2000 part 11

198 11 0
                                    

Tengku Ariffin berjalan menuju ke anaknya Tengku Aminah semasa majlis mengangkat sumpah Luqman di balairong istana, dan kemudiannya berbisik kepada anaknya.

"Kalau nak selitkan Azlan dalam kuasa, inilah masanya," kata Tengku Ariffin.
"Saya kena buat apa?"
"Uncle Norm nak jumpa Mina dan Azlan. Private."
"Dekat mana?"
"Undisclosed location," kata Tengku Ariffin sambil menghulurkan sekeping envelope.

Mina terkebil-kebil. Dia buka sampul surat itu, dan ada dua keping tiket ke London.

--

Azlan

Mina berlari ke arah aku, macam ada perkara yang urgent.

"Sayang, jangan lari. Awak tu pregnant," kata aku.
"Kita kena pergi London," kata Mina.
"London? Kenapa?"
"Jangan banyak tanya."

Dua keping tiket kapal terbang berserta wang tunai berjumlah £10,000 ditunjukkan kepada aku oleh Mina.

"Uncle suruh kita pergi," kata Mina. Aku mengangguk sahaja, memandangkan dia bakal Tengku Mahkota.

Jadi aku memandu kereta Jaguar ke 2, Jalan Cendana, kemudian aku bersiap terus ke lapangan terbang.

Aku rasa pelik, walaupun menaiki kapal terbang kelas eksekutif, tapi kenapa tak naik private jet sendiri je macam biasa? Pada aku ini macam pertemuan rahsia.

--

Aku tiba di London dan disambut oleh orang-orang dari istana hinggap Sultan Aminul Rasyid.

Baru aku dapat tahu yang sejak Piala Asia, Sultan Aminul Rasyid dalam keadaan gering. Baginda berulang-alik ke hospital kerana mengalami masalah buah pinggang kronik akibat terlalu banyak minum alkohol.

Semua ahli keluarga al-Daulah berada di rumah itu, kecuali Jimmy.

Aku diberi peluang, selaku suami kepada Mina, untuk melawat baginda yang sedang dalam keadaan gering.

Sultan memandang aku, kemudian dia tersenyum.

"Sebijik muka macam ayah dia," kata Sultan Aminul Rasyid sambil belai muka aku.
"Ampun tuanku," kata aku.
"Mina..."
"Ya, nenda?"
"Dulu, ayah si Azlan ni jaguh catur. Jadi jiran nenda. Arwah Mamat. Pandai main muzik. Perempuan semua nak lekat dengan dia."

Mina menjeling keras ke arah aku.

"Anaknya pun sama, nenda!"

Aku diam sahaja. Aku syak dia macam dah dapat hidu hubungan aku dengan Natasha. Tapi aku tak nak mengeruhkan keadaan.

"Mina, Azlan. Mari sini. Uncle nak cakap kejap," kata Tengku Norman kepada aku dan Mina.
"Patik beransur dahulu, Tuanku. Ampun tuanku," kata aku.
"Ya, baiklah."

Tuanku Sultan picit pipi aku, kemudian membelai rambut aku. Macam aku ni pulak cucu dia. Cucu in-law lah agaknya.

Aku dan Mina kemudiannya duduk di kerusi rotan yang menghadap padang di Primrose Hill.

"Berapa umur kau sekarang, Azlan?" tanya Tengku Norman sambil hisap cigar.
"31 tahun, Uncle."
"Ayahanda dah tak lama lagi dah tu. Dan tak lama lagi, aku kena bersedia."
"Faham, uncle."
"Malangnya anak aku baru umur 18 tahun. Dan dari perwatakan dia ni, aku tak rasa dia bersedia."
"Kenapa?"
"Entah. Terlaluuuu...lembut. Lemah."

Aku pandang anak Tengku Norman, Tengku Danish sedang berbual dengan Tengku Ariffin di laman.

"Jadi, uncle nak saya buat apa?" tanya aku.
"You see, kau punya rekod ni, colorful, Azlan. Kau ada sejarah dengan Jeneral Yahya Atan. Aku susah nak percaya pada kau. Puak Sayap Kuning semua nak hapuskan kau. Tapi sebab Mina ni anak buah kesayangan aku, aku jaga kau. Sebab dia sayangkan kau."
"Faham, uncle."
"Malangnya, Wan Radzi pun nak tikam aku dari belakang dengan nak side dengan si Jimmy. Sekarang ni, Luqman dikawal oleh Jimmy. Kau tau kan?"
"Tahu, dengan Hafiz."
"Yes, that billionaire. Aku dengar dia ada problem dengan kau?"
"Ya, uncle."
"Dia minta aku untuk hancurkan kau sebab apa yang kau buat pada dia tu, teruk sangat. Dia dah banyak invest pada aku untuk pastikan kau tak boleh hidup kat mana-mana pun."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now