1987 part 4

475 19 2
                                    

Ke hadapan Hanis,

First of all, saya memilih untuk menulis surat sebab nak rasa lebih authentic. Mungkin atas kesunyian hari ini, saya menulis surat ini.

"Aarrrggh, amende aku nak tulis ni, gila!"

Kertas yang dah berapa puluh helai aku cuba menulis surat. Ternyata benda ni terlalu susah untuk Generasi X macam aku.

Sebab sejak wujudnya telefon rumah di Gelanggayu yang pesat sejak 70an, aku dah tak biasa nak tulis surat macam zaman abah atau atok nenek aku bercinta dulu!

Aku terus telefon rumah dia. Tapi mungkin belum sampai rumah lagi. Atau mungkin dia letih.

Esok sahajalah aku telefon. Kan bagus kalau ada telefon yang boleh bawak dengan tangan macam Datuk Seri Azmi tu?

Aku cuba menulis lagu, dengan menekan-nekan keyboard synthesizer tu.

"Kenangan yang termanis, kau yang bernama Hanis..."

Aku pukul bibir aku. Tapi betul lah, perkataan yang rhyme dengan manis, ialah Hanis? Kalau Natasha, perkataan apa yang rhyme dengan Nat?

Perkataan yang rhyme dengan Nat, semua berakhir bunyi jahat. Khianat, laknat, lahanat.

Apa aku merepek ni?

Sedang aku menulis surat tu, aku dengar pintu rumah aku diketuk.

Aku buka pintu dan aku nampak Natasha di depan pintu.

"Dah malam ni."
"Alan, I need to talk to you."
"You sendiri cakap I kera sumbang kan?"
"Look, Alan. I'm sorry. I wish you accept my apology. I regret for what I said."
"Masuklah," aku cuba mendengar dari dia pulak.

"I buat air," aku ke dapur, masak air dan milo.
"I'm sorry, I nampak you dengan chessboard tu. Maybe you pissed off dengan I sebab I tak boleh fokus nak lawan chess dengan you."
"I have nothing against video games," aku menggodak air milo.

"I faham, mungkin you tak minat into kind of technology, suka benda-benda old school, I get it. And you pun tak suka riuh rendah."

Aku hanya memandangnya sambil letakkan ketulan ais dari freezer.

"Sebab tu you boleh kawan dengan my dad, kawan dengan Pengetua, but you need to accept the fact that you're still young. Jangan sampai tua sebelum waktunya. Enjoy your youth, nanti bila dah tua, you'll going to miss it."

Aku hulurkan mug kepada Nat, dan aku kembali ke ruang tamu. Aku duduk dan aku hanya diamkan diri sahaja.

"Alan, kenapa diam je?"
"I nak dengar your explanation, sebab tu I bagi you masuk."
"Explanation?"
"Pasal kera sumbang tu. I nak you explain yang tu."
"Pasal kera sumbang tu, semua orang kat HouseNoizy cakap macam tu. Dorang cakap you ni stucked up. Orang nak lepak dengan you pun segan. I know you berkawan dengan Pengetua, but don't let his old mindset eats you."
"Sebelum Pengetua jadi kawan I lagi, I dah memang macam ni."
"So please change it. Kalau tak, susahlah I nak kena adapt. I memang jenis extrovert. You sendiri nampak. I ni jenis mudah peramah."
"Jadi, you nak I jadi peramah?"
"Bukanlah mulut becok, tapi bergaul. If you don't like it, fake it until you make it. There's no harm trying?" Natasha menggenggam tangan aku.

"I datang ni sebab I memang mengaku I salah dalam hal ni. Sebab tu I nak minta maaf, sebab I sayang you sangat-sangat. I understand your introvert issues ni dah banyak kali terbangkit. I have nothing against the wallflowers, it's just I'm being me," kata Natasha.

"And I'm being myself too."
"I know, but can you have a little bit compromise? Please? Lagipun, Luqman kan best friend you. Dia sendiri cakap dengan I tadi."
"Tak tau pulak dia anggap I macam tu."
"Next Saturday, you, I dengan Luqman, kita main game Nintendo, okay? I ajar you main Super Mario."
"I kerja la hari weekend."
"Kerja apa?"
"Cashier Pasaraya Sri Intan."
"Kerja cashier je pun."
"Nat, I'm working," aku tekankan sikit nada aku kat 'working' tu.
"Okay, Alan. I'm sorry. I didn't mean that. Berapa gaji you? I boleh minta my dad suruh you kerja kat company dia sementara you belum masuk universiti."
"Nat, it's not about money."
"Then it's about what? Why wasting your youth for something like working?"
"Because I believe my dad teaches me to not being a spoil brat."
"Alan..."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now