1988 part 5

263 18 1
                                    

Kempen PRK Tanjung Emas sudah masuk ke hari ketiga. Aku tak masuk sangat sebab aku berada di dalam kampus, tapi aku dengar cerita, ada pergaduhan yang berlaku antara geng Gagak Merah dan Diamond Hijau di Jalan Tuanku Zainal Abidin malam tadi.

Pergaduhan tersebut dengan cepat dilaporkan oleh Wijaya TV dan akhbar Wijaya Times, yang mengatakan calon Parti Persekutuan, Izham Syafie Izzat, terlibat dalam gangsterisme.

Di dorm, aku menonton berita tentang apa yang berlaku. Kemudian ada beberapa orang penduduk mendakwa pergaduhan ini melibatkan orang yang tampal poster.

Aku terus call Az melalui public phone di depan dorm aku ni.

"Assalamualaikum, Azham ada? Aku ni, Azlan."
"Ya, Azlan."
"Apa hal gaduh semalam?"
"Orang-orang Diamond Hijau datang menyerang kita masa tengah pasang poster. Dua budak kita masuk wad sebab kena tetak parang."
"Apa puncanya?"
"Mereka kata orang Gagak Merah datang membunuh salah sorang dari geng mereka, sebab nak menuntut bela kematian Datuk Seri Imad. Tapi setahu aku, tak ada pun budak kita datang menyerang. Aku percaya ini semua permainan Datuk Rahizan!"
"Aku jumpa kau malam ni?"
"Jangan, tempat tengah panas. Lagipun lagi bagus kalau kau tak terlibat. Alan, jauhkan diri dari sini buat masa ni. Aku tak nak masa depan kau hancur pasal ni."

Aku nak tolong Azham, tapi aku tak mampu berbuat apa-apa. Jadi aku telefon Pengetua, tetapi Pengetua tidak ada di pejabat, ataupun di rumah.

Aku nampak Wijaya TV memang pulun habis main isu ni. Kalau isu ini terus dimainkan, kemungkinan besar, Izham akan kalah.

--

Datuk Rahizan datang ke Wijaya TV untuk temubual eksklusif selaku Menteri Pendidikan. Sebelum beliau ditemubual secara live, beliau ke bilik make up.

Tengku Ariffin datang menyapa dari belakang.

"Hizan! Apa macam?"
"Ha ha ha, khabar baik Tengku."
"Dah bersedia?" tanya Tengku Ariffin.
"Tengah make up la ni."
"Bukan temubual ni maksud aku."
"Maksud Tengku?"
"Dah bersedia menjadi Timbalan Perdana Menteri?"
"Ha ha ha, nakal soalan Tengku ni."
"Dah kata kita orang media, mestilah kita kena tanya soalan nakal."

Tengku Ariffin kemudian menepuk bahu Datuk Rahizan, dan ketawa orang kaya.

Dalam politik abad ke-20 ini, media massa adalah kuasa. Siapa yang menguasai televisyen, dia yang akan menguasai pendapat umum. Dan siapa yang menguasai pendapat umum, dia yang akan menguasai politik.

Bagaimana Michael Dukakis calon Parti Demokrat yang dari awal mendahului poll menentang George HW Bush dengan 11 mata, sejak iklan Dukakis naik kereta kebal dan kelihatan kelakar, menyebabkan dia terus ketinggalan 17 mata dengan Bush.

Dukakis akan kalah teruk dalam pilihanraya bukan sebab dia calon yang tak bagus, sebab televisyen memihak kepada Bush.

Dan isu gangsterisme ini terus dimainkan oleh media massa, terutamanya Wijaya TV. Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Osman Jamaluddin, yang dilantik menggantikan Allahyarham Datuk Seri Imad Salleh, memainkan isu gangsterisme dengan penuh coverage.

Maka setiap harilah berlaku laporan tangkapan polis ke atas ketua kongsi gelap, walaupun selepas itu mereka dilepaskan semula. Wayang ini perlu dilakukan dalam usaha untuk melenyapkan saki baki pengaruh Datuk Seri Imad.

Dan trisakti pemain utama dalam isu ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi, Datuk Rahizan, dan Tengku Ariffin.

Bagi mereka, pengaruh Datuk Seri Imad perlu dilenyapkan terus.

Dalam temubual eksklusif bersama Datuk Rahizan sebagai Menteri Pendidikan, beliau ditanya tentang isu gangsterisme yang melanda di sekolah.

Datuk Rahizan mengatakan pihak kementerian memandang serius isu ini dan tidak akan berkompromi dalam usaha membanteras gangsterisme di sekolah.

Sidang DewanOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz