1990 part 7

263 15 2
                                    

Azlan

Aku berbuka puasa dengan Natasha di Hotel Regent. Ada bufet hotel jemputan Uncle Daniel, Ahli Parlimen Puncak Jaya.

"My dad will haunt at me kalau dia tau I buka puasa kat function Parti Jujur."

"Alah, makan je pun. Lagipun, my uncle kot. Takkan nak tolak. Ni pun bukan function Parti Jujur. Ini function Puncak Jaya FC. Your dad pun ada sekali."

Natasha senyap je. Lagipun dia tahu, Uncle Daniel pun ada share dengan dia masa dia hidup dulu. Takkanlah dia nak menghantui kita semata-mata nak berbuka puasa kat function business partner dia.

Dalam politik, Parti Persekutuan dan Parti Jujur mungkin rival, tapi dalam business, terutamanya kerajaan pusat Gelanggayu dan kerajaan negeri Wijayapura yang berbeza, ramai je berbeza parti tapi joint-venture (JV) sama-sama.

Satu kepala untuk bufet ialah seratus lima puluh ringgit. Tapi makan ni pun, rasanya tak sampai lima puluh ringgit pun.

Bufet Ramadhan adalah satu cara hotel untuk mark up harga untuk para kapitalis atau ahli politik yang nak cuci duit.

"Looks who's here! It's your uncle, Azlan!"
"Hi Uncle Azlan!"

Jessica, dah besar dia ni. Dulu masa aku first time jumpa dia, umur dia dua tahun je.

Uncle kau panggil aku? Aku ni sepupu kau lah!

"Mommy, if he is Uncle Azlan, she is Auntie Natasha, am I right?" tanya Jessica pada Mak Su.

Natasha dah tersipu malu.

"I dah kena panggil makcik dah, dah tua dah I!" Natasha tutup mukanya.

"No, Jessie. Azlan is not your uncle. He is your cousin."

Aku ketawa melihat telatah Jessica bersama Mak Su. Cepat betul masa berlalu.

"You kena makan lasagna ni, sedap. Lagi satu, you kena practice makan Italian food. Kita nak pergi sana nanti."
"Practice makan Italian food? Nat, dulu you tak ingat ke I kat sekolah, I bawak bekal apa? You tak ingat ke dulu I yang masakkan you spaghetti?"
"Eh, haah! Lupa pulak!"
"I masa kecik dulu dah pernah pun pergi Itali. Tapi korang plan nak pergi mana ni?"
"According from my mom, plan kita nak pergi Rome, Florence, Pisa, lepas tu, Venice."
"Aduh, semua tempat tourist je tu. Dah la World Cup, confirm penuh. Confirm bersesak-sesak."
"Then, what's your plan, Marco Polo?" Natasha panggil aku macam tu dengan sarkastik.
"I don't know, tapi kalau boleh, pergi tempat yang orang tak sesak, boleh tak?"
"Macam mana la you ni nak tengok World Cup? Ingat tak sesak ke dalam stadium tu?"
"I nak pergi tengok Roman architecture and historic places."
"Semua tempat I sebut tu historic places, Alan. Hadap je lah, banyak songeh la you ni."

Aku sengih je tengok telatah aku.

Tiba-tiba, Mastura datang menyapa kami. Damn it!

"Hi Nat, hi Alan. Lama tak nampak?"

Aku diam sahaja, tak nak cakap.

"Your boyfriend ni pemalu la, Nat."
"Baguslah macam tu...tak pemalu nanti susah hati I," kata Natasha.
"Oh really...Mmm, so, jadi ke korang pergi Italy tu?"
"Yup, pergi dengan mor."
"I see. Baik-baik, jaga boyfriend you ni Nat, nanti ada je Italian girls yang bagi dia fellatio kat dia."
"Fellatio? Apa tu?"
"It's an Italian word for Italian sausage," Mastura kenyit mata pada aku.

Dia sengaja pakai kebaya jarang dan nampak lurah, dan sengaja je tayang pada aku. Apa tujuan dia ni sebenarnya? Dari awal lagi aku tak faham dengan dia ni.

Natasha pandang aku dengan mata yang musykil.

"Okay, I ada kerja sikit. See you, ciao," Mastura lambai tangan pada kami berdua.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now