1995 part 7

200 9 0
                                    

Tengku Aminah membetulkan tali leher ayahnya, Tengku Ariffin sebelum naik ke pentas, sambil beberapa orang jurumekap memakai make up padanya untuk pencahayaan yang cantik.

Sejak Datuk Bakri menjadi Pengerusi Suruhanjaya Diraja Pilihanraya (SDPR), beliau meletakkan beberapa undang-undang baru seperti membenarkan sesi debat antara dua parti utama, di samping tempoh masa kempen yang lebih lama.

Pada sesi debat yang julung kalinya diadakan, perdebatan akan berlangsung antara Datuk Seri Azmi dari Parti Persekutuan dengan Shahrizal Hamdi, dari Parti Jujur, dan disiarkan secara langsung dari Wijaya TV.

Selaku CEO kepada Wijaya TV, Tengku Ariffin diberi penghormatan menjadi moderator dalam perdebatan yang menggunakan debat cara Presiden Amerika.

"You look handsome, daddy," kata Tengku Aminah kepada ayahnya.

--

Tengku Ariffin: Tuan-tuan dan puan-puan, para penonton di Wijaya TV, hari ini kami akan menyiarkan secara eksklusif, buat julung kalinya, perdebatan sempena pilihanraya umum.

Mempersilakan, dari sebelah kanan saya, Presiden Parti Jujur dan calon Ahli Parlimen Kebun Teh, Shahrizal bin Hamdi! Dan si sebelah kiri saya, Perdana Menteri, Presiden Parti Persekutuan, dan calon Ahli Parlimen Padang Tinggi, Datuk Seri Azmi Ibrahim.

Terlebih dahulu, suka saya ingatkan, bahawa penonton di auditorium Wijaya TV tidak membuat bising atau bersorak agar tidak mengganggu pendebat dan pendengar yang lain.

Baiklah, kita mulakan dengan Perdana Menteri, memulakan hujah, kenapa rakyat perlu pilih parti anda dalam Pilihanraya 1995 ini? Masa yang diberikan ialah tiga minit, dengan tiga puluh saat sebelum tamat, akan dibunyikan loceng.

Datuk Seri Azmi: Baiklah, alhamdulilah, segala puji bagi Allah. Assalamualaikum, saya, Datuk Seri Azmi Ibrahim, merupakan Perdana Menteri, dan calon Ahli Parlimen Padang Tinggi, ingin membentangkan manifesto kami dalam pilihanraya ini.

Sepanjang penggal lalu, dari tahun 1990 hingga 1995, kerajaan telah berjaya meningkatkan prestasi ekonomi semasa. Kita juga telah berjaya melaksanakan banyak program pembangunan, terutamanya dalam bidang infrastruktur, yang telah menjadi keutamaan Parti Persekutuan sepanjang menjadi kerajaan.

Kami juga telah berjaya membawa pelabur luar untuk melabur ke negara ini dalam pelbagai jenis sektor, dan meningkatkan pendapatan rakyat dari purata RG1,283 pada tahun 1990, kepada RG3,310 pada tahun 1994. Kita berharap kita akan dapat bertahan daripada krisis ekonomi ini agar kita dapat meningkatkan keupayaan negara kita. Sekian, terima kasih.

Tengku Ariffin: Encik Shahrizal, balas anda?

Shahrizal Hamdi: Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya melihat kenyataan Datuk Seri Azmi seperti 'syok sendiri', dengan menyebut angka-angka, tetapi tidak menyedari realiti bahawa hakikatnya rakyat telah tersepit akibat krisis ekonomi ini.

Tahu tak, hari ini, laporan berita dari Wall Street Journal, mengatakan Gelanggayu bakal kehilangan 200,000 peluang pekerjaan akibat pelabur asing yang mahu keluar dari negara ini.

Tidakkah Datuk Seri Azmi cakap tu tak sama dengan realiti yang berlaku?

Datuk Seri Azmi: Ekonomi kita jatuh akibat diserang spekulator mata wang...

Shahrizal Hamdi: Itu semua alasan, Datuk Seri. Kita boleh salahkan spekulator mata wang, kita boleh salahkan Zionis, salahkan Freemason, salahkan Nazi dan Klu Klux Klan, macam dalam lirik lagu Bukalah Hatimu. Tapi hakikatnya satu, sistem ekonomi di negara ini tidak terbuka seperti negara-negara jiran. Setiap pelaburan, akan ada bahagian ke keluarga tertentu yang membolot hasil negara ni.

Sidang DewanKde žijí příběhy. Začni objevovat