1985 part 3

665 22 1
                                    

Azlan

Habis sekolah tu, aku mengikut Pengetua menaiki keretanya. Keretanya kemudian masuk ke perut kota, ke lorong-lorong kecil yang ada deretan gerai seperti pasar malam.

Kereta itu kemudian diletak di depan kedai nombor ekor, yang disebelahnya ada sebuah restoran orang Kwantong.

"Cikgu, kita nak pergi mana ni?"

Pengetua tak jawab, hanya duduk di kerusi di kedai makan tersebut.

Ada seorang lelaki tua Kwantong, berusia dalam 60 tahun, datang bersalam dengan Pengetua.

"Haiya, Jeneral! You sama Jacob lama tala datang sini. Apa machiam?"
"Baik saja Ah Teck. Jacob di Temasek sekarang, sudah kaya," jawab Pengetua.
"You pun sudah kaya ma. Mau minum? Yum cha?"

Pengetua mengangguk.

"Ah Teck, perkenalkan, ini murid saya, Azlan."

"Amacam, business?" tanya Pengetua.
"Dengar cerita kan, next year, election woo! Sikalang aa, kita mau raise fund, untuk pilihanlaya!"
"You bet Ungu atau Hijau?"
"Haiya, susah maa kalau Wijayapura Hijau, tak sama dengan Federal. Tapi, orang sini suka Hijau. Jadi, kita fund dua-dua. Play safe! Federal kita ada, gabenor pun kita ada letak duit juga."

Ungu ialah warna kepada Parti Persekutuan Nasional, parti yang memerintah kerajaan Gelanggayu sejak 1969. Hijau pula adalah Parti Jujur, serpihan dari kerajaan lama yang tumbang pada Pilihanraya 1969.

Perbualan Pengetua dan Ah Teck berkisar tentang perniagaan judi, penyeludupan dadah, sindiket pelacuran.

Aku hanya berdiam diri sambil pasang telinga, dan makan roti bakar kaya yang dibelanja oleh Pengetua. Pengetua kata ini tempat kegemarannya untuk sarapan pagi dengan Uncle Jacob masa muda dulu.

Sambil aku makan roti bakar, aku menonton filem Drunken Master, iaitu kisah Wong Fei Hung (lakonan Jackie Chan) yang belajar dengan Drunken So yang menjadi tok gurunya.

Aku rasa aku pun dah jadi macam Wong Fei Hung dalam cerita ni. Bezanya, Pengetua suka minum wiski, Drunken So suka minum tuak beras.

Selepas setengah jam berbual, Pengetua minta diri.

--

Aku bertanya tentang kenapa Ah Teck menyokong Parti Persekutuan dan Parti Jujur. Kenapa sokong sini sikit, sokong sana sikit. Kenapa ada orang yang macam ini.

"All is fair in love and war," jawab Pengetua, tenang.

Aku terdiam. Apa maksud Pengetua tentang ayat tu?

"Bila kau mula menaruh perasaan cinta pada seseorang, kau akan faham apa aku cakap ni. Begitu juga bila kau dah masuk alam politik. Kau akan perlukan security. Kalau kau bergantung harap kepada satu sahaja, belum tentu yang satu tu akan selamat. Mari, aku bawa kau ke satu lagi tempat."

Pengetua berhenti di sebuah hotel terkemuka di Wijayapura. Minggu ini ada majlis perkahwinan anak perempuan seorang pengusaha ladang tembikai, dengan anak lelaki kepada seorang Ahli Dewan Negeri.

Gelanggayu adalah sebuah negara persekutuan di bawah satu pemerintahan diraja. Ada 10 buah negeri yang bernaung di Gelanggayu.

Ibu negaranya, Wijayapura, merupakan kota yang penuh bersejarah. Ia merupakan ibu negara kerajaan purba Wijayapura sejak tahun 1000 yang diasaskan oleh Raja Gautama, sebelum dijajah penjajah British pada tahun 1858. Wijayapura adalah pelabuhan tersibuk di sebelah pantai timur.

Sepuluh negeri yang lain ialah seperti Melaut, negeri paling hujung di barat laut. Negeri ini jauh terpisah dengan gunung-ganang, oleh itu projek infrastrukturnya hanya tertumpu di bahagian kawasan pantai sahaja.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now