2001 part 9

210 10 0
                                    

Menerusi gambar satelit, berderet lori SCUD yang sudahpun lengkap dengan peluru berpandu di sekitar pantai Teluk Bayur, Kundur, untuk dilancarkan ke Temasik.

Gambar tersebut dihantar ke kem tentera Amerika di Changli, dan nampaknya tentera mengeluarkan amaran DEFCON 3.

Semua intercept missile dari sistem Terminal High Altitude Area Defense
(THAAD) sudah bersedia di seluruh Temasik.

Pengetua terus menghantar pesanan pada Ken dan Claudia untuk tekan butang alarm bersedia untuk rakyat berkerah ke pusat pendaftaran tentera di stesen MRT terdekat.

--

Sebaik sahaja Ken menekan butang alarm tersebut, seluruh Temasik bergema.

"Attention, in 15 minutes, please go to the nearest MRT station for military assistant."

Amaran tersebut secara automatik diterima penduduk bandaraya tersebut melalui SMS, televisyen, radio.

Yang tua dan golongan kanak-kanak akan berlindung di tempat perlindungan, sementara rakyat biasa akan ditugaskan menjadi tentera, anggota keselamatan, dan jurumedik. Semua ini dilatih dalam National Service.

Jeneral Yahya kagum dengan disiplin  rakyat mereka terutamanya di bandaraya Temasik.

"Highly organised," kata Jeneral Yahya.
"Sir, I don't think this thing will happen in the States," kata Lt. Col. Andrew James.

Semua warga terus sahaja mengambil uniform tentera dan senjata serta bekalan ration masing-masing. Bersiap sedia di tempat yang diarahkan.

Beberapa buah peluru berpandu SCUD sudah mula memasuki ruang udara Temasik. Ada beberapa buah peluru berpandu jatuh di perumahan flat, atau di bangunan.

Ada yang berjaya dipintas THAAD.

Sementara itu, jet pejuang F-15 Eagle mula berlepas dari Changli, dan mula terbang menuju ke punca peluru berpandu SCUD, yang dikesan di Teluk Bayur.

Melintasi sempadan Kundur-Temasik, beberapa penembak Stinger melepaskan RPG ke atas, tetapi pemandu jet pesawat tersebut mengelak.

Helikopter AH-64 Apache menembak kawasan kubu pertahanan DIN Kundur, tetapi penembak Stinger menembak ekor helikopter, menyebabkan helikopter tersebut jatuh.

Jet pejuang tersebut mengebom lori-lori SCUD yang menyerang Temasik, tetapi ada 150 semuanya. Pemandu jet tersebut memberi signal kepada USS Nimitz untuk menggunakan bom kluster dari Tomahawk BGM-109D.

Tok Aki dan Fauzan terus kemas barangnya, dan bersiap ke kubunya. Kerana selepas ini, tentera Amerika Syarikat akan mula mendarat di pantai barat Pentas Sunda ini, dan bermulalah War on Terrorism di sebelah sini.

--

Kehancuran bandaraya Temasik akibat serangan SCUD agak terkawal apabila teknologi THAAD berjaya menyekat beberapa buah peluru berpandu SCUD.

Perdana Menteri, Goh Teck Chuan berikrar tidak akan menyerah kalah dengan tuntutan pengganas Daulah Islammiyah Nusantara.

Polis dan pasukan perisikan dari semua negara-negara NEMCA telah bersatu untuk menjejaki beberapa aktiviti pengganas dan pihak tentera mula merancang untuk menyerang kembali kubu kuat mereka di Palembang.

Pun begitu, banyak syarikat multinasional yang selama ini berpusat di Temasik, bercadang mahu berpindah ibu pejabatnya ke tempat lain.

Antaranya Krung Thep, Wijayapura dan paling popular ialah di Teknojaya, kerana masih baru dan mempunyai infrastruktur yang berciri ultra-moden, serta bebas cukai bagi syarikat berteknologi tinggi.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now