1993 part 7

228 8 1
                                    

850,000 ahli Parti Jujur dari peringkat akar umbi memilih presiden parti hari ini. Mereka semua mengundi di cawangan masing-masing, dan jumlah undi akan dikumpulkan di pejabat bahagian parti, sebelum diumumkan oleh pejabat pusat di Wijayapura.

Sebagai ahli Parti Jujur, Daniel Hakim merupakan sebahagian daripada mereka yang mengundi dalam pemilihan kali ini. Selain itu juga, dia juga bertanding untuk menjadi Pengerusi Parti Jujur peringkat negeri Wijayapura, yang masih dipegang oleh Ibrahim Abu Samah.

Daniel Hakim juga merupakan faction pro Shahrizal Hamdi, yang dipanggil "Sayap Perubahan Jujur", golongan muda yang mahu menumbangkan old guard, terutamanya mereka yang dah menjadi relik dinosaur dari zaman Parti Rakyat Tun Rizal.

Di rumah, Datuk Rahizan tak senang duduk. Dia mahu apa yang dirancangnya menjadi kenyataan. Dia mahu Shahrizal Hamdi menjadi Presiden Parti Jujur, kemudian akan menjadi Ketua Pembangkang dengan bertanding sebagai ahli parlimen apabila ayahnya, Datuk Hamdi meletakkan jawatan ahli parlimen nanti.

Kerana selepas ini, tugas membongkar kes forex, penyalahgunaan kuasa keluarga al-Daulah serta menggerakkan idea meminda perlembagaan Gelanggayu, terutamanya Perkara 3 dan Perkara 301 yang menjamin kedudukan keluarga al-Daulah dan Sultan sebagai pemerintah Gelanggayu.

Selepas pemilihan ini, langkah akhir ialah memastikan George Soros untuk memanipulasi nilai matawang, dan seterusnya menjatuhkan ekonomi Gelanggayu. Dengan ini barulah IMF akan mencelah masuk dan memberikan syarat-syarat ketat untuk pinjaman, termasuklah memaksa keluarga al-Daulah untuk melepaskan harta dan aset mereka untuk dijual.

Dan pada masa itu, Nadi Citra yang dipimpin oleh Datuk Mohd Nor, akan membeli semua saham-saham itu dan keuntungan itu akan membiayai pergerakan golongan republikan.

Walaupun Shahrizal Hamdi merupakan pemimpin yang popular dari kalangan orang muda, tapi ahli parti yang tua lebih gemarkan Ibrahim Abu Samah sebagai pemimpin parti.

Terdapat 200 perwakilan yang akan memilih Presiden berdasarkan jumlah kerusi Parlimen dalam negeri-negeri seluruh Gelanggayu.

Dalam perancangan, Shahrizal akan mensensasikan isu-isu ini dan ditambah dengan krisis ekonomi, sekaligus memastikan Datuk Seri Azmi tidak ada pilihan lain selain meletakkan jawatan dan memberikan jawatan tersebut kepadanya.

Sekiranya Shahrizal memenangi pemilihan presiden ini, ayahnya akan meletakkan jawatan selaku Ahli Parlimen Kebun Teh, dan dia akan masuk bertanding.

Dengan ini Shahrizal akan lebih kerap keluar TV, dan lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang menyerang institusi Kesultanan Gelanggayu.

--

Setiausaha Agung Parti Jujur, Datuk Shuib Moghni duduk di hadapan kamera, mengumumkan keputusan pemilihan presiden parti.

"Shahrizal Hamdi, 161 bahagian, Ibrahim Abu Samah, 39 bahagian. Presiden baru Parti Jujur ialah Shahrizal Hamdi!"

Shahrizal menaiki pentas, dengan senyuman lebar. Beliau merasa bangga kerana menjadi presiden parti politik paling muda dalam sejarah negara.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada akar umbi, kerana memilih saya sebagai Presiden baru untuk parti ini. Saya berikrar akan menjadikan parti ini sebagai parti yang berkaliber, dan mampu menjadi kerajaan, selepas sekian lama Parti Rakyat dijatuhkan pada tahun 1969 dahulu. Misi saya, Insya-Allah, kita akan menang dalam pilihanraya akan datang. Saya juga akan bertanding dalam PRK Kebun Teh apabila ayahanda saya, Datuk Hamdi meletakkan jawatan nanti, dan sekiranya dipilih, saya akan membawa semua isu rakyat ke Parlimen, dengan tuntas dan bernas, kerana saya sedar dan insaf, bahawa tugas menjadi wakil rakyat, tugas hakikinya ialah untuk rakyat dan hanya kepada rakyat, saya akan berbakti. Terima kasih!"

Sidang DewanHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin