1993 part 9

206 11 1
                                    

Azlan

Khamis

Pagi tu hujan renyai dari subuh sampailah jam 8 pagi. Aku perlu bertemu dengan Datuk Bakri, yang bakal menjadi Pengerusi SPR tahun depan, untuk aku berjumpa dengan Datuk Rahizan.

Tapi ia perlu dilakukan di tempat yang rahsia serahsia-rahsianya. Aku menggaru-garu kepala tentang macam mana aku nak berhubung tanpa diekori orang.

Maka aku pun rembat hoodie si Kecik, kawan kepada Ali. Memandangkan nama dia pun kecik, maka hoodienya pun keciklah juga. Agak sempit untuk lelaki berdada bidang macam aku ni.

"Alahai bodoh la kau pergi rembat sweater si Kecik tu, nampak macam sarung nangka, Lan," kata Ali.

"Habis tu, aku nak pakai apa?"

Ali menghulurkan hoodie yang saiznya macam aku. Tapi yang celakanya boleh pulak hoodie ada lambang daun jari lima.

"Kau ingat aku ni tokan ganja ke, pakai macam ni nak masuk pejabat Menteri?"
"Ah dah tu, kau pakai hoodie camni pun macam la tak kena judge? Kau masuk je la dengan aku. Biar aku pakai suit kau. Orang tak kenal aku."

Kesimpulannya, Ali pakai suit aku, dan aku pakai hoodie tokan dadah dia.

--

Dalam kereta, Ali pasang lagu Cypress Hill, Insane In The Brain.

"Pakai kalung CD ni, baru nampak true."

Aku tepuk dahi, dah kenapa pulak aku kena dress up macam budak hiphop ni?

Dalam kereta, si Ali ni boleh balut dulu dalam kereta. Bau semerbak daun lima jari menyelusuri jaket hoodie aku.

"Li, aku ni nak jumpa Timbalan Perdana Menteri. Kau boleh pulak bal kat dalam kereta?"
"Rilek la Lan. Nerd la kau ni," dia hembus asap tu macam Gelanggayu ni Jamaica.

Nak tak nak, aku kena bergantung pada mamat ni juga. Apa boleh buat, Ali ni la orang pertama yang mengajar aku hisap daun ni.

Sampai ke pejabat Datuk Rahizan, aku terus paging Datuk Bakri.

"Salam Datuk, Ace ni. DR ada kat office? Ada hal urgent."

Pager pulak bateri dah nak mati. Kenapalah pager ni tak digabungkan je dengan telefon bimbit besar batu bata ni?

--

Datuk Bakri geleng kepala bila tengok penampilan aku.

"Kau rembat baju tokan mana pulak ni?"
"Datuk, saya rasa saya diekori. Sebab tu saya perlu silent off kejap."

Mujurlah aku ada nombor pager Datuk Bakri. Kalau tak, mampos aku tak dapat masuk office dalam dress up macam ni. Ali pulak jalan berlagak dengan suit aku.

"Kau hisap daun Bob Marley ke, Ace?"
"Tak, dia ni yang hisap."

Ketawa Datuk Bakri. Macam dia pulak yang kena asap daun tu pulak.

--

Aku menceritakan peristiwa semalam pada Datuk Rahizan. Daripada si Jessica kena acu dengan pisau, sampailah ke hal Datuk Sidek hantar orang untuk aku masuk ke dalam rumah Mastura Rahim.

Ali pulak melepak kat kafetaria, sebab tak ada urusan dalam pejabat ni.

"Dia ingat gambar dia pergi bercuti dengan Mastura Rahim kat Mexico tu, ada kat rumah Mastura. Padahal ada kat aku."

Datuk Rahizan mencampakkan gambar-gambar Datuk Seri Azmi yang berjalan-jalan di sekitar San Pedro dan Acapulco dengan Mastura Rahim yang berpakaian seksi.

"Tayang gambar ni kat orang kampung, confirm kalah teruk pilihanraya," Datuk Rahizan ketawa.

Boleh tahan gatal juga orang tua ni.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now