1999 part 6

214 12 0
                                    

Azlan

"Alan, since Ali kahwin, you jumpa ke tak Ali? You dah pergi rumah baru dia?" tanya Natasha.
"Dia dah ada rumah baru?"
"See, you cakap you best friend dia, Jessie's band pun jamming kat studio dia, tapi you tak tahu pun yang dia dah beli rumah baru. Jom la, pergi rumah dia."

Aku bukan apa, sejak aku nampak dia rapat dengan Hafiz, aku jadi makin tak selesa nak lepak sangat. Sebenarnya aku nak ajak Jessie atau Kimi jam kat studio jamming lain, tapi mestilah dorang akan tanya macam-macam. After all, studio jamming Ali, barangan dia berkualiti dan dia jaga maintainance equipment dengan baik.

"Okay, let's go."

--

"Kau ni memang janji ahli politik la, Lan! Janji nak datang wedding aku, tapi Natasha je datang. Kejap, kenapa korang berdua datang bersama ni? Pasangan masing-masing tak tahu ke?"

Natasha letak jari di bibirnya, dan aku ketawa.

Ali dah geleng kepala.

"Jessica, kau dah besar, kau jangan jadi macam sepupu kau," kata Ali.

Aku pandang rumah Ali, agak besar, dua tingkat, corner lot.

"Berapa ringgit kau beli rumah ni?"
"RG350,000. Okay kan?" kata Ali.
"Sangat okay weh."

Petang-petang, Hidayah, isteri Ali, goreng keropok lekor. Dan ada disediakan juga rambutan yang sekarang tengah musim.

Rajin betul Ali, dia kopek satu-satu rambutan, simpan dalam tupperware dan letak dalam peti ais macam ni. Selalu aku makan gigit kulit je.

"Kau sekarang jadi model ke, Lan?" tanya Ali.
"Part time je lah. Aku masih lagi jadi cikgu sekolah."
"Confirm confirm la budak perempuan kat sekolah kau tu angau dengan kau!"
"Bukan budak je. Cikgu sekolah, mak budak sekolah, aku tiap hari dapat surat cinta. Sampai aku boleh simpan dalam satu kotak besar TV kau ni."
"Serius la? Tahap rock star dah kau ni, Alan!"

Aku dan Ali sedang menonton VCD.

"Kau tengah buat apa ni?" tanya aku.
"Tengah tengok wrestling. Ni Stone Cold tengah belasah Vince McMahon ni..."

Ali ni daripada dulu suka tengok wrestling, jadi aku diam je lah.

"Ali, aku nak tanya kau soalan?"
"Apa dia, tanya la."
"Macam mana kau boleh kenal bini kau ni?"
"Dia ni jiran kawan aku, Hafiz."
"Macam mana kau boleh kawan dengan Hafiz?"

Ali duduk menyandar, kemudian capai rokoknya.

"Aku jumpa Tok Aki masa aku kat masjid. Dia ajak aku pergi majlis ilmu kat rumah Pak Wan Radzi. Jadi kat situlah aku kenal Hafiz. Kenapa, kau kenal ke Hafiz ni?"

Natasha buat signal, suruh cut off the story pada Ali.

"It's okay, Nat."
"Apa dia?" Ali terpinga-pinga.
"Hafiz ni dulu roommate aku masa aku kat universiti dulu."
"Ye ke? Eh, jom la lepak sekali next time?"

Aku hanya senyum je lah. Biar je lah Ali tak tahu kisah ni.

Aku keluar sampul surat yang aku dapat hari tu.

"Kau tau tak apa jadi pada Paraporn?"

Ali berubah muka.

"Gila babi dia kena bunuh macam tu. Gaduh geng pun, tak pernah macam ni. Paling koman tembak je lah. Ini sampai gantung atas kipas macam tu."

Aku keluarkan gambar.

"Itu hari, ada orang hantar gambar ni pada aku."

Ali tengok tiga-tiga keping gambar Paraporn dibunuh.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now