1989 part 8

266 17 0
                                    

Natasha

I memang tak boleh fokus main chess tadi dengan dia. I masih tak boleh terima, dari ramai-ramai perempuan, perempuan tu juga yang ada dengan dia.

I know dia tu anak kepada kawan my dad, but why dia selalu nak dekat dengan my Alan?

Sejak masuk universiti, dah jadi popular di universiti, dia dah jadi orang lain. He's not Alan I used to know.

I tak kata dia lupa diri. Dia still layan I dengan baik. Dia masih lagi datang rumah I, borak dengan my mom and my dad. But he's changing. Dia bukan Alan yang I mula-mula kenal masa wedding Kak Maria dulu.

I admit, I agak judgmental dengan kawan-kawan dia. Dulu, masa I gaduh dengan dia pasal Ali, dia tahan balik rumah jalan kaki sebab dia percaya his friends above everyone's else, termasuklah I sebagai girlfriend dia sendiri.

I sedar benda tu, and sebab tu lah I cuba rapat dengan Ali, and it did well. Ali pun okay dengan I.

But this girl, it left me scar inside my heart to see dia and Alan bermesra macam tu. You ingat I tak tau ke yang Alan selalu bermesra-mesraan, selalu keluar sama-sama dengan perempuan tu?

You ingat I boleh percaya ke kalau dia kata "we just friends"?

Wijayapura ni maybe a big city, but I have a lot of friends here and there. Bila I dapat tahu perangai dia macam ni, I selalu tanya diri I, apa salah I sampai dia buat I macam ni?

I tak nak break up dengan Alan. I believe kalau I mampu convincekan dia yang I truly love him, he wouldn't go anywhere. I still believe in him, walaupun ramai kawan I cakap I ni stupid.

Cindy, especially. But bukannya I tak tahu niat Cindy tu. I know she had crush on Alan for many years. No wonder la masa mula-mula tu Cindy kata dia ni playboy la.

But Alan wants me and that's why Cindy bukan main lebih-lebih cakap pasal ni.

But, despite that, I still in love with him. But I don't know what to do. Lagi pulak, next year I pergi UK, berjauhan dari dia. Lagi lah I tak tenteram.

I harap hati dia tak pernah berubah dari I. I still believe this relationship can be saved. Tapi, how to make that girl go away?

--

Azlan

"Kau perlu beri tumpuan kepada pemilihan MPP ni. Walaupun strategi radio kolej kau setakat ini nampaknya berjaya, tapi kalau kau asyik ponteng kelas dan selalu miss deadline assignment, markah gred semester kau akan rendah. Kau tau kan, untuk jadi MPP, paling rendah pun B-?" kata Pengetua pada aku di bilik Penggawa.

"Saya minta maaf, cikgu. Saya memang cuba untuk menang dalam pilihanraya ni."
"Tapi jagalah perkara hakiki macam markah gred semester ni. Janganlah sebab kau sibuk sangat dengan radio kolej tu, kau sampai lupa nak tumpukan pada pelajaran?"
"Saya siapkan semua assignment..."
"Tapi kau dah mula ponteng kelas. Kau dah mula buat perangai lama kau balik. Azlan, aku cuba sedaya upaya untuk beri laluan kepada kau, untuk mencapai cita-cita kau. Tapi kalau kau tak boleh nak dengar nasihat aku, apa yang aku buat ni, sia-sia."

Aku hanya diamkan diri. Nampak sangat kekecewaan Pengetua terhadap perangai aku.

"Cuba kau cakap dengan aku, apa masalah kau sekarang?" tanya Pengetua, sambil bakar curut, silang kaki.

"Tak ada masalah."
"Habis tu kenapa kau tak pergi kelas Dr Ariff tadi? Dia mengadu pada aku yang kau dah dua kali buat macam ni. Lagi sekali kau tak datang kelas tanpa surat doktor, memang dia barred kau dari masuk exam hall. Kau tak boleh masuk exam hall, kau rasa kau boleh lulus ke kalau core subject kau gagal?"

Sidang DewanTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon