2002 part 5

773 17 6
                                    

Angkasa TV, AxisCom kini milik Datuk Seri Hafiz - Suara Gelanggayu

Syarikat kabel televisyen, Angkasa TV dan syarikat telekomunikasi nombor satu negara, AxisCom kini dimiliki sepenuhnya oleh billionaire, Datuk Seri Hafiz Samsudin.

Dengan memiliki dua syarikat gergasi itu, Datuk Seri Hafiz menubuhkan sebuah konsortium syarikat yang bernama Kencana Corporation, bersama rakan perniagaannya, Tengku Ahmad.

"Diharapkan dengan pembelian dua syarikat ini, kita akan dapat janakan keuntungan berdasarkan strategi yang kita rancang," kata Datuk Seri Hafiz yang merupakan CEO syarikat.

Kencana Corporation juga melabur dalam sektor tenaga bersama Petrogayu di kilang memproses petroleum di Texas, di samping beberapa pelaburan hartanah yang lain.

--

Hafiz

Sejak ada gym peribadi kat rumah aku ni, aku bukan main obses untuk besarkan biceps dan dada aku untuk jadi bidang. Macam Triple H.

Aku lantik seorang gym instructor peribadi aku untuk jaga permakanan aku serta latihan untuk membesarkan otot.

Hari ni aku ajak Ali untuk test peralatan gym peribadi aku. Dia daripada hari tu nak datang, tapi baru hari ni dia free. Sejak dia banyak duit ni, aku nampak dia banyak infakkan duit dia, bina masjid dan bina rumah anak-anak yatim. Lama betul tak jumpa dia, tau-tau dah kaya juga.

"Weh, dah makin tough lengan kau ni, Hafiz. Dah macam Triple H dah ni. Bila kau start work out ni?"
"Kahkahkah, ada-ada je kau ni. Aku baru 3 bulan main besi, takdenya macam Triple H."

Gym ni aku keluar duit dalam RG300,000 untuk beli semua equipment ni. Ada glute, triceps flat, dumbbells dari pelbagai berat, sit up bench, back extended, donkey calf.

"Lain kali kalau kau nak main gym, datang la setiap Sabtu pukul 11 pagi. Gym instructor aku datang training aku."
"Kena bayar ke?" tanya Ali.
"Come on la Ali. Sekali dengan aku la."

Ali tersenyum.

"Aku kalau tak dapat badan macam Triple H, macam Stone Cold pun jadi," kata Ali yang terkial-kial main triceps flat.

"Janji fit bro."

Tengah bergurau-gurau tu, tiba-tiba pembantu rumah aku datang ke gym.

"Tuan, Azmil Zawawi datang."
"Kejap. Kau main la gym dulu, Ali. Tapi jangan sampai terpeleot lengan kau sudah. Aku ada meeting kejap."

--

"Hey, Dila! Amboi kemain vogue kau lagi sekarang ya? Hafiz! Kau pun makin sado sekarang," kata Azmil yang seronok bila nampak kami berdua.

"Kau apa cerita sekarang?" aku hulurkan tangan dan bersalam.
"Ala biasalah, zaman kita dah berlalu sekarang. Rancangan Irama pun nak ambik pengacara baru dah."
"Duduk dulu Azmil, aku ada proposal untuk kau ni," kata aku.
"Proposal?" kata Azmil, terpinga-pinga.
"Kami nak awak jadi pengacara realiti TV," kata Adilah.
"Realiti TV? Kalau macam Fear Factor tu, tak kuasa aku, Dila!"
"Bukan, bukan! Pengacara Institut Bintang. Kitorang buat realiti TV based on rancangan kat Mexico, La Akademia. Ada lebih kurang 10 peserta macam tu, dilatih oleh guru muzik dan guru tari untuk jadi bintang. Tapi awak la jadi pengacaranya. Slot ni kita nak masukkan kat rancangan baru kami di Angkasa TV tahun depan. Awak nak?"
"Serius lah, Dila?"
"Ya. Betul lah. Kan awak selalu mengadu pada saya yang market awak dah sendu la, dah tak banyak nak ambil awak jadi pengacara lagi. Ha, inilah peluang awak untuk menyinar kembali."
"Tapi kita nak lawan Gelanggayuan Idol ke? Tahun depan kan Wijaya TV nak buat benda sama. Boleh ke kita nak bersaing dengan dorang?" tanya Azmil.
"Bab marketing jangan risau, Azmil. Yang penting kau mengacarakan rancangan tu tanpa boring. I know you can do this," kata aku sambil gigit Choki-Choki.
"Baik, kalau Hafiz pun dah percaya pada aku, aku kata okay je lah. Tahun depan ya?" kata Azmil Zawawi.
"Seronoknya dapat tengok awak jadi pengacara TV kembali, Azmil!" Adilah pula excited. Dorang dari rancangan KuizPop dah jadi kawan baik, mestilah seronok.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sidang DewanWhere stories live. Discover now