1992 part 4

230 13 0
                                    

Azlan

Hati aku berdebar-debar saat aku turun ke lobi hotel dan mula keluar berjalan menuju ke Charing Cross. Cuaca hari ini boleh tahan sejuknya, iaitu 2 darjah Celcius.

Ternyata jaket tebal begini pun belum tentu dapat menahan kesejukan begini, tapi selepas hampir dua tahun aku tak berjumpa Natasha, hati aku rasa berbunga, macam masa mula-mula jumpa dia masa wedding Kak Maria dan Bang Iz dulu.

Berjalan di The Strand ke tugu peringatan Horatio Nelson memakan masa 10 minit.

Horatio Nelson merupakan panglima angkatan laut Britain yang berperang dengan Perancis semasa Perang Trafalgar pada 1805 ketika zaman Napoleon. Walaupun dalam perang tersebut dimenangi British, Horatio mati akibat terkena peluru sesat dari tentera Perancis.

Kerana itu Trafalgar Square dibina dan tugu peringatan Horatio Nelson ini dibina kerana ini merupakan kemenangan pertama Britain menyekat kemaraan Napoleon, seterusnya menjadi kuasa dunia pada abad ke-19.

Natasha berpeluk tubuh menanti aku. Aku cuit bahu dia, dia menoleh ke belakang, tapi reaksinya tidak seperti seronok, sebaliknya seperti terpaksa.

"What's wrong?"
"Nothing, it's too cold. Let's go somewhere else."

Aku merasa pelik. Kenapa reaksinya tidak seperti aku harapkan? Kenapa dia seperti tak seronok bila berjumpa dengan aku?

Kami tiba di sebuah kafe, dan kami order air koko panas yang berharga £7.50 secawan.

"Something to eat?" tanya aku.
"No, I nak cepat. And I nak beritahu you something."
"Yes?"

Air koko panas tiba.

"Minum dulu," kata Natasha.

Dia kelihatan resah dan tak selesa. Dia rasa seperti tak mahu bersama aku, seperti rasa terpaksa.

"What do you want to tell me?" tanya aku.
"I think this is it. I think between us, it's should be over," kata Natasha, sambil tak pandang pun muka aku.
"What?"
"Yup. Reason I datang sini pun, sebab I nak beritahu you pasal ni je. At least I tak kejam, break up pakai call je."
"But why? You promised me kan, it won't be long, 1993, 1994 at max, you balik? How could you say this to me?"

"And how could you do this thing to me?" Natasha keluarkan envelope, sebelum dia menangis.

Aku buka envelope tu. Gambar aku dengan Cindy masa peristiwa yang dia blow aku dulu, dan gambar aku dengan Mastura.

"You curang dengan I tu, I boleh terima lagi, Alan. Tapi you curang dengan cousin I, dengan best friend I! And you have guts to tell me, how could I say this to you?"

"Nat, Nat, let me explain."
"Nak explain apa lagi? It's over. I dah tak ada hati lagi dengan you. At least I datang London ni, sebab you dari Gelanggayu ke sini sebab nak jumpa I."

"Let me explain..."
"No, Alan. Cukuplah."
"Nat..."
"Jangan paksa I lagi. I have to go. Jangan cari I lagi. Jangan datang rumah I lagi. Dan jangan contact I lagi. From this day, we move on with our own ways. Alan, I'm sorry kalau I ada pernah buat salah dengan you, but this is the last straw. Goodbye."

Natasha letakkan not £10 di celah piring cawan hot cocoanya, lalu pergi meninggalkan aku. Lagu End of the Road dari Boyz II Men pun berkumandang.

So, aku hanya tunduk mengakui kekalahan. Ini first breakup aku, dan aku tak boleh nak mempertahankannya. Bukan salah dia pun. Salah aku juga, aku terlalu lemah dengan semua ni.

Aku pulang ke rumah Adnan, menaiki bas double decker merah dan rasa kecewa dalam diri ini.

Aku sampai rumah, aku nampak Tengku Aminah sedang bermain blackjack dengan Mia. Aku rasa pelik sebab sebelum ni nampak macam mereka ni bergaduh.

Sidang DewanOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz