1986 part 4

349 16 0
                                    

Yang Amat Berhormat,
Perdana Menteri Gelanggayu,
Seri Bendahara,
Kompleks Kerajaan Utama,
Kerajaan Gelanggayu al Daulah
50000,Wijayapura

Tuan Yang Berhormat,

Saya Azlan bin Muhammad Niat, dari Kolej Melayu Wijayapura mengarang surat ini dengan rasa rendah diri, ingin melihat Gelanggayu untuk menjadi sebuah negara yang maju dari segi industri aero angkasa.

Sejajar dengan budaya ilmuwan Islam, seperti al-Biruni dan ibn-Haytham, bangsa Gelanggayu juga perlu melahirkan para astronomi yang berjaya.

Tragedi kapal angkasa Challenger yang meletus awal tahun ini adalah tragedi yang melukakan hati. Namun, itu bukan bermakna ia adalah halangan untuk manusia untuk mencapai ke angkasa.

Di Tanjung, Melaut, merupakan tempat para ulama untuk melakukan rukyah dalam memerhatikan anak bulan, untuk menentukan ibadah berpuasa dan hari raya.

Jika pembangunan industri aero angkasa ini disadur dengan tradisi ilmuwan Islam, insya-Allah, bangsa Gelanggayu akan mencapai ke angkasa dengan bermula di Tanjung.

Salam hormat,
Azlan Muhammad Niat
5 Diplomat, Kolej Melayu Wijayapura

--

"Yang Amat Berhormat, Datuk Seri. Ini semua surat-surat untuk pertandingan menulis surat kepada PM tu. Nanti pilihlah satu untuk pemenang. Kita akan panggil sekolah dan pemenangnya, akan bertemu dengan Datuk Seri, sebagai galakan pemikiran kreatif belia Gelanggayu," kata setiausaha sulit Menteri Pendidikan.
"Baiklah, nanti saya baca," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Azmi Ibrahim.

Setiausaha sulit Menteri Pendidikan tu telefon rumah peribadinya.

"Mah, Zizan ada tak? Suruh dia mari sini kejap. Papa nak minta tolong dia ni. Suruh driver hantar dia datang office."

Datuk Seri Azmi terus meneliti fail-fail kerajaan.

"Datuk Seri, pukul 4 petang nanti, Datuk Seri kena pergi kelas IT ya. Kena belajar komputer Lotus 123," kata setiausaha pejabatnya.

"Baiklah," kata Perdana Menteri.

Beberapa saat kemudian, datang lagi seorang pegawainya.

"Datuk Seri, NASRON Plantation nak adakan upacara penanaman semula kelapa sawit di Gunung Pauh, Kenidiri. Dah nak pilihanraya ni, ada majlis kutip dana di situ. Rahman kata, dia dapat 25,000 ringgit dari cabang parti situ."

"Berapa haribulan tu?"
"25 haribulan ni, Datuk Seri."
"Jam?"
"Pagi, Datuk Seri."
"Tuliskan dalam schedule, lepas tu uruskan pengurus kempen parti untuk bergerak kempen di bahagian tu."
"Baik, Datuk Seri."

Sejam setengah kemudian, Zizan tiba di pejabat ayahnya.

"Ha, sampai pun kau, Zizan."
"Apa dia, papa?"
"Kau baca surat ni, pilih pemenang, lepas tu bagi kepada setiausaha Menteri Pendidikan hari Isnin depan."
"Siapa namanya?"
"Datuk Bakri. Bakri Abu Bakar. Jumpa dia, lepas tu cakap pada papa, kenapa dia punya idea, best. Jangan pilih kroni, papa tahu kroni, papa karate tengkuk Zizan nanti. Ingat, Bersih, Cekap, Amanah!"
"Baik, papa!"

Tengah belek-belek, dia nampak nama Azlan. Dia buka yang tu dulu.

"Wow, ni genius!"
"Papa, dah jumpa!"
"Kau pilih kroni kau ke ni?"
"Tak, ni pure luck la."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now