1986 part 7

293 18 1
                                    

Azlan

Aku dan Natasha menaiki kereta Pengetua menuju ke bangunan Kementerian Pendidikan.

"Both of you, good luck!" kata Pengetua sebelum dia mencari tempat letak kereta.

Aku dan Natasha berdiri di depan bangunan Kementerian Pendidikan, dan tiba-tiba lagu Another Brick In The Wall dari kumpulan Pink Floyd berkumandang dalam kepala aku.

"Alan?"

Aku pandang Natasha.

"Dalam interview ni, kita rival tau. Tapi siapa pun menang, we should congratulate each other, okay?"

Aku mengangguk.

Pengetua tepuk bahu aku, kemudian aku dan Natasha berjalan menuju ke lobi Kementerian.

"Tumpang tanya, Datuk Bakri pejabatnya di mana?"
"Datuk Bakri...Tingkat 3, lepas lif, belok kanan, bilik paling hujung."
"Baik, terima kasih."

Hati aku berdebar-debar, lutut aku terketar-ketar. Pengetua pula hanya mahu tunggu di lobi.

"Relax, Alan."
"Haha, relax la ni."
"You're sweating," Natasha lap peluh sejuk aku.
"Thanks."

Saat aku berjalan, ada seorang budak baru keluar dari pejabat Datuk Bakri selepas ditemuramah.

Nama Natasha disebut dulu.

"I pergi dulu."
"Good luck," aku cium pipi dia.

Budak yang baru diinterview itu menghulurkan salam kepada aku, kemudian senyum. Aku pun balas senyum kembali.

"Dari sekolah mana?" tanya lelaki itu.
"Kolej Melayu."
"Oh, KMW. Macam pernah nampak awak ni?"
"Hah? Salah orang kot."
"Hafiz."
"Apa dia?"
"Nama saya Hafiz. Kot kot kalau awak ada ingat ke?"
"Takde rasanya. Maaf ya," kata aku.

Kelihatan Hafiz seperti mahu berbual dengan aku, tapi aku dalam keadaan gementar. Aku cuba memikirkan perkara yang tenang-tenang. Tiba-tiba, aku nampak susuk badan yang selalu aku nampak dalam TV.

Datuk Seri Rahizan, sedang bersama pegawainya, berbual.

"Dia dah kat office Bakri ke?"
"Dua-dua dah sampai."

Apa maksud dia, 'dua-dua dah sampai'?

Pegawai tu terus menoleh ke arah aku.

"Ini yang lelaki. Azlan bin Muhammad Niat."
"Apa khabar?" Menteri Pendidikan hulurkan salam pada aku.
"Khabar baik," jawab aku ringkas.
"Sekalikan saja?"
"Baik."

Datuk Seri Rahizan mengetuk pintu pejabat Datuk Bakri. Datuk Bakri sedang interview Natasha.

"Datuk Seri..."
"Dua budak ni, biar saya yang interview. In private."
"Baik, Datuk Seri," Datuk Bakri terus keluar dari pejabat.

Datuk Seri Rahizan duduk di kerusi, kemudian buka briefcase.

"Susah sebenarnya PM nak pilih antara korang dua orang, jadi PM pilih korang berdua. Ini pertama kali dalam sejarah sejak tradisi surat pelajar ke PM ni diadakan, ada dua orang pemenang. Kami pilih berdasarkan idea, cara naratif dan pelbagai aspek lagi."

Cakap je la Zizan pilih, tak payah nak belok jauh.

"Sebelum korang bertemu PM di Seri Bendahara, saya nak korang sign borang ni," Datuk Seri Rahizan hulurkan beberapa keping kertas kepada kami berdua.

"Borang apa ni, Datuk Seri?" tanya Natasha.

"Borang biasiswa, di mana kerajaan akan tanggung semua biasiswa sehingga kamu sudah bekerja."

"But, what's the catch?" aku pula tanya. Datuk Seri Rahizan memandang aku dengan tersengih.

"First time orang tanya soalan macam ni. Selalu kalau orang dapat biasiswa ni, terus dia seronok."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now