2002 part 2

208 11 0
                                    

"Pihak kami sudah merujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam pembalakan haram di kawasan punca sungai orang asal, dan bertindak mengikut lunas undang-undang bagi mengheret mereka ke muka pengadilan," kata Datuk Shuib Moghni, Menteri Kehakiman dan Reformasi Mahkamah.

Kenyataan ini dibuat selepas Datuk Shuib bertemu dengan Peguam Negara, Tan Sri Hassan Hashim berkenaan dengan dakwaan penerokaan kawasan balak haram itu dikatakan melibatkan orang-orang yang berkuasa.

"Saya mahu sistem keadilan negara kita tidak mengenal bulu, darjat dan harta," kata Datuk Shuib lagi, sebelum beredar di mahkamah.

--

Hafiz

Aku daripada dulu lagi tak percaya pada Shahrizal ni. Dia ni, jenis makan banyak kolam, tapi tak pandai nak cover.

Datuk Shuib ni orang Shahrizal, yang datang dari kumpulan Parti Jujur dulu. Dan dari dulu lagi cita-cita Shahrizal ni nak jadi Perdana Menteri.

Memandangkan orang-orang dari parti lama dia, Parti Jujur yang paling ramai dalam Parti Nasionalis ni, aku nampak dia cuba nak mencantas Saiful.

Aku ingat dulu dia juga nak siasat pasal kes bakar stadium tahun 1989 masa Piala Asia dulu. Bila kes tu dah senyap, dia pun senyap.

Pasal pembalakan haram tu, bukan aku punya pun. Ni semua berpunca dari suami adik aku yang mohon kat kerajaan negeri Air Putih tapi tak dapat-dapat. Terpaksa la guna nama aku dan Jimmy.

Jadi bila jual nama aku selaku Penasihat Diraja untuk Perdana Menteri, maka nama aku pun dipetiknya oleh Wijaya Times ni.

"Epul, kau baca ni," aku hulur suratkhabar pada Perdana Menteri.

"Aku dah baca dah tadi," kata Saiful, dengan nada tenang.

"Kau rasa apa kita patut buat?"
"Pada aku, selagi dia tak sebut nama kau, aku, atau Jimmy, kita buat rilek je lah."
"Kau rasa siapa yang provide info ni?"
"Kalau dah ada satellite image macam ni, aku syak satu je. Geng Temasik. Tadi aku dah call PM Goh, bagi warning, kalau buat kacau lagi isu ni, aku ugut tarik balik tentera yang tengah berperang dengan pengganas kat negara dia."
"Lepas tu dia cakap apa?"
"Dia nafikan. Tapi aku tau mereka tengah menggelupur sekarang. Jahanam betul kaum dorang ni," kata Saiful.

Bagus Saiful ni, tak payah aku suruh, dia pandai fikir. Dia bukan bengap macam Luqman. Ternyata strategi bini aku naikkan Saiful ni adalah strategi terbaik.

"Tapikan, Epul, kau rasa, Shah ni macam mana?"

Saiful duduk bersandar, kemudian melepaskan nafas yang berat.

"Payah, Fiz. Parti Nasionalis ni walaupun Luqman yang asaskan, tapi asas dia ialah bekas ahli-ahli Parti Jujur dulu. Kau kena fikir, kedudukan aku sebagai presiden parti pun, tak kuat sangat. Masa Luqman dulu, yang pilih aku jadi timbalan dia pun, kau dan Jimmy. Tapi bila pemilihan parti nanti, kalau aku tak dapat beli ahli parti, macam mana aku nak menang? Kalau aku tak menang, macam mana aku nak jadi Perdana Menteri untuk backup korang?"

Aku senyum kambing. Nampak sangat Saiful ni nak duit.

"Berapa kau nak?" tanya aku.

"Aku perlukan RG200 juta untuk beli semua ketua bahagian. Tapi kalau kau nak bagi lebih, lebih afdal. Ala, saham Angkasa TV dah naik, kan? Harga minyak pun naik, apalah sangat RG200 juta tu kan?"

Macam tu je Saiful pow aku. Cara dia mintak RG200 juta tu macam Mat Despatch mintak dua ringgit dengan bos dia dalam majalah Komik Bujang je.

"Ye lah, nanti aku wirekan kau duit. Tapi bukan ke akaun personal kau, tapi ke akaun parti."
"Bisaaaaa!" kata Saiful, tersenyum nampak gigi.

Sidang DewanOù les histoires vivent. Découvrez maintenant