2000 part 9

183 11 0
                                    

Azlan

Kempen hari keempat, Merlina Hashim, Penghulu Pelajar Universiti Wijayapura 1999/2000, menjemput aku ke event pemimpin bersama pelajar di Dewan Tun Iskandar. Dewan yang dahulunya aku usahakan sebagai memenuhi manifesto aku selaku Penghulu Pelajar.

Dewan tu boleh muat 5,000 orang, dan dewan tu penuh.

It's good to be back. Aku rasa seperti nostalgia zaman aku di sini dahulu. Cuma ye lah, Faiz sekarang kerja dengan Shahrizal, Din dengan Saiful, dan Hafiz pula berpakat dengan isterinya Adilah untuk menyerang aku melalui medianya Suara Gelanggayu.

Sepanjang aku berkempen, Wijaya TV adalah penyokong media terkuat aku. Dan kempen tahun 2000 ni sebenarnya bermulalah Perang Media pertama antara Wijaya TV dan Suara Gelanggayu.

Aku tengok dalam satu rancangan yang dipanggil "Wacana Wijaya", penemubual menemuramah Tengku Ariffin, bapak mentua aku.

Bapak mentua aku cakap, "maklumat di internet ni, kelemahan utamanya ialah maklumatnya tak dapat disahkan. Kalau sesiapa pun boleh tulis berita, mana kita nak tahu berita tu betul atau palsu?"

Besok lepas temuramah tu, mencanak saham Wijaya TV dan Angkasa TV naik. Television still rules the day.

Tambahan pulak hari tu aku sembang dengan Mina, dia cakap si Damian tu 'takde otak beli FizzyTech sampai RG7 billion'.

Okay, senang cerita, untuk memudahkan korang faham macam mana konsep saham ni, aku terangkan secara basic.

Aku ada baju band Pink Floyd Dark Side Of The Moon yang aku beli dengan harga RG10.

Lepas tu orang nak beli baju ni, dan aku sebagai pemilik baju ni, mestilah aku nak buat keuntungan daripada pembelian baju ni. Katakan aku bukak harga baju tu RG15, sekali ramai nak beli lagi. Harga baju tu akan up lagi. Naik RG20, pun ramai bid lagi. Naik sampai RG50, pun ada orang nak beli lagi.

Sampai harga baju tu dah harga yang tak munasabah, macam sehelai baju band dijual dengan harga RG500, tak ada siapa nak beli baju tu, dan orang dah lost interest, maka harga tu pun jatuh dan jatuh sampailah nilai baju tu jadi RG5, orang siap sepak-sepak, pun takde orang nak beli, sampai 50 sen baru orang nak beli, maknanya nilai baju tu dah merosot.

Kalau siapa yang beli baju tu masa harga dia RG500, lepas tu harga tu jatuh, dia bodoh la. Yang untung, aku yang menjual baju tu.

Pada Tengku Ariffin, internet ni cuma hype. Dia cakap, internet ni cuma untuk budak nerd. Majoriti manusia masih lagi mudah untuk consume maklumat menerusi visual.

Dalam hal ni aku tak bersetuju dengan ayah mertua aku, sebab aku sendiri nampak potensi internet ni. Golongan muda, macam Merlina, memang pandai menggunakan internet untuk buat gathering group mIRC, atau mengumpulkan data base untuk mendapatkan golongan yang bakal mengundi aku.

Dia promote gathering ni pun pakai internet, melalui laman web aku azlanniat.com dan chat mIRC #wijayapura.

Anyway, tujuan aku datang di sini ialah forum yang dibuat oleh Merlina yang bertajuk, Pasca-Azmi Ibrahim, Visi Pemuda Gelanggayu.

Tajuk forum tu agak provokatif, memandangkan Tun Azmi masih lagi aktif dalam politik, dan merupakan pengasas Parti Demokrat.

Aku agak, Pengetua mesti suruh aku tone down sikit, sebab statement kat banner muka aku tu, macam buat Tun Azmi kecil hati dengan aku lah.

"Kau tau tak apa maksud pasca? Pasca tu maksudnya dah lepas. Tun Azmi masih aktif dalam politik lagi, yang kau buat dia terasa tu apahal?" Pengetua terus letak telefon lepas maki aku.

Yang buat banner orang lain, yang kena maki, aku. Tapi nak jadi ahli politik ni, aku kenalah terima makian dari kesilapan orang lain.

Lantak la, yang penting, daripada forum ni, aku dapatlah undi orang muda di Puncak Jaya. Orang tua macam Tun Azmi ni toksahlah nak terasa sangat. Standard la dalam politik ni.

Sidang DewanTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon