1997 part 2

192 11 1
                                    

Gabenor Kenidiri hilang, dipercayai diculik

KOTA MERAH - Gabenor Kenidiri, Haji Ghani Abdul Rahman, dilaporkan hilang selepas menghadiri majlis doa selamat anaknya di ibu negeri, Kota Merah, dua hari lalu.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhammad Amin, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

Dalam sidang media ringkas di ibu pejabat kontigen polis di sini hari ini, Muhammad Amin tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh golongan pemberontak pemisah Kenidiri, yang bekerjasama dengan Gerakan Melaut Merdeka (GMM) dan Lamas Liberation Front (LLF).

--

Datuk Rahizan murung mendengar laporan berita itu. Ini kerana Haji Ghani merupakan salah seorang pengikut yang setia dengannya sejak dia mula aktif dalam politik.

Kehilangan Haji Ghani amat pelik, kerana pengawal peribadinya pun tidak tahu ke mana dia menghilang selepas majlis doa selamat anaknya itu.

Nak tak nak, Datuk Rahizan kena bersedia. This is not a walk in the park, bak kata pepatah orang Inggeris. Dalam politik ada pepatah, "the higher the mountain, the more treacherous the path. The road to power is paved by hypocrisy and casualties."

Haji Ghani mungkin boleh dianggap sudah mati, dan Datuk Rahizan perlu mencari pengganti baru. Masa terus berjalan, kerana ada tiga tahun lagi sebelum tahun 2000, di mana Datuk Seri Azmi perlu digulingkan.

Dia menanti apa kata Ketua Polis Negara, dan sementara ini, Datuk Rahizan perlu mencari pengganti untuk Haji Ghani.

--

Datuk Seri Azmi mundar-mandir memikirkan reputasi dan karier politiknya sebelum dia melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tahun lalu, Tengku Mahkota dah beri tempoh kepadanya selama dua tahun untuk dia singkirkan orang-orang pro-Rahizan, bukan sahaja dalam parti, tetapi dalam ketua jabatan, agensi dan agen-agennya.

Jika tidak, Parti Persekutuan akan dihancurkan oleh Tengku Mahkota.

Datuk Seri Azmi tahu siapa punya angkara yang menculik Haji Ghani, walaupun dia tak tahu apa nasibnya. Tapi, dia agak, kemungkinan Haji Ghani sudah dibunuh.

Dia perlu mencari orang yang setia kepadanya untuk mengukuhkan kedudukannya.

Sekurang-kurangnya, dapatlah dia duduk satu penggal di pejabat baru Perdana Menteri di ibu negara baru, Kota Warisan yang sedang dibina.

Dia buka email peribadinya. Dan ada satu unread message.

Dia nampak ada penghantar bernama Jenna Jameson menghantar email dengan tajuk "Rahizan's pic".

Dia terus klik pada email tersebut, gambar-gambar dia bersama seorang lelaki dalam keadaan mesra.

"Rahizan main tebuk belakang?"

Datuk Seri Azmi tersenyum. Dia telah berjaya mendapatkan peluru emas yang mampu menamatkan karier politik Datuk Rahizan.

"yOu wAnT mOaR??? pRePaRe US$2M aNd I gIvE yOu mOoAaRRrrrr..."

Setakat $2 juta dolar Amerika, dia boleh cari. Asalkan dia dapat tamatkan karier Datuk Rahizan yang menjadi duri dalam daging Parti Persekutuan.

--

"Sidek, aku nak kau cari Jenna Jameson ni, lepas tu secure tempat, aku nak buat deal."
"Baik, Datuk Seri."

Datuk Seri Azmi tersenyum puas.

"Jangan harap kau dapat cium bau karpet pejabat Perdana Menteri baru di Kota Warisan, Rahizan!"

Dulu dia dah dapat gambar-gambar gay Rahizan dari Mina, kali ini dari dari 'Jenna Jameson'.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now