1995 part 3

212 7 0
                                    

Firdaus

Sepanjang aku jadi anggota GELBATT dalam misi pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu, aku menyaksikan ada banyak peristiwa yang menyayatkan hati. Aku jumpa banyak mayat-mayat berselerak di tepi jalan, rumah orang hancur dibedil, bangunan, kedai, masjid, semuanya musnah.

Aku banyak belajar dengan Leftenan Kolonel Abu Bakar tentang selok-belok kehidupan bila kat sini. Leftenan Kolonel cakap, bila jadi tentera, adalah penting untuk faham dua benda, geografi dan sejarah.

Satu petang masa dia ajak aku minum teh semasa kami berehat dari menjaga kawasan di Mostar, bandar lama yang hancur akibat dibedil tentera Republik Srpska, iaitu puak Serb yang tinggal di Bosnia.

"Kau nampak jambatan yang runtuh tu?"
"Nampak, tuan."
"Jambatan tu dah berusia beratus tahun dah. Dari zaman sebelum Uthmanniyah lagi. Kau tau, kenapa Bosnia ni berperang?"
"Perbalahan antara kaum, tuan."
"Simple sangat jawapan kau ni. Dulu, nama negara ni Yugoslavia. Aku rasa kau pernah dengar nama negara ni.
"Ya, tuan."
"Sebelum Yugoslavia ni wujud, ada banyak negara yang pernah jajah tempat ni. Macam kau tengok bangunan yang bentuk macam tu, tu dari zaman Rom tu."
"Zaman Rom tu bila, tuan?"
"Tahun 700 Sebelum Masehi. Macam kau tengok tiang masjid tu, yang tu zaman Uthmaniyyah. Bangunan yang sebelah tu, tu zaman Austria-Hungary. Yang lagi satu, tu zaman Alexander The Great. Yang rekabentuk moden sikit tu, tu zaman komunis Tito."
"Banyak penjajah kat sini, tuan."
"Bila penjajah datang, dia bawa pengaruh dia ke sini, jadi ada orang nak ikut Greek, ada orang nak ikut Turki, ada orang nak ikut Austria, ada orang nak ikut Rusia. Jadi lepas habis perang, Jozef Tito, presiden Yugoslavia ni dia satukan semua negara ni bawah satu sistem kuku besi untuk mengelakkan semua orang bergaduh."

"Susah nak faham sejarah negara ni, tuan."

"Lepas tu, kau kena tengok geografi dia. Sebelah atas, negara Eropah. Negara Eropah ni kebanyakannya NATO. Sebelah timur, Rusia. Walaupun Perang Dingin dah tamat dan Soviet dah kalah, tapi Rusia masih ada lagi. Sebelah bawah, Turki, yang semakin membesar ekonomi dan nak kembalikan Uthmaniyyah. Jadi tiga kuasa ni bergaduh dan nak berebut kawasan."

"Apa tujuan kita kat sini, tuan?"
"Sebab Gelanggayu ni ahli United Nations. Dan kalau dah ikut United Nations, mestilah kena ikut cakap Amerika. Tapi kehadiran kita kat sini pun sebab dari kalangan negara OIC pun, Gelanggayu dipandang tinggi."

Benak kepala otak aku nak proses kata Leftenan Kolonel ni.

"Macam ni lah, habis misi kita di Bosnia ni, bila kita balik ke Gelanggayu, aku bawa kau jumpa mentor aku, Jeneral Yahya Atan."

"Saya pernah dengar nama tu, tuan."

"Ya, dia memang seorang yang legend. Nanti kau tahulah, kenapa."

--

Pengetua duduk bersama Datuk Mohd Nor di sebuah kafe di Zurich. Dia memesan espresso, dan sepotong kek coklat.

"Macam mana kat Gelanggayu sekarang, Pengetua?"
"Everything is running according from the plan."
"Anak saya, macam mana?"
"He needs to focus. To be an Ace is not an easy job."
"Dia memang macam tu. Daripada dia kecik, dia hanya boleh fokus kat komik, dengan video games. Dia tak macam abang dia."
"Bukan aku nak merendah-rendahkan anak kau, Mat Nor. Tapi, ini bukan tugas mudah. Aku harap kau faham bab ni."
"Nanti saya marahlah kat dia."
"Tak perlu, Mat Nor. Dah ada orang boleh tolong dia."
"Siapa?"
"Natasha. Cuma Natasha hanya iring dia je. Dia je yang kena buat kerja."

--

"Luq, cepatlah discuss pasal sidang media nanti. You yang nak bertanding ke, I yang nak bertanding?" Natasha dah mencekak pinggang.

"Kejap, kejap. I tengah lagi sikit je nak menang ni. Ambik kau, M Bison! Sonic boom!"

Masuk ni dah tiga jam Luqman main game Street Fighter. Natasha jadi bosan dibuatnya.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now