1990 part 5

239 15 0
                                    

Azlan

Petang tu, Natasha jumpa aku dan ajak aku main squash di bangunan gimnasium universiti. Dia siap beli dua raket squash untuk lawan dengan aku.

"You kena bersenam la, Alan. I tengok you asyik sibuk je dengan kerja you. Final exam lagi," kata Natasha sambil drive.

"Alan, Alan! Kuatkan lagu tu! Lagu favorite I ni!"

Lagu Step By Step dari New Kids On The Block. Aku hanya toleh tepi je.

"Kenapa?" tanya Natasha.
"Nothing," aku toleh balik.
"Tau la bukan taste music you."
"Memang pun."
"Habis tu, nak kena semua taste music macam you ke?"
"Tak cakap macam tu pun."
"Yang you tarik muka tu, kenapa?"
"Takde apa lah."

Natasha tutup radio.

"Selagi you dengan perangai snobbish you ni, jangan mimpi la nak pergi jauh dalam your life. Not just politics, kerja biasa pun orang takkan nak kawan dengan you!"

"I ada je kawan kat universiti ni," kata aku.

"You je rasa dorang tu kawan you. Padahal dorang rapat dengan you sebab kuasa yang you ada je."

"Kenapa tiba-tiba marah I ni? Sebab I tak kuatkan lagu favorite you on radio?"

Natasha parking kereta tepi jalan. Kemudian dia menangis. Aku rasa dia bukan marah aku ni.

"You don't know what I feel right now, Alan. Nama je boyfriend, tapi you tak faham pun apa yang I rasa."

"Okay, tell me, apa yang you rasa?"

"Sejak my dad meninggal, I rasa suffocate. You mana faham apa perasaan I?"

Aku diam je, bagi dia habis cakap.

"How do you feel when someone you love has taken away?"
"Trust me, Nat. I dah lalui this phase. At least you lalui when you're 20. I was through this when I was 7."

Baru dia teringat yang bapak aku dah meninggal tahun 1976 lagi.

"I'm sorry..."
"Tak payah cakap sorry lah. Kan lelaki yang kena minta maaf, no matter what? You sendiri yang cakap macam tu masa kita kat Teluk Chendana dulu."

Dari menangis tu, dia terus ketawa, sebab aku buat lawak.

"I'm sorry sebab tak kuatkan bunyi lagu favorite you."

"Alan, tiba-tiba I rasa malas nak main squash."
"Pulak. Ni I dah pakai baju sukan ni, you tak nak pulak."
"Sebenarnya, I nak bagi hadiah ni pada you. Ingat tak, three years ago, yang you kata you nak travel sama-sama dengan I? So, I simpan duit. Lepas tu ada la duit arwah my dad sikit. So, I bought three flight tickets to Rome. Kita pergi sana masa World Cup. You kan minat bola?"
"Not really. Just happened tolong your dad kat dia punya football club je."
"Masa tu you dah cuti kan?"
"Bulan Jun dah start cuti. Tapi budak-budak team radio ada je sini. Dorang nak jaga radio."

"Biarlah dorang jaga. You pergi dengan I ek? Dulu you yang nak ni."
"I bincang dulu dengan Pengetua."
"Ala, asyik kerja je, bila nak cuti? Lagipun, after this, I dah study kat UK. Kita dah takde masa lagi dah nak bersama."

Aku melepas satu nafas yang berat.

"Sayang, I tau la you ni anak murid kesayangan Pengetua. But you need a rest. Lagipun cuti kan? Suruhlah Hafiz jaga. Tak lama, dua minggu je kita di Italy, lepas tu sambunglah kerja balik," Natasha cuba memujuk aku.

"You ada beli tiket World Cup ke?" tanya aku.

"Nak beli kena pergi situ lah. Tapi tak payahlah pergi match yang macam Argentina ke, West Germany ke, England ke, Italy ke. Pergi yang murah-murah."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now