2000 part 2

209 10 1
                                    

Hafiz

"Fiz, kau nak tau tak, asal-usul nama Nicaragua ni?" tanya Jimmy pada aku.  Aku layan je lah mamat ni.
"Entah?"
"Satu hari, ada pengembara sampai ke Amerika Latin, dan merasa pelik tengok orang makan roti canai cicah sup. Orang lain semua cicah kari ke dal, dia cicah sup. Lepas tu bila pemakan roti canai tu rasa panas hati semua orang usha dia, dia pun cakap, 'pahal, ni cara gua makan roti canai. Ni cara gua! Ni cara gua!"
"Sudahlah Jimmy, lawak ni kau rembat kat Komik Bujang," aku geleng kepala.

Perjalanan dari Managua, ibu negara Nicaragua ke Granada, tempat si Jimmy ni nak pergi, ialah bertujuan untuk bertemu dengan ahli parlimen Nicaragua yang korup bernama Alfonso Sanchez.

Tujuannya ialah untuk membangunkan projek ladang kopinya di Nicaragua untuk dia menjadi dominan dengan pasaran kopi di Gelanggayu.

Tour GITRADE kali ini memang ke kawasan Amerika Tengah, seperti di Nicaragua, Guatemala, Belize, Mexico dan Honduras. Lepas tu aku nak ke Barbados untuk melawat rumah aku kat sana.

Ingat tak masa aku honeymoon dengan Dila, yang kitorang bawak Luqman dan Natasha? Aku beli rumah tu untuk percutian aku dan keluarga.

Sebab lepas ni aku akan kerap ke Amerika, terutamanya Texas sebab aku dah mula berminat untuk menceburi sektor tenaga.

Walaupun Petrogayu pemegang saham terbesar masih lagi keluarga al-Daulah, aku sekarang pun dah pegang share 20 percent, dan aku nak join venture dengan seorang businessman dari Texas bernama Walter Johnson.

Aku juga diminta menderma sikitlah kepada calon Republikan yang akan bertanding dalam pilihanraya Amerika Syarikat tahun ni, George W. Bush. Bush ni anak kepada George Bush yang serang Iraq masa tahun 1991 dulu.

Aku suka calon Republikan ni, dorang tak meleter sangat hal-hal demokrasi macam Demokrat ni. Asal kau bawak investment, masuk je, takde hal.

Setakat donation $100,000 apalah sangat. Mana tahu kalau dia menang kat White House, sedap sikit dapat kabel Amerika.

Anyway, donate kepada calon parti politik ni macam kau berjudi la jugak. Kau letak calon ni sikit, calon tu sikit duit. Then kau tengok siapa menang.

Tengku Mahkota tak suka Al Gore. Ucapan dia yang kat mesyuarat APEC tu memang kurang ajar dan tak sensitif.

"People's Power, doi moi, Revolusi Nasional".

Ucapan dia seolah-olah menyokong gerakan Datuk Rahizan.

Tapi aku letaklah juga duit kat Al Gore kalau-kalau dia menang. Tapi tak banyak pun, $15,000 je. Malas lah donate kat Demokrat, dorang kan ada George Soros.

Jadi, untuk aku melabur di sektor tenaga, terutamanya petroleum ni, aku perlu jual saham aku dalam FizzyTech.

Aku ada 25 juta unit saham dalam FizzyTech iaitu 40%, Jimmy pun 40%. Shaheed dari Pakistan letak sikit, begitu juga syarikat Beeline dari Rusia beli syer ni, selain ada stok awam yang diperdagangkan di Bursa Saham Wijayapura.

25 juta darab, jap, hari ni berapa saham FizzyTech? RG38.40 untuk satu saham. Jap, aku ambik kalkulator.

Kalau aku jual semua, aku dapat RG960 juta. Atau 252 juta US dollar. Aku perlukan $100 juta dolar je kat sini. Tapi, tapi...

Apa kata aku mintak je Uncle Norm invest kat sini. Kalau George W Bush menang jadi Presiden Amerika, Texas akan ada pilihanraya Gabenor.

Jadi aku mula memantau calon mana Republikan akan pilih ni. So far, aku berminat dengan Rick Perry ni.

Aku split 50-50 dengan dia, then aku still ada $152 juta dolar.

Saham aku mencanak naik lepas Y2K, tapi masih naik, cuma dah makin slow.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now