1989 part 1

278 15 0
                                    

New Year's Eve, 1989

Plan roadtrip kali ke entah berapa kali, tak kesampaian sebab Datuk Abdullah, yang masih belum sembuh sepenuhnya dari sakit, mula rasa lemah badan.

Jadi, Natasha tak jadi nak gerak jauh sampai ke Teluk Tenang, sebaliknya kami hanya melepak di Teluk Wijayapura dan melihat kapal berlabuh.

"Lepas ni, we're no longer teenagers. We are young adult," kata aku sambil melihat kapal berlabuh.
"Because umur kita dah tak ada teen kat belakang tu?"
"Yup, next year we are 20 years old."
"Tak sangka, kan?"
"One day kita akan tua juga."

Natasha kelihatan diam sahaja dari tadi. Seolah-olah berfikir sesuatu.

"Kenapa, Nat?"
"I don't know whether I should tell you this or not."
"Apa dia?"
"Next year is my final year kat UW."
"I know."
"You pulak baru second year."
"Stating the obvious."

Nat kelihatan bingung.

"Alan, my mor nak I study kat UK next year. Dia dah register nama I dah kat sana."
"Sana? Mana?"
"Bristol. Dekat dengan Wales so dekatlah dengan Luqman tu."
"Okay, jadi kenapa?"
"I kalau boleh nak jauhkan diri dengan keluarga dorang ni. After you know, what happened kan?"
"Tapi pelik, hari tu masa you main game kat rumah dulu, you nampak ok je dengan Luqman."
"I tak tau pun dia adik Damian masa tu. Kalau I tau, I layan je you masa tu."
"Dah you asyik menghadap game je."
"Alan, promise to me, when I come back here in 1992, stay with me."
"I memang akan stay. Tapi you la kat sana, macam mana? Jumpa mat salleh mata biru rambut blonde, nanti lupa pulak gelap mata coklat rambut hitam ni."
"Ada pulak macam tu."

Aku belai rambut dia, sambil pandang mata dia.

"Pergi je la study. Nanti I dah ada duit nanti, I akan tengok you kat sana. Tapi kalau final year you sangkut, macam mana?"
"Eiii jangan la kata I sangkut! My mor nanti sembelih I buat frikadeller nanti!"
"Pemenang surat Perdana Menteri 1986, kalau sangkut, malu dia, peh!"
"Eh you pun menang sekali ya? Dah la masuk universiti lambat!"

Bunga api meletup di tengah bandar. Lagu The Final Countdown dari Europe berkumandang, sayup-sayup dari sini.
"Happy new year, 1989, Alan."
"Happy 3rd anniversary, Nat."

--

1 Januari 1989 adalah hari Ahad, maka hari ini adalah hari pertama aku untuk mengajar kelas piano anak Tengku Ariffin, Tengku Aminah.

Aku diberi alamat rumah di rumah nombor 2, Jalan Cendana, dan sepanjang pemanduan aku, dikelilingi pokok ru dan padang golf.

Ada beberapa rumah agam yang dibina era Edwardian, menghadap Teluk Wijayapura, dan ada padang.

Aku rasa aku pernah duduk rumah ni masa aku kecil dulu. Masa ayah aku masih hidup lagi.

Suzaine, isteri Tengku Ariffin, sedang menyiram pokok bunga. Pada mulanya aku cakap hello dalam bahasa Inggeris, tapi dia pandang aku dalam keadaan blur. Sampai la aku teringat yang dia ni orang Perancis.

"Bonjour, madam!"
"Bonjour, qui êtes vous?"
"Je m'appelle Azlan. Nous sommes rencontrés à l'anniversaire de Tengku Aminah."
"Aaahh! Pardonne moi! Je suis devenu oublieux ces jours-ci. Vous pouvez parler Francais?"
"Oui, un peu."

Madame Suzaine ni, dia tak ingat aku sebab dia ada masalah memori. Maksudnya dia mudah jadi pelupa. Dia tak ingat yang dia pernah jumpa aku, jadi aku cakap la yang aku pernah jumpa dia masa kat birthday party Tengku Aminah.

Aku tau ni daripada ayah. Ayah kata dengan aku, dulu sebelum berkahwin dengan Tengku Ariffin, Suzaine ni pernah jadi girlfriend dia. Tapi masalahnya dia ada memori yang teruk, dia pun tak ingat.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now