1999 part 9

208 10 0
                                    

Azlan

Sebelum kami semua ke lapangan terbang di Changli, Pengetua panggil aku ke bilik pejabatnya untuk aku bercakap dengannya.

Aku ikut sahaja katanya, memandangkan aku dah lama tak berjumpa dengannya.

"Azlan, duduk. Aku nak cakap sesuatu pada kau."

Aku duduk. Butler Jacob tuangkan aku segelas air sejuk.

Pengetua berdiri, kemudian memandang tingkap yang berdepan dengan pemandangan bandaraya Temasek. Dia kemudian kembali ke mejanya, dan memandang mata aku.

"Aku ingin ucapkan terima kasih kepada kau sebab kau telah selamatkan aku. Maafkan aku, aku tak sempat nak cakap hari tu."
"Eh, takpe. Saya faham, Pengetua sibuk orangnya."
"Dan aku ingin minta maaf tentang apa yang aku telah lakukan kepada kau. Aku dengar kau bekerja sebagai tukang uli roti di kedai roti."
"Ya, betul."
"Berapa gaji kau masa tu?"
"Ermmm, RG600 sebulan. Lepas tu jadi cikgu sekolah, sambil tu jadi part time model."
"Jadi part time model, hahaha! Aku selalu juga nampak kau di iklan-iklan televisyen. Bukan main lagi kau ya."
"Biasalah, nak hidup."
"Kau jatuh, tapi kau bangkit balik. Hebat."
"Saya nak perbetulkan sikit pandangan Pengetua tentang tu. Saya tak fikir saya jatuh. Saya cuma ikut jalan yang lebih jauh. Orang kata, detour. Saya bersyukur sebab sekurang-kurangnya saya belajar bagaimana untuk hidup sebagai seorang rakyat marhein."
"Azlan, sepatutnya kau yang sekarang berada di tempat Luqman."
"It's okay, Pengetua. Saya percaya masa saya belum tiba lagi. Kenapa nak cepat-cepat sedangkan saya belum tiba pada waktunya. Saya lebih rela tak jadi Perdana Menteri sekarang, daripada jadi Perdana Menteri tetapi dikawal orang lain."

Pengetua senyum sambil memandang aku.

"Aku minta maaf sebab aku tak dapat hadir ke majlis perkahwinan kau."
"Takpe, saya faham."
"Kau dengan Mina macam mana?"
"Mina banyak membantu saya."
"Kau bahagia dengan dia?"

Aku hanya diam, kemudian teguk air sejuk di gelas sebelah kanan aku.

"Aku sebenarnya tak suka lelaki yang bermain kayu tiga ni. Kalau tak kerana keadaan terdesak ni, aku memang marahkan kau. Kau tak patut buat Mina macam tu. However..."

Pengetua berkerut kepala, kemudian menggaru-garukan kepalanya yang mulai membotak.

"Ya, Pengetua?"
"Aku perlukan orang dalam kerajaan Luqman untuk selitkan kau di dalam kabinet. Aku tahu yang Mina dan Tengku Ariffin sedang berada di pihak Tengku Norman, which they should do that in the first place..."
"Tapi Uncle Ipin kan ikut Pengetua..."
"It's tactical, and I don't blame him. Mereka buat macam tu sebab nak selamatkan kau. Mereka buat macam tu supaya buat masa ini, Tengku Norman tidak mengapa-apakan kau. Dan aku rela mereka ke pihak Tengku Norman."

Aku garu kepala aku.

"Politik memang macam tu, Azlan. Ada masanya, kau terpaksa bersekutu dengan orang yang kau tak suka, dan ada masa kau kena bertempur dengan orang yang kau sayang. Sebab tu di sini aku perlu Natasha untuk bantu kau. Luqman terlalu lemah untuk membuat keputusan. Dia akan dikawal Tengku Ahmad."

"Jadi, saya kena di pihak mana?"

"Kau bukan di pihak sesiapa, Azlan. Bukan di pihak aku, dan bukan di pihak mereka. You are for your own. Ada masanya aku akan beri bantuan kepada kau, dan ada masanya Tengku Norman akan beri bantuan kepada kau. Tetapi bantuan kau yang paling penting, ialah dari abang kau."
"Aziz?"
"Bukan. Abang kau yang sebenar."
"Siapa?"
"Satu hari nanti, kau akan tahu siapa dia."

Ibu ada bercakap tentang abang aku yang berlainan ibu. Tapi siapa dia ya?

"Baiklah, Azlan. Selamat bercuti, dan semoga maju jaya," Pengetua bangun dari kerusinya, kemudian menghulurkan tangan kanannya. Di jari manisnya ada cincin zamrud.

Sidang DewanTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon