1992 part 3

214 10 0
                                    

Daniel Hakim masuk ke sebuah conference room dalam hotel tempat dia menginap.

Di situ ada meja yang panjang, yang mana Jeneral Yahya duduk di tengah, dan disebelahnya ialah Azlan. Datuk Rahizan duduk di sebelah kiri, bersama Datuk Mohd Nor di bucu meja. Luqman disebelahnya.

"Silakan duduk, Daniel."

Sebentar lagi, dia terkejut kerana anak Presiden Parti Jujur, Shahrizal Hamdi masuk ke dalam conference room. Muka Daniel menjadi pucat lesi.

"Relax, Danny. Duduk dulu," kata Shahrizal, menepuk bahunya. Walaupun Daniel ahli parlimen Puncak Jaya, tapi hakikatnya rank dalam parti, dia cuma ahli majlis tertinggi sahaja, itu pun sebab dia cuma Pemuda Parti Jujur.

"Tujuan saya jemput semua datang ke sini, ialah kerana kita mahu fokus ke pilihanraya akan datang, yang paling lewat akan berlangsung pada tahun 1995. Saya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Parti Persekutuan, nak buat deal dengan Parti Jujur," kata Datuk Rahizan, sebagai pembuka kata.

"Apa tujuan saya dijemput ke sini?" tanya Daniel.

"Yang itu, Jeneral Yahya akan terangkan kemudian. Tapi sekarang ni, saya nak buat tawaran kepada Parti Jujur."

Shahrizal mengangguk.

"Dalam pilihanraya 1990, Persekutuan menang 153 daripada 200 kerusi. Jujur 42 kerusi, dan lagi lima, parti lain-lain termasuk bebas. Untuk 2/3 majoriti Persekutuan dalam pilihanraya akan datang, ialah 133 kerusi. Saya cuma nak Parti Persekutuan menang pilihanraya 1995, tapi 2/3 dinafikan. Maknanya, kita nak dalam lebih kurang 120 kerusi. Jadi selebihnya, kita bagi Parti Jujur."

Shahrizal ketawa.

"Terlebih minum whiskey ke ni, Datuk? Bukan main offer macam ni," Shahrizal geleng kepala.

"Saya serius, Shahrizal."
"Okay then, what's the catch?" kata Shahrizal.
"Kita nak Ibrahim Abu Samah kalah dalam pilihanraya Gabenor Wijayapura."

Shahrizal ketawa.

"He's been there since 1969. Lagipun, most of our base duduk di Wijayapura. Most of our base ni urban, liberal, macam mana nak dapat magic numbers tu? You're talking with no reality sense, Datuk," kata Shahrizal.

"We all know that your father will step down as Party President soon," kata Datuk Rahizan.
"Ok, so?"
"Ibrahim will be the next party leader, dan kalau itu berlaku, I don't think you have any chances to be your party leader anytime soon."

Shahrizal terus menyandar.

"So, you nak I cabar Ibrahim jadi party leader? Come on, nanti akar umbi akan cakap buruk pasal my dad. Lagipun, our party tak ready lagi untuk terima babyboomer sebagai party leader. Too young. Lagipun, Ibrahim dah jadi Gabenor Wijayapura lama, since 1969. Dah almost 22 years dah."

"So, you're not interested?" kata Datuk Mohd Nor.

"Bukanlah not interested, semua politicians pun ada cita-cita peribadi. I setakat ni hanya Ahli Dewan Negeri, not MP, not Gabenor negeri macam Ibrahim. Kalau I tiba-tiba nak lawan Ibrahim, dengan umur I yang tak sampai 40 lagi, nak ke akar umbi terima?" Shahrizal light rokok.

"Hal propaganda tu, saya dan Tengku Ariffin boleh tolong," kata Azlan.
"Wait, who is this kid?" Shahrizal ketik rokok kemudian tunjuk ke arah Azlan.
"My name is Azlan, and I'm working at Kementerian Komunikasi dan Infrastruktur, bawah Izham, as his setpol."
"But how kid like you can do the propaganda work?"

"I'll teach him," Jeneral Yahya balas.

"How can I trust him? Umur dia ni baru berapa? 18, 19? 21 lah max. And how can you become a setpol in such a young age?" Shahrizal tanya lagi.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now