1992 part 5

218 11 0
                                    

Hafiz

Aku duduk bersila di sebelah Uncle Nasrul dan ayah Dila, dan lelaki yang bernama Ali ni. Hari ini, Tok Aki nak menyampaikan tentang buku Ibnu Khaldun, al-Muqadimmah.

Dia bercerita tentang kenapa zaman moden ni, hati kita merasa sesak, dan penat, serta terlalu menumpukan pada hal-hal dunia.

Tok Aki cakap, setiap semua tamadun, ada tiga peringkat, menurut Ibnu Khaldun. Peringkat pertama, generasi yang masih berpegang pada ad-Din, atau gaya hidup yang asal. Mereka yang mula mengasaskan tamadun, adalah mereka yang hidup dengan akhlak yang berpegang dengan ilmu Tauhid.

Generasi yang kedua adalah generasi yang kaya bila tamadun itu sudah luas dan mempunyai kekuatan ekonomi, tapi masih lagi berpegang kepada akhlak generasi pertama, tapi tidak sekuat generasi pertama, sebab bila dah senang, dah tak ada kekuatan macam dulu.

Yang ketiga, ialah generasi yang asyik dah senang sampai lupa akar umbi dan tauhid, hidup hanya bersandarkan hedonisme dan tak lagi bersandarkan pada syariah, bahkan mula mempertikaikan keesaan Tuhan. Inilah mulanya kejatuhan tamadun.

"Tok Aki rasa, kita dah sampai mana? Yang ketiga ke?" tanya Uncle Nasrul.

"Kita baru nak masuk yang ketiga. Baik, cuba korang semua bandingkan generasi yang perjuangkan kemerdekaan dari British dulu? Semua berjuang demi kemerdekaan dan akidah. Bila Tun Iskandar buat PETROGAYU, ekonomi Gelanggayu meningkat, kita mencapai kegemilangan ekonomi tu. Tapi nampaknya, generasi kita dah mula lupa soal akidah, tauhid. Akan datang kita akan dipimpin oleh orang yang ilmunya tak ada, tapi mulutnya paling lantang, jadi dia yang paling berkuasa," kata Tok Aki.

Malaikat lalu. Keadaan diam seketika, kerana semua orang sedang mengalami proses berfikir sambil membayangkan bila satu hari nanti, orang mempertikaikan agama secara terang-terangan dan orang jadi bangga bila murtad.

"Ibnu Khaldun ni hidup tahun 1332. Bayangkan dia dah tahu dah, kita akhirnya sampai di sini. Dalam buku Muqadimmah ni dia dah tulis, setiap tamadun akan bangun dan jatuh. Dan kita sekarang di zaman kejatuhan."

"Agaknya, macam mana nak kita bangkit tu?" tanya Wan Radzi.
"Nak bangkit apa, kita baru nak jatuh ni. Bagilah habis jatuh dulu, barulah kita sembang nak bangkit," kata Tok Aki.

"Takkan nak biarkan agama kita jatuh, Tok Aki?" tanya Uncle Nasrul.

"Bukan begitu. Kita yang ada kesedaran macam ibnu Khaldun ni, kena bertahanlah. Ibnu Khaldun ni, dia hidup di zaman wabak merebak. Semua adik beradik, ayah dan mak mati sebab wabak. Dia nampak kesan kejatuhan kota Baghdad di tangan Mongol, habis semua ilmu di Baitul Hikmah dibakar, bukunya semua dibuang dan dibakar. Perangai orang suka bakar buku ni perangai orang jahat, perangai pengganas. Macam Mongol, macam HitIer, macam Amerika bila dia bakar negara orang."

"Boleh saya tambah sikit, Tok?" aku angkat tangan.
"Silakan," Tok Aki mengangguk.

"Akan datang, ada satu teknologi, yang sangat berpengaruh pada dunia dan pemikiran. Masa tu, radio, TV, suratkhabar, album muzik, buku, semuanya ada dalam Internet. Internet ni macam saluran maklumat, yang boleh kita dapat dari komputer. Saya masa kat universiti dulu, belajar benda ni. Saiful kawan saya yang sekarang kerja di Telekom tu pun belajar benda ni."

Tok Aki dan Fauzan saling berpandangan.

"Untuk sebarkan maklumat dan ilmu, akan datang, pakai internet je. Nanti masa jatuh nanti, ramai akan bangkit dengan teknologi ni nanti."

"Kalau Tok Aki nak belajar ilmu ni dengan kamu, boleh?"
"Boleh je, kalau ada masa."

"Internet ni macam mana, boleh terangkan kat pakcik tak? Pakcik ni dah tua, tak faham bahasa omputeh ni."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now