1999 part 7

212 13 0
                                    

Natasha menangis teruk bila ibunya, Mrs Birgitt cakap, demi nak selamatkan syarikat ayahnya kembali, dia terpaksa kahwin dengan Luqman.

Dia rasa semua ini terlalu berat untuk dia pikul.

When I was young
I never needed anyone
And making love was just for fun
Those days are gone
Living alone

I think of all the friends I've known
When I dial the telephone
Nobody's home

All by myself
Don't wanna be
All by myself
Anymore

Lagu Celine Dion, All By Myself mengiringi pemanduannya. Ikutkan hatinya, dia nak lari saja dari semua ni. Duduk di Temasik bersama Azlan.

Air matanya terus mengalir dan terus sahaja memandu hingga ke pelabuhan.

Dia keluar dari kereta, kemudian berdiri di tembok menghadap laut.

"I'm done. I cannot take this anymore."

"Nak, jangan berdiri kat situ. Bahaya," kata seorang perempuan tua yang menjual kacang rebus.

"I dah tak tahu macam mana nak berdepan dengan hidup lagi!"

"Sabar, sabar. Turun dulu. Angin kuat ni," kata perempuan tua jual kacang rebus tu.

Natasha tak tahu kenapa dia berasa lembut bila nampak wajah perempuan tua tu.

"Nak makan kacang? Mak Cang belanja. Sambil makan, adik cerita, apa masalah adik."

Natasha terus duduk di bangku batu, dan perempuan tu duduk di sebelahnya, dengan sebungkus kacang rebus.

"Nama makcik siapa?"
"Nama nenek, Mawar. Tapi semua orang kat sini, panggil nenek, Mak Cang je. Sebab jual kacang."
"Oh, klasiknya nama bunga macam tu. Dah berapa tahun makcik jual kacang rebus ni?"
"Lama dah. Sejak sebelum merdeka lagi."
"50 tahun yang lepas? Umur makcik berapa?"
"60. Mak Cang jual kacang kat sini sejak umur 10 tahun."
"Mak ayah nenek, tak jaga makcik ke?"
"Zaman tu, orang susah, cu. Orang jual anak sebab nak beli beras pun ada. Zaman baru lepas perang."

Natasha terkebil-kebil. Baru dia sedar yang ada orang yang lebih susah daripada dia. Tapi masih lagi tolak sorong kotak jual kacang rebus.

"Mak Cang..."

Natasha terus peluk nenek tua tu.

"Jadi perempuan ni, susah. Kita selalu dipermainkan, diperdagangkan, dijualbeli, macam hamba. Yang mana yang nak merdeka, kena hidup susah."

"Mak Cang beritahu mana Mak Cang duduk, saya akan cuba tolong. Rumah Mak Cang kat mana?"
"Mak Cang takde rumah sejak tahun lepas. Mak Cang berlindung celah-celah bangunan, kadang-kadang tidur di stesen keretapi, stesen bas."
"Habis tu, makcik rebus kacang ni kat mana?"
"Mak Cang tolong jual je. Orang rebus kacang, nenek tolong jual. Dapatlah upah sikit. Sebungkus kacang, seringgit. Dapatlah dua puluh sen satu bungkus. Sini orang ramai, dapat jual lima puluh bungkus kacang, dapat sepuluh ringgit. Lepas lah duit makan tengah hari sampai malam."

Terus Natasha capai wallet dia.

"Mak Cang, ambil duit ni. Dua ratus."
"Tak apa."
"Ambil."
"Bukan apa, nanti orang ambil duit Mak Cang. Rugi je adik bagi duit, tapi lepas ni ada orang kejar Mak Cang dengan parang."
"Sanggup dorang rompak orang tua macam Mak Cang, ya?"
"Nak buat macam mana. Hidup miskin di bandar, memanglah susah."

Natasha rasa malu betul. Sebab selama ni dia ingat, dia dah buat yang terbaik untuk rakyat. Dasar-dasar yang dia fikir, dia ingat dah sampai rakyat terbawah.

"Macam ni, saya sewakan makcik bilik hotel, esok Mak Cang kerja dengan saya, tinggal dengan saya, jaga mak saya."

Mak Cang keliru.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now