2002 part 3

281 10 0
                                    

Tun Rizal Samad, perdana menteri pertama Gelanggayu, baring bersebelahan Tun Azmi Ibrahim di katil yang berasingan, bermain catur di sebuah wad hospital swasta.

Tun Rizal sakit tua, sementara Tun Azmi yang dahulunya ada masalah jantung, sedang menjalankan rawatan di hospital yang sama.

Sejak Tun Azmi masuk ke hospital, mereka berdua menjadi kawan baik dengan bermain catur bersama.

"Apasal kau tak mampos lagi, Rizal? Umur dah cecah 100 tahun, tak mati-mati," kata Tun Azmi sambil gerakkan buah catur.

"Nak buat macam mana, belum ajal," kata Tun Rizal.

"Banyak dosa kau ni agaknya. Tuhan nak suruh kau bertaubat," kata Tun Azmi.

Tun Rizal ketawa kecil.

"Masa kita dah habis, Mi. Duduk rumah baca Yasin je lah."

Tiba-tiba Tun Azmi senyap, tak bersuara.

"Eh, baru cakap, dah meninggal dah?"

Beberapa saat kemudian, Tun Rizal baring, kemudian pejamkan mata, dan ucapkan alhamdulilah, sebelum mengucapkan kalimah syahadah, dan melepaskan nafas terakhir.

--

Tun Rizal, dan Tun Azmi Ibrahim meninggal dunia - Wijaya Times

Mantan perdana menteri pertama, Tun Rizal Samad dan mantan perdana menteri keempat, Tun Azmi Ibrahim meninggal dunia, malam tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Pejabat Seri Bendahara, sebentar tadi.

Gelanggayu umum berkabung tiga hari sempena kematian kedua-dua pemimpin negara itu.

--

Suasana di kediaman Tun Azmi dalam keadaan yang hiba. Sebagai anak dari isteri kedua, Azizan dan isterinya, Normah serta anaknya, Iman Alyssa yang berusia dua tahun berdiri sahaja di luar rumah, memerhatikan abangnya, Rahman yang memimpin keluarga dari isteri pertama menuju ke tanah perkuburan.

Sebagai anak kepada isteri kedua Perdana Menteri, Azizan sering dipinggirkan oleh ayahnya. Hanya jadi pemandu atau buat kerja-kerja yang tidak menguntungkan dari segi politik.

Tidak seperti abangnya, Rahman yang menjawat bermacam jawatan dalam kerajaan atau dalam syarikat GLC, serta dilatih untuk jadi pelapis ayahnya, Azizan merasakan dirinya seperti terpinggir.

Tetapi Azizan ada cita-cita yang besar untuk menjadi seorang yang besar dalam politik. Dan dia rasa dirinya jauh lebih hebat daripada abangnya.

Bagaimanapun, buat masa ni dia duduk sahaja sebagai ketua pemuda Parti Demokrat. Tak lama lagi akan ada pemilihan. Maka dia perlu naik lagi dan bantu abangnya, kerana buat masa ini abangnya yang ada pengaruh.

Dalam Parti Demokrat, sejak kematian Azmi, tidak ada lagi tokoh yang hebat dalam parti tersebut. Maka mungkin akan berlaku persaingan kuasa antara ketua-ketua kabilah pro Azmi dalam Persekutuan yang semakin hilang pengaruhnya sejak kewujudan Parti Nasionalis.

Walaupun abangnya Rahman dikatakan bakal mewarisi politik ayahnya, tetapi Azizan merasakan Rahman tidak begitu agresif.

Walaupun dia anak isteri kedua, Azizan merasakan legasi Tun Azmi Ibrahim perlu dijaga dan hanya dia sahaja yang mampu menggalasnya.

--

Azlan

Politik Gelanggayu moden dah berubah tiga kali. Kali pertama ialah dari zaman Tun Rizal Samad mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1949, sampailah kudeta 1969.

20 tahun itu selalunya disebut Era Parti Rakyat, atau Era Rizal Samad.

Selepas MARENA tamat pada tahun 1970 sampailah tahun 1999, tempoh 29 tahun itu dipanggil sebagai Era Parti Persekutuan, atau Era Pasca-1969, atau Era Iskandar-Azmi (walaupun ada tiga bulan era Zairi Abu Bakar).

Sidang DewanWhere stories live. Discover now