1999 part 4

201 10 0
                                    

Hidayah jemput Hafiz dan Adilah sempena majlis housewarming rumah Ali yang baru pindah ke Puncak Tropika.

Ali beli rumah ni cash, takde hutang bank, rumah dua tingkat, semi D, corner lot, siap furnishing. Tinggal masuk lap kaki je masuk rumah.

Disebabkan Ali ni peminat tegar snooker, dia beli table snooker dan letak di tingkat atas rumahnya.

"Yang kau beli table snooker ni, kau lawan dengan bini kau ke?" tanya Hafiz.
"Haha, main dengan budak-budak aku la. Kecik, budak-budak dia selalu main. Sekarang dah tak banyak dah pusat snooker. Semua nak buat cybercafe. Kau la ni, tapau semua!" kata Ali.
"Tu cara business function, bro. Budak muda sekarang mana main snooker lagi. Sekarang semua pergi cybercafe, lawan Half-Life. Tak pun main chat MiRC cari awek. Kau yang dah tua ni, move on je lah."

Adilah dengan tenang menyusun bola snooker dalam tiga segi.

"Nak lawan ke?" tanya Ali.
"Silakan," kata Adilah, capai sebatang kayu snooker sambil letak kapur kat hujung batang kayu.
"Kau tengok, cara gaya dia gosok kapur tu, macam dah pro," kata Ali. Ali pun capai kayu snooker.

"Fiz, bukak lampu table," kata Ali.

Ali memulakan pukulan.

"Berapa frame ni nak lawan?"
"Two out of three," kata Adilah.
"Lain macam bini kau ni, Fiz. Wei, jap, Dila, terror gila kau boleh masukkan bola tu angle camtu?"

Hafiz terkejut tengok skill Adilah bermain snooker.

"Saya dulu wakil Gelanggayu Sukan Asia Tenggara la, tahun 1989 masa Wijayapura jadi tuan rumah dulu," kata Adilah.
"Serious la?" kata Hafiz.
"Tak nampak ke medal pingat perak saya kat rumah tu? Saya kalah dengan peserta dari Arroyo, Gloria Fernandez."
"Awak selalu main kat mana?" tanya Hafiz.
"Kelab Kenanga, tempat Sayap Kuning lepak, di Hotel Pan Pacific tu."
"Wei, level lain la macam ni. Aku main kat kedai snooker shoplot je," kata Ali.

Adilah menang mudah. Ternyata Ali "out of her class".

Bukan Ali tak tahu Kelab Kenanga tu Adilah ni jumpa siapa. Dah dia sendiri tukang supply lada sulah, tepung, dan benda-benda serbuk putih yang lain kat kelab tu.

--

Hidayah masak masakan Air Putih, seperti roti jala serawa durian, ikan gelama masak sambal tempoyak, rojak buah dan sayur kangkung goreng udang kering.

Sambil tu, Ali pula sedang menonton pasukan bolasepak kegemarannya, Arsenal menentang Leceister City.

"Steady la, lawa Dennis Bergkamp assist!"

Ali menjerit atas sofa sambil pusing-pusingkan scarf team bola kegemarannya tu.

Hafiz pun bersyukurlah, Hidayah pun dah move on daripada dia. Hidayah cakap, Ali ni, walaupun suka buat benda gila, tapi hati dia baik.

Ali pun dah banyak berubah dah, sejak kahwin dengan Hidayah, dia dah jadi tone down sikit la buat kerja-kerja jalanan. Semua benda sekarang, Kecik yang handle. Ali memantau dari jauh.

Dan Ali dah tak sentuh benda haram dah. Berniaga benda haram pun dia dah tak buat dah. Dah bertaubat dah dari semua ni.

Dan paling penting, kata Dayah, Ali ni protective dan romantik. Lega la Adilah dengar, sebab Hidayah pun dah move on daripada suami dia.

Lepas makan dan habis tengok bola, Ali pun berehat dan tengok pokok bonsai yang dia baru beli.

"Amacam, macam yakuza Ryukyu tak, bela bonsai?" tanya Ali pada Adilah. Adilah pula dah capai pen dan buku nota.

"Ali, Dila nak interview Ali untuk artikel Dila, boleh tak?" tanya Adilah.
"Interview apa ni?"
"Dila nak tanya pasal jampi sihir pengasih, Ali tahu tak?"

Sidang DewanWhere stories live. Discover now