1987 part 5

388 20 6
                                    

Azlan

"What? Saya jadi maskot?" aku terkejut bila tugas aku sebagai "important role in marketing team" adalah menjadi badut di tengah padang bola.

"Come on, Alan. It's not that bad. Lagipun nobody going to see you wearing this suit."

Aku mengeluh berat. Aku ingatkan tugas penting tu apa benda entah. Tapi bagus jugak, orang tak nampak muka aku.

"Alan, kau cuma perlu melompat-lompat di atas padang selama 15 minit sebelum perlawanan, dan 15 minit masa rehat separuh masa pertama. Lepas habis match, sesi bergambar bersama pemain dan peminat. Itu je. It's not that bad."

Aku duduk berfikir lama untuk bersetuju perkara ni. Benda ni kalau Natasha tau, memang malu dia gelakkan aku.

"Under one condition."
"Yup, apa dia?"
"Saya pilih lagu untuk dimainkan kat stadium."
"You get it."

Selepas aku habis berjumpa dengan Uncle Danny, Pengetua mengajak aku melepak dengan Pengetua di sebuah coffee house berhampiran stadium.

"Alan! Tadi Danny bagi kau kerja apa?" tanya Datuk Abdullah kepada aku.
"Jadi maskot kelab."

Berdekah ketawa Datuk Abdullah.

"Dia bergurau je tu kot."
"Serius, tadi dia kata macam tu."
"Tu kerja weekend je. Kau dah ada kerja ke belum?" tanya Datuk Abdullah.

Aku geleng kepala.

"Role kau dalam kelab ialah mempromosi kelab ni, biar jadi popular. Cuma bila kau jadi maskot tu, kerja sampingan sahaja. Nanti kau ikut aku jumpa Tengku Ahmad. Dia patron untuk kelab ni."

"Tengku Ahmad?"
"Ya, dia ada melabur sikit duit dalam kelab ni."
"Tapi kenapa pasukan kita masih dalam kedudukan teruk, Datuk?"
"Minum dulu. Nanti kita cakap kat coffee house."

Kopi yang dibru datang dari lereng bukit Asuncion, dihirup bersama roti bakar berintikan kaya.

"Rome tak dibina dalam masa sehari. Buat masa sekarang, kita baru cari beberapa penaja untuk pasukan bolasepak kita ni."
"Kenapa Tengku Ahmad nak letak duit di kelab ni?" tanya aku.
"Duit dia, kita tadah je, Azlan," kata Datuk Abdullah.

--

Esok pagi, aku pakai suit bersama tie berwarna biru hitam di depan cermin. Aku sikat rambut, pastikan baju tiada kedut. Aku mahu kelihatan kemas dan yakin.

Aku kena yakinkan Datuk Abdullah, yang aku bukan calang-calang.

"Yakin, Alan. Kau hensem," aku bermonolog depan cermin.

Spray minyak wangi Aramis. Rambut pendek dan kemas.

Malam tadi aku kiwi kasut aku, jadi kilat. Kami budak Kolej Melayu Wijayapura dilarang tak pakai kemas!

Jalan beberapa tapak, ada kereta yang dah stand by untuk aku. Aku nak duduk depan, dia suruh aku duduk belakang. Macam boss.

Tangan aku ada surat khabar. Baca surat khabar dalam kereta. Kaki bersilang. Keluarkan RayBan Aviator macam filem Top Gun.

"I'm onnnnn danger zone! I'm onnnn danger zone!"

Tiba depan bangunan, ada orang tolong bukakkan pintu kereta. Aku terus berjalan tegak dan megah menuju ke lobi bangunan.

"Pejabat Puncak Jaya FC?"
"Sayap B, tingkat 7."
"Baik, terima kasih."

Apa kenyit-kenyit, telephonist?

Aku simpan Aviator aku dalam kocek depan, dan terus naik ke tingkat 7.

Aku terus berjalan ke pejabat kelab bolasepak.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now