1995 part 2

190 8 0
                                    

"Kaya gila kau sekarang dah pakai handphone, Ali!" kata Aziz menaiki kereta Pajero.
"Rezeki Allah bagi, Ziz."
"Pajero sape kau drive ni?"
"Aku punya la."
"Kau bawak Pajero? Bisnes apa kau buat ni?"

Ali senyum sahaja, kemudian dia berhenti di gerai warung tomyam yang penuh dengan orang.

"Ni la warung aku, Ziz."
"Kau ada bisnes kedai tomyam ke? Asal tak cakap? Kalau tak, takde la aku makan nasi lauk kicap Tamin je."
"Kau tu lain kali jalan la jauh sikit. Kau nak makan apa?"
"Kau belanja ke?"
"Eh kau ni, ni gerai aku, dah tentu la aku belanja. Kau nak makan siakap?"
"Best gak ni."
"Sweet sour paling ramai minat."
"Kalau stim limau asam boi, Li?"
"Pun menarik. Kau nak siakap stim limau asam boi? Dia punya pairing, kena ada kangkung belacan pedas, dengan sotong tepung. Amacam?"
"Weh, cantik ni."

Ali angkat tangan dan memesan makanan untuk Aziz.

"Lama betul tak jumpa kau, tau-tau dah ada bisnes. Hebat kau, Li."
"Alah, sikit-sikit je lah."
"Ali, kau tolong la adik aku tu. Sejak dia kena buang dari Pengetua, dia kerja kedai roti kat depan rumah aku tu. Lagipun, adik aku pandai masak."
"Aku ada dua sebab kenapa aku tak pelawa Azlan kerja dengan aku. Pertama, walaupun dia pandai masak, tapi dia ada bidang yang dia jauh lebih hebat dan boleh pergi jauh."
"Tapi dia dah kena buang dengan Pengetua, Ali. Tak ke mana lagi dah."
"Pengetua tu umur dah 70 tahun dah, tak lama umur orang tua tu. Lagipun, kedai ni selalu Pengetua makan kat sini. Jadi, kalau dia terserempak dengan Azlan kat sini, dah jadi drama. Bukan aku tak nak tolong dia."
"Jadi, apa benda yang kau nak cakap dengan aku ni?" tanya Aziz.
"Kau tunggu kejap," kata Ali yang kemudian berjalan menuju ke tingkat atas rumah kedai. Beberapa minit kemudian, dia patah balik.

Dia bawa sebungkus duit dalam plastik merah. Dalam plastik tu ada beberapa ikat lima puluh ringgit Gelanggayu.

"Ni duit untuk kau."
"Berapa ni?"
"Ni bahagian kau. Seribu. Ambik ni."
"Ish, kenapa pulak ni?"
"Lagi seribu ni, kau cari sepuluh budak. Tak kisah budak macam mana. Kau cakap dengan dorang, nak buat duit tepi tak? Kalau nak, kau bagi dia seratus ni, lepas tu bawa ke aku."
"Ish, kalau adik aku, boleh tak?"
"Ni duit Bang Iz, nak kempen pilihanraya. Aku tak rasa Bang Iz kasi."
"Tapi kesian la adik aku, Ali."
"Aku akan fikirkan cara lain untuk tolong Azlan, kau jangan risau."

--

Keesokan harinya, Ali memandu menuju ke pejabat Luqman. Dia kemudiannya bertanya kepada receptionist di depan pejabatnya.

"Boleh jumpa dengan Cik Natasha?"
"Sebentar ya?" receptionist itu kemudiannya membawa Ali menuju ke bilik menunggu sambil ada lagu background Kenny G.

Beberapa minit kemudian, Natasha pun keluar.

"Eh, Ali! How are you!"
"Okay je. Luqman mana?"
"You kenal Luq ke?"
"Of course la kenal."
"You nak jumpa dia ke? Dia busy sikit."

Pintu pejabat Luqman terbuka sikit. Kedengaran lagu game Street Fighter dengan jeritan Ryu 'hadouken' dengan Dalshim 'yoga fire' kedengaran. Ali mengendap dari tepi.

Kelihatan Luqman sedang bersila atas sofa sambil bermain Street Fighter.

"Luq tengah stress, fikir pasal manifesto pilihan raya," kata Natasha dari tepi.

Ali senyum, kemudian dia teringat yang Luq ni pernah snot crack cocaine dengan dia zaman jahiliah dia dulu.

"Takpelah, Nat. Aku jumpa kau bila-bila nanti. Thanks."

Ali terus meninggalkan pejabat kempen Luqman. Sambil dia turun tangga dia ketawa terbahak-bahak.

"Ada ke patut Pengetua nak harapkan budak tak betul ni jadi Gabenor Wijayapura? Habis la tunggang langgang!

Sidang DewanWhere stories live. Discover now