1989 part 2

257 13 0
                                    

Azlan

"Kau kenapa termenung jauh ni?" tegur Joe Kambing, yang merupakan bassist kepada Digital Tribe.

Orang panggil dia kambing bukanlah sebab dia berbau kambing, tapi ayah dia berniaga lamb chop di tepi jalan. Aku ikutkan nak je bawa Natasha ke sini, tapi sebab dia mungkin dah biasa makan di St Pierre, aku malas la.

Hari tu steak dia termasak lebih sikit pun dia dah bising. Natasha ni kalau nak makan steak, dia suka medium rare je.

Aku jenis tak kisah. Kalau orang buat rare pun aku makan, orang buat level well done pun aku makan. Level congratulations pun aku makan.

Anyway, hari ni ada meeting band Digital Tribe. Tujuan aku dipanggil ialah sebab mereka dapat jemputan dari Universiti Wijayapura, universiti aku untuk perform sempena graduation day.

"Takde tempat lain ke nak perform?" kata aku, melepaskan keluhan paling berat.
"Ala Lan, kau pun perform pakai helmet kau tu. Orang takkan cam kau punya."
"Kepala hotak kau orang tak cam aku. Hari tu aku hampir-hampir kantoi, budak kelas aku nampak aku pakai helmet tu."

Just in case, Digital Tribe ni dibarisi oleh Acap (vocalist), Joe Kambing (bassist), Abu Kidal (guitarist), Jamal (drummer) dan Mat Danger (keyboardist/guitarist), iaitu aku.

Aku dah pernah cakap kan, aku pakai helmet tu sebab aku tak nak orang cam aku.

"Aku paling pelik kan, dalam ramai-ramai antara kita ni, si Mat Danger ni paling ramai gadis yang kejar. Selalu vocalist ke, guitarist ke," kata Acap, sambil kunyah lamb chop.

"Entah, mana je kita perform, semua para gadis tanya, Mat Danger mana? Buat penat je aku goreng gitar macam Malmsteen," kata Abu Kidal.

"Sebab style doh pakai helmet sambil perform," kata Joe Kambing.

"Weh, apa kata kau buat gimik?" kata Jamal.

"Apa dia?"
"Memandangkan dah ramai gila para gadis tanya siapa Mat Danger, apa kata kau bukak je helmet kau masa performance tu nanti. Mesti confirm kita punya demo kaset akan laku keras!" kata Jamal pada aku.
"Ah, tak nak la aku."
"Come on Lan, do it for the band la."
"Kalau para gadis kejar aku, mampos aku. Natasha aku macam mana?"
"Kalau gadis kejar kau, kitorang kawan-kawan la akan membantu. Kau tau, aku dapat tau baru-baru ni, kita dah ada fan club, kau tau tak? Ada perempuan, orang Kwantung tapi duduk sini..." Joe Kambing cerita dengan excited.
"Cindy..." aku terus je jawab. Aku dah tau siapa.
"Kau kenal ke budak perempuan tu? Kau ni, hero para gadis seluruh Gelanggayu la, Mat Danger. Macam mana kau kenal dia?" tanya Acap.
"Kawan Nat. Budak kelas aku dulu tu."
"Payahlah semua Nat dah block kau. Susah la kau nak jadi kasanova, Lan!" kata Abu Kidal.

Semua berdekah ketawa.

"Joe, kasi aku lamb chop satu!" kata Acap.
"Jap, aku cakap dengan bapak aku."

Tapi aku terfikir cakap Jamal tadi, kalau betul la gimik tu berjaya, aku boleh berkempen untuk pilihanraya kampus tahun ni.

Basically pilihanraya kampus di UW macam ni, setiap ada 20 kolej kediaman dalam universiti.

Kolej kediaman ini akan memilih 10 orang untuk pentadbiran pelajar di peringkat kolej. Daripada 10 tu, ada tiga orang akan dipilih untuk ke Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Ahli MPP ni kira macam ahli parlimen, tapi peringkat kampus. Jadi jumlah kerusi ada 60 la kalau macam tu.

Kalau betul la karektor Mat Danger aku ni diminati para gadis, kalau aku buka helmet, mesti ramai akan mengundi aku, ye tak?

Tak nak. Aku rasa elok aku kekalkan misteri Mat Danger tu. Kalau orang dah tahu siapa Mat Danger tu, takde la misteri lagi, walaupun dah ada segelintir yang tahu.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now