2001 part 2

194 9 0
                                    

Azlan

Aku berjumpa dengan Nat di car park depan Burger King Warisan Waterfront, iaitu di kawasan pusat bandar Kota Warisan yang baru siap.

"Nat, did you notice the difference Luq punya mood?" tanya aku. Natasha sedang makan curly fries, yang dah lama dia teringin nak makan lepas berpantang beranak Rachel. Kaki atas dashboard.

"Haah, dah tak nampak dia main game lagi kat rumah. Lepas tu, dia macam selalu termenung. I macam, controller Playstation rosak ke apa, lantak lah."

"Masa you vaccinnate Rachel kat hospital tadi, he called me. And dia cakap 'datang not as my Cabinet Minister, but as a friend.'"

"And then?"

"I think he already knew what happened between us lah."
"You ada tanya dia apa lagi?"
"He told me that you never loved him anyway."
"Dia cakap macam tu?"
"Yes, and all he ever need is a friend."

Natasha mula rasa pelik. Something wrong dengan Luqman ke?

--

Balik dari rumah melepak dengan Azlan, Mak Cang buka pintu rumah. Mak Cang cakap pada Ali dia nak jaga Rachel, jadi Ali pun cakap okay. Cuma Ali akan datang ke rumah dan jemput maknya bila cuti hujung minggu lah.

"Mak Cang, Nurul dah tidur?"
"Baru salin napkin tadi, Nat, kenapa dengan Luq tu?"
"Kenapa dengan dia?"
"Dia tak nak makan. Sepanjang hari dia berkurung, lepas tu, tengoklah dia tu. Duduk sendiri macam tu je?"
"Saya cakap dengan dia."

Natasha terus duduk di sebelah Luqman.

"Hey, what's up?"
"Hey."
"Something wrong? Controller game rosak ke? Call je lah orang, repair?"
"No, I don't feel want to playing video games."
"And then?"

Luqman hanya diam, dan termenung.

"Luq, tell me, what's on your mind?"

Luqman senyum, tapi senyumannya seperti seorang yang dah patah hati.

"Tell me, what's wrong with you? Tidurlah, esok mesyuarat NEMCA. Kita kena pergi Teknojaya esok for the meeting."

"I'm not going."
"For the name of the God, Luq. You are the Prime Minister of Gelanggayu! Behave like one!"
"Well I don't care anymore. Nak suruh letak jawatan sekarang pun I dah tak kisah lagi dah."
"Luq, kita ada misi..."
"Selama ni, kita kena ikut cakap Pengetua, cakap Datuk Rahizan, cakap orang tu, orang ni. But not ourselves. I jadi Gabenor, lepas tu Perdana Menteri ni pun sebab my dad suruh. Sebab abang I suruh. Sebab Tengku Mahkota suruh. Sebab Azmi suruh. Sebab you suruh. Bukan sebab I nak pun."
"Semua orang nak position you sekarang ni, Luq. You're at the top of the mountain."
"What if this is the wrong mountain? Penatlah hidup ni."
"Luq, Mak Cang tu struggle hidup lagi teruk daripada kita tau."
"I know. I tahu I anak billionaire. Semua orang cakap I ni anak yang spoil brat. Tapi, I tak rasa apa-apa connection pun dengan orang sekeliling I."

Luqman terus bangun dan berjalan menuju ke meja makan, dan ambil kunci kereta.

"Nak pergi mana?"
"Office."
"Dah malam ni."
"I don't care, like all of you don't care about me."

Natasha rasa pelik dengan perangai Luqman, seperti dia sudah dapat menghidu kecurangannya bersama Azlan.

--

Dia masuk pejabat Perdana Menteri, dan menonton video yang bertajuk "A Night In Mauritius" di komputernya.

Dia bakar sudu yang berisi heroin, sebelum dia campurkan bersama kokain untuk membuat speedball.

Campuran kokain dan heroin boleh membuatkan jantung berdegup perlahan dan laju dalam masa sama. Kalau silap bancuh, boleh mati.

Dia kemudian ambil sepucuk pistol Smith and Wesson, dengan kokain dan jarum suntikan atas meja, bersama lighter dan sudu heroin.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now