih tak bertindak apa-apa? Takkan dia nak biarkan Datuk Rahizan tanpa dia syak sesuatu?" tanya aku.

"Azmi tahu, cuma dia tak tahu apa yang dia perlu buat. Dia macam orang yang rumah dia terbakar, tapi dia tak tahu nak buat apa. Sebab kalau dia buang Rahizan, dia sendiri pun tak kuat dalam parti."

Baru aku teringat masa 1990 dulu, masa Datuk Rahizan jadi Pemangku Perdana Menteri, harga minyak pun naik.

Tapi yang dulu, dia kata "terpaksa naikkan kerana Menteri Kewangan, Tengku Razak tak approve, itu apa?

Adakah Datuk Rahizan sengaja mencipta masalah, kemudian menggunakan Shahrizal Hamdi, anak kepada ketua pembangkang untuk membangkitkan isu-isu rakyat?

Lalu kemarahan rakyat ini akan diterjemahkan dalam pilihanraya tahun 1995, di mana Parti Jujur akan berjaya menafikan 2/3 kerusi Parlimen Parti Persekutuan.

"Pengetua, Datuk Rahizan ni, anak murid cikgu ke dulu?"

Pengetua hanya ketawa.

"Anak didik Tun Iskandar, tapi kurang penyabar sikit. Aku harap kau sabar sikit, terutamanya bab nafsu kau tu," Pengetua terus angkat pasu menuju ke laman.

Pedas betul perlian Pengetua kali ni. Aku terus capai kunci kereta.

"Gerak dululah, Pengetua."
"Azlan, ada benda aku nak cakap dengan kau."

Riak muka Pengetua nampak serius.

"Kau sajalah harapan kami semua. Kalau kau rosak, maka rosaklah perancangan kami selama ni."

"Kenapa ni, Pengetua?"
"Hati-hati sikit dengan perempuan. Aku faham, sejak kau putus dengan Natasha, kau rasa kekosongan. Kau mahu dicintai. Azlan, jangan sebab ni, kau rosakkan rancangan kami."
"Ada apa ni?" aku cuba nak korek daripada apa yang dia cuba sampaikan.
"Aku dapat tahu, Mastura ni dihantar Tengku Mahkota. Sumber aku jarang salah. Aku harap kau faham, Mastura adalah pakar penggoda VVIP. Diplomat, jeneral tentera, presiden, raja, semua jatuh di bawah celah peha dia. Kalau kau ada apa-apa dengan dia, baik kau mengaku dengan aku."

Sidang DewanKde žijí příběhy. Začni objevovat