1991 part 6

197 12 0
                                    

Kereta aku berhenti di depan rumah Tengku Ariffin di 2 Jalan Cendana. Madam Suzaine sedang menyiram pokok rosemary yang ditanam di laman rumahnya.

"Allo, madam. Bonsoir!"

Aku ucapkan selamat petang.

"Pardon moi? Quel est votre nom...?"

Ah, sudah dia ni. Asyik lupa je nama aku. Jenis memori dia memang memori ikan emas. Tapi dah Tengku Ariffin suka perempuan Perancis, pelupa pun pelupalah.

"Je m'appelle Azlan."
"Oohh bien, bien!"

"Votre mari est à la maison?"

Aku tanya Tengku Ariffin dah sampai rumah ke belum.

"Il est en route. Quinze minutes."

Dalam lima minit lagi dia sampai, dia dalam perjalanan pulang. Aku terus longgarkan sedikit tali leher aku.

"Tengku Aminah est-il à la maison?" aku tanya anak perempuan dia ada kat rumah ke tak.

"Oui, elle est dans sa chambre."

Dia kat bilik dia. Mungkin sedang bersiap.

Hari ini hari lahir Tengku Aminah ke-18. Tapi mana kawan-kawan atau saudara-mara dia yang lain?

"Où sont les autres amis de Tengku Aminah?"

"Non, elle ne vous invite que comme son invitée," jawab Madam Suzaine, yang kata dia cuma jemput aku seorang sahaja dalam birthday dia yang ke-18 ni.

Aku cuma naikkan kening. Dan duduk di kerusi luar rumah, menunggu kepulangan Tengku Ariffin.

Beberapa minit kemudian, sebuah van caterer datang membawa kek hari lahir.

"Joyeux anniversaire de 18, Mina!" tertera pada kek itu.

Beberapa minit kemudian, Tengku Ariffin pula tiba.

"Bonsoir, mon cheri," Tengku Ariffin bercium Perancis dengan isterinya.

"Mina est-elle prête?" tanya Tengku Ariffin pada Suzaine.
"Elle est dans sa chambre. Comment va ta journée, bébé?"
"Trépidant! La guerre de Nord est désormais hors de contrôle, et je dois en quelque sorte penser à la sécurité de notre équipage dès maintenant."

Tengku Ariffin pening kepala tentang situasi perang yang berlaku di Wilayah Utara. Nampak serabut.

"Lama sampai?" terus dia menghulurkan salam pada aku.
"Baru je," aku terus salam cium tangan.
"Mina dalam bilik dia. Kau tunggu kejap."
"Tau, Madam Suzaine dah cakap pada saya."
"Kau tanya dia bahasa apa?" Tengku Ariffin tanya aku.
"Perancis. Kat sekolah memang ambik bahasa tu."
"Je suis impressionné, Azlan."
"Merci beaucoup."
"Jom, masuk rumah."

--

Tengku Aminah memakai baju gown yang pernah digayakan oleh Tatjana Patitz, supermodel dalam majalah Elle edisi September 1990.

Aku hafal sebab setiap kali aku tunggu Natasha buat rambut dia, aku akan belek majalah tu.

"Alors, Mina, quel est ton plan après ça?" tanya Tengku Ariffin sambil mengunyah hors d'oeuvres atau makanan kudapan sebelum menanti main course.

Hors d'oeuvres yang dimakan Tengku Ariffin ialah roti kecil yang diatasnya ada cream cheese dan salmon diatasnya.

"Aller à l'université, étudier les médias et se préparer à contrôler le monde."

Masuk universiti, belajar media dan bersedia mengawal dunia.

Tengku Ariffin ketawa besar.

"Vous avez une mentalité de méchant, Mina."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now