1985 part 10

397 17 0
                                    

Datuk Abdullah menaiki pickup Chevrolet Silverado 1979 bersama Pengetua, sementara Datuk Mohd Nor bersama Luqman menaiki Toyota SR5 1980.

Mereka tiba di rumah aku, memandangkan jalan untuk ke Bukit Irong kena lalu Puncak Jaya, jadi sekali jalanlah.

Memandangkan Pengetua, Datuk Mohd Nor dan Datuk Abdullah datang rumah aku, aku kena kemas rumah, dan buat teh sebelum bergerak.

"Assalamualaikum," pintu diketuk. Kedengaran seperti suara Luqman.

"Waalaikumsalam. Masuklah rumah ni, maaflah. Kena kemas rumah dulu sebelum bertolak."

Datuk Mohd Nor datang ke dapur, dan ucapkan tahniah sebab berjaya dalam misi aku untuk yakinkan Luqman untuk pergi berkelah dan keluar dari rumah.

"Saya nak ucapkan terima kasih pada kamu, Azlan. Sebenarnya, saya dan isteri dah mati akal, macam mana nak buat Luqman ni, ada sifat memimpin. Jadi berani, jadi orang yang kuat. Tapi sejak Pengetua suruh kamu berkawan dengan Luqman ni, dah nampak perubahan sikit. Kalau dulu, main permainan, bersepah rumah. Sampai dah umur dah besar macam ni. Sekarang ni masih main mainan lagilah, cuma dah pandai kemas sendiri."

Main mainan? Aku tak pernah tahu pun mainan tu apa. Pada aku, mainan ni hanya untuk budak kecik.

Tiba-tiba Datuk Mohd Nor salam cangkuk.

"Eh, apa ni, Datuk?"
"Upah kau, tolong kami."
"Jangan macam ni, Datuk. Saya ikhlas kawan dengan Luqman."

Sembang ikhlas. Padahal kena paksa dengan Pengetua.

Aku pulangkan balik kepada Datuk Mohd Nor, tapi Datuk Mohd Nor menolak.

"Simpanlah. Buatlah belanja sekolah, belanja barang rumah. Kalau rasa susah dan perlukan bantuan, Insya-Allah, saya sendiri tolong kamu."

Aku mengangguk faham. Tapi aku tak perlu mintak bantuan pun.

"Kalau macam tu, terima kasih Datuk."

Aku simpan duit dalam wallet, kemudian aku bawa teh ke depan.

"Jemput minum, Datuk. Jemput minum, Pengetua."

Datuk Abdullah melihat gambar hari raya keluarga aku. Dia kemudiannya menitis air mata.

"Ni gambar arwah ayah saya," kata aku.
"Ya, aku kenal. Kenal sangat dengan ayah kau. Kami berkawan baik. Dia ajar aku macam mana nak memancing, hidupkan api pakai batu."
"Ayah saya memang ada perangai kampung dia, walaupun dah sampai ke Amerika."
"Amerika pun ada kampung juga."
"Betul tu."

Datuk Abdullah merenung muka aku, kemudian dia tersenyum.

"Macam muka ayah kau. Saling tak tumpah."
"Bezanya dia rambut lurus, rambut saya ikal mayang."

Aku tunjukkan Luqman bilik aku. Soalan pertama dia, tak ada TV ke dalam bilik? Aku jawab, aku tak minat. Ada la keyboard dan synthesizer, dan pemain vinyl dan hi-fi stereo peninggalan arwah ayah aku..

Dia tengok koleksi kaset aku dari pelbagai genre dari Spandau Ballet ke Pink Floyd, dari David Bowie ke Francesca Peters.

"Okay budak-budak, kita nak gerak ni!" jerit Datuk Mohd Nor dari ruang tamu.

"Kejap, saya basuh cawan ni dulu, lepas tu kita gerak."

Ketika Datuk Mohd Nor baru nak keluar dan sarung kasut, Aziz pulang ke rumah, baru pulang dari kerja. Datuk Mohd Nor tergamam melihat Aziz yang sudah dewasa.

"Sebelum semua cerita terbongkar, baik kau blah cepat," bisik Pengetua kepada Datuk Mohd Nor.

Masa naik pickup tu, aku duduk di belakang pickup, jaga barang. Aku naik pickup Datuk Abdullah.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now