1995 part 1

225 8 1
                                    

Hafiz

Tanah Perkuburan Islam Kampung Delima, Tanjung Kapur, Ketil

"Kau dah bersedia, Fiz?"
"Ya, Jimmy."

Tengku Ahmad yang nama manjanya Jimmy membawa aku ke tanah pusara tempat Hanis dikebumikan.

Perlahan-lahan, aku baca Yasin, dan sedekahkan Al-Fatihah untuk perjalanan hidupnya di alam baqa'.

"Ya Allah, walau berat macam manapun dosanya, kau ampunkan dosanya. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."

Aku memegang batu nisannya, sebelum mencurahkan air bacaan Yasin yang aku letak dalam botol mineral.

"Hanis, aku takkan lupakan kau. Aku akan tuntut bela kematian kau. Aku janji, kalau orang yang buat aniaya kau ni orang yang berkuasa, aku akan lawan sampai nyawa aku sekali hilang. Demi kau, Hanis."

"Kau okay?" Jimmy menepuk bahu aku.
"Okay, Jimmy. Let's go.".

Ketil merupakan negeri jelapang padi Gelanggayu. Terasa indah bila membawa motor Cagiva Mito membelah jalanraya yang diapit sawah padi yang sedang menguning.

Aku dan Jimmy plan nak makan sarapan pagi di sebuah gerai yang menjual apa yang dipanggil Roti Apollo, sejenis roti canai yang fluffy dan berlubang di tengah, dan dituang kuah kari di tengahnya. Macam roti tu jadi mangkuklah kiranya.

Kreatif betul orang Ketil ni. Mana entah Jimmy boleh tahu tempat macam ni. Mesti dulu dia biasa pergi jumpa Hanis.

"Jimmy, boleh aku tanya kau?"
"Apa dia?"
"Mana kau tau tempat ni?"
"Hanis tunjuk aku tempat ni. Katanya, tempat favorite sarapan dia masa sekolah."

Aku hirup kopi.

"Padu kopi ni. Apa nama jenama kopi ni?"
"Kopi Cap Burung. Tapi ni keluaran Melaut. Kopi ni tin kuning cap biru je yang ori. Kau nampak colour lain je, tu semua knock off," kata Jimmy.
"Jimmy, macam mana kau boleh kenal Hanis?"
"Zaman muda, anak orang kaya, tak tau nak buang duit mana, pergi la langgan babygirl. Macam bohsia la zaman sekarang ni."
"Kenapa dia terjebak dengan benda ni?"
"Dulu, dia orang kampung. Ayah dia orang kuat Parti Persekutuan. Sampailah berjaya jadi setpol Gabenor kat Kenidiri. Ayah sentiasa sibuk, dia pun bosan. Jadi dia join la budak-budak liar ni."

Aku diam. Aku rasa Wijayapura dah ramai yang rosak moral. Aku rasa kalau aku duduk situ lama lagi, aku pun akan jadi rosak moral.

Tapi, siapalah aku nak judge orang.

"Fiz, kau punya company tu, sekarang asset ada berapa? Sorry la kalau classified."
"Dekat lima ratus ribu ringgit. Banyak jugak la aku tolong set up company, government sector, NGO punya internet. Basically ni kerjasama dengan Telekom Gelanggayu. Saiful, abang ipar Adilah yang tolong."
"Kau kuat, Hafiz," kata Jimmy.
"Kuat? Kuat amende, bukannya aku macam Hulk Hogan."
"Hulk Hogan kau cakap kuat? Hahaha!"
"Aku mana la layan WWF. Kau layan ke wrestling, Jimmy?"
"Nama aku Jimmy sebab aku suka Jimmy Superfly Snuka. Kau kena layan wrestling, Hafiz. Syok!"
"Macam-macam la kau ni, Jimmy."
"Fiz, kau berminat tak, nak scam orang?"
"Jimmy, kau ni kerabat diraja. Takkan la hina sangat nak kerja scam orang ni?"
"Bukan scam macam skim piramid tu. Ni scam orang dengan Internet."

Hah?

"Okay, masa aku belajar kat MIT Boston dulu, ada kawan aku, budak IT. Dia cakap, kau tau tak dalam komputer, nak set up kalendar?"
"Tau la, benda basic."
"Apparently ramai yang tak tau benda ni. Ok, katakan kau kat 31 Disember 1999, dia tulis apa?"
"31/12/99."
"Lepas tu New Year. Jadi apa?"
"01/01/00."
"Yang 00 tu 1900 ke 2000?"

Aku terdiam. Lama juga aku terfikir benda ni, tapi tak pernah aku bincangkan dengan group hackers dulu.

"2000....la kot?"
"Ha, kau yang student IT pun tak pasti. Kau bayangkan pakcik tua yang jadi government sekarang ni tak tau langsung pasal komputer, tapi dah start rasa internet ni benda penting, macam mana kau boleh scam orang macam ni?"
"Macam mana?"
"Kita buat la CD-ROM, konon untuk tukar sistem supaya tak kacau sistem komputer. Kawan aku kat US cakap dia dah start buat marketing dah. Label dia Millennium Bug."
"Menarik, menarik idea ni. Kau nak buat benda ni ke Jimmy?"
"Dengan kau, aku nak. Amacam, kau share contact negara Komanwel kau, aku share contact oversea aku. Aku banyak kat Asia lah. Europe dengan Amerika jangan kacau. Jepun pun jangan. Kita main rantau Nusantara je dulu."
"India tak payah..."
"India kau tengok tempat. Kalau Bangalore, Bombay, Delhi, tak payah. Kita main Visakhapatnam, Thiruchirapalli, Thiruvananthapuram."
"Masya-Allah, aku nak sebut nama tempat tu pun susah, Jimmy."
"Lepas tu, Arab. Yes, Arab paling senang kena scam hal cyber ni."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now