2000 part 5

202 13 0
                                    

"Aunty nak saya gabung dengan Luqman lepas tu padamkan Parti Jujur? Lepas tu kena berbaik dengan Tengku Norman? You must be kidding, Aunty Idah," kata Shahrizal.

Daniel yang duduk sebelah Faridah, hanya memandang sahaja reaksi Shahrizal.

"This is not going to happen," kata Shahrizal.
"Come on, Shah! Tun Azmi akan keluar parti, and Luqman government will collapse," kata Mina.
"Tengku Aminah, so what kalau Luqman jatuh? Lagi bagus. I will be the next Prime Minister since I have most member in Parliament," kata Shahrizal.
"Tapi Shah, tu kalau kita fikir short term," kata Daniel.
"And why is that?"
"Kuasa membubarkan Parlimen terletak di tangan Sultan, dengan Tengku Norman sebagai wakilnya. Luqman can simply dikawal oleh Tengku Norman untuk dia bubar Parlimen. And based on apa yang Aunty Idah provide, from the data and survey we have, Parti Jujur takde prospek untuk menang kalau gerak solo. Persekutuan might be dead, but parti baru Azmi akan menang, back to square one."

Aunty Idah tunjuk data-data yang dia bawa dengan failnya. Shahrizal membelek-beleknya.

"Lagipun Shah, aunty bukan nak cakap apa lah. Tengku Mahkota tak suka you. Ingat you boleh jadi PM ke kalau takde restu dia?" kata Faridah.
"Then how?" tanya Shahrizal.
"Gabung dengan Luqman dan bentuk parti baru yang bernama Parti Nasionalis. Don't worry, we all dah register ROS semua, so semua dah settle dah. You tinggal nak join je," kata Mina.
"Logo dia macam ni je?"
"Zaman sekarang zaman minimalis."
"Well, kalau I join, I jadi presiden kan? Since I parti terbesar."
"No, Shah. Luqman lah jadi PM. Then it's up to him nak pilih siapa timbalan dia," kata Mina.
"Then I tak nak join."
"Then your party will forever takde masa depan," kata Mina.

"Aunty boleh je buat Shah jadi PM, tapi kena sabar sikit. Aunty janji benda ni, tapi ada satu syarat," kata Faridah.
"Apa dia, aunty?"
"Shah, I akan bersara dari politik and will not contest in this general election. Therefore, I nak Azlan bertanding di Puncak Jaya."
"Nak suruh perogol tu bertanding?"

Faridah terus tampar Shahrizal.

"Let's go, Mina. Buang masa je tolong dia ni. Biarkan dia melingkup," kata Faridah.
"Shah, kalau you tak nak setuju ni, I will left the party. I akan bawa semua orang I," kata Daniel.

Shahrizal sudah tersepit.

"I'm sorry Aunty Idah, because I had a bad mouth about Azlan," kata Shahrizal.
"The key of your premiership is Azlan. Sebab I ni Tengku Norman's favorite niece. I boleh tolong damaikan korang berdua, dan you boleh je jadi menteri by this year. Tapi I nak you cooperate dengan we all, untuk tolong Azlan. Because Azlan is my husband," kata Mina.

"Fine, I agree," kata Shahrizal, terus tandatangan borang dan memasuki Parti Nasionalis.

--

Bekas Perdana Menteri, Tun Azmi Ibrahim dan 27 ahli Parlimen Parti Persekutuan hari ini membuat sidang media di Wijayapura hari ini, mengumumkan keluar parti dan melepaskan jawatan dalam parti.

Tun Azmi juga baru selesai mendaftarkan parti barunya, Parti Demokrat dan diluluskan pendaftarannya.

Dengan keluarnya Tun Azmi dan pengikutnya, maka sokongan terhadap Luqman sebagai Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat telah runtuh.

--

Hafiz

Aku dan Jimmy terus sahaja ke Bukit Istana selepas pengumuman Tun Azmi tu. Tak sangka dia masih mampu mengasak. Ingatkan pelan kita untuk meletakkan Luqman dah berjaya.

Uncle Norm sedang rilek menonton bola sepak Piala Asia, yang menyaksikan Gelanggayu menang mengejut 1-0 menentang Uzbekistan.

Pada perlawanan pembukaan lawan Iraq, Gelanggayu menang 2-1, juga dikatakan upset. Dengan kemenangan ini, Gelanggayu dah layak ke peringkat kalah mati, dan kemungkinan akan bertemu dengan Majapahit yang menduduki tempat kedua dalam kumpulan B.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now